"ini semua gambar Lom"
Kak Imah mengejutkan lamunanku.
"hanya tinggal kenangan bagi Am dan kami semua , dia pergi juga akhirnya"
Kemudian kak Imah membuka satu kotak dan mengeluarkan seutas gelang rantai tangan perak.
"ini pemberian Am pada arwah"
Arwah? Apa maksudnya semua ini?
Belum sempat aku menyoal kak Imah memegang tanganku dan memakaikan aku gelang rantai tangan itu.
"cantik, sama padan dengan tangan dia, tentu Am suka kalau dia tengok" sambil tersenyum kak Imah membelek pergelangan tanganku.
"kak, Kathy pening, siapa Lom, dan kenapa kak panggil dia arwah?"
#Lom
Malam itu sungguh istimewa. Pertama kali kami bertemu, bukan, pertama kali aku melihatnya, aku tertarik dengan karisma yang ada padanya. Tenang, berani dan errmmm, sudah tentu penampilannya, segak dan tampan orangnya. Aku terpaku melihat akan kelincahan dia menangkis serangan abang Them. Seingat aku tiada siapa yang pernah terlepas sasaran abang Them jika dia mula bertindak.
Kami hanya berpandangan sesama sendiri pada malam itu. Tiada berkata kata. Aku seakan tidak mahu melepaskan pandanganku dari melihat wajahnya. Perasaanku begitu ingin mengenalinya. Selepas itu hampir setiap malam kami bertemu bila dia bertandang ke kelab kami berkumpul. Aku sentiasa ternanti nantikan saat itu. Kami mula berbicara. Walaupun dia kelihatan agak dingin dalam perbualan kami, tapi aku merasakan dia sukakan aku. Abang ku ternyata tidak menghalang akan pertemuan kami. Sungguh mengejut dan menguja kan bila dia meminta izin dari abangku untuk membawa aku keluar. Aku terus bersetuju bila melihat abangku membenarkan.
Pertama kali aku berduan keluar dengan Am hari itu, aku sungguh merasa kebahagiaan terjalin antara kami berdua. Dia seorang yang sukar difahami tapi amat berbeza dengan kebanyakan lelaki yang ku kenal sebelum ini. Layanan yang diberikan olehnya begitu menggambarkan perasaan kasihnya padaku. Aku kagum dengan sikapnya sejak kali pertama pertemuan kami. Sesuatu yang menarik dan janggal bagiku bila dia membawaku ke rumah ibadat ugamanya iaitu masjid.
Ini kali pertama aku melihat keindahan islam. Mereka bersama dalam setiap pergerakan ketika solat. Seorang lelaki mengetuai semua pergerakan dan diikuti oleh mereka yang lain di belakangnya. Begitu tertib dan tiada perbezaan di antara mereka. Mereka semua sama tiada beza antara pangkat atau kedudukan antara mereka. Ya, aku begitu terpesona dengan suara yang memanggil mereka untuk solat. Am memberitahu itu azan. Walaupun aku hanya memerhatikan dari dalam kereta, aku tertarik untuk mengenali siapa tuhan yang mereka sembah. Setiap kali kami keluar berdua, pasti masjid salah satu persinggahan kami. Yang aku tahu waktu solat mereka zohor, asar dan maghrib. Kemudian dia memberitahu ada dua lagi iaitu subuh dan Isyak. Wajib ditunaikan setiap waktu tidak kira apa pun, wajib dilaksanakan. Amat berbeza dengan agama yang aku anuti. Desakan hatiku membuat aku mula mencari maklumat berkenaan islam. Banyak kebenaran dan keindahan yang telah aku temui di dalam pencarian ku. Aku pasti inilah tuhan yang sebenarnya di dunia ini.
"itulah catatan terakhir Lom sebelum dia pergi buat selamanya" kak Imah menunjukkan sehelai kertas yang diambil dari kotak tadi.
"bila dia memeluk islam kak?" soal ku.
Malam itu dia sedar seketika dari koma. Dan itulah yang terakhir.
Kami semua menyangka dia telah sembuh. Semua kami berkumpul di sisinya. Am, kakak bersama abang Im dan Wawa, juga Endin. Am yang paling gembira. Menangis dia sambil mengucapkan syukur. Begitu juga kami yang lain. Setelah hampir sebulan kami menanti dengan penuh harapan.
Sesungguhnya Dia maha berkehendak. Hidayah diberikan pada yang dikehendakiNya. Begitu juga dengan Lom. Disedarkan seketika hanya untuk melafazkan kalimah syahadah. Sebaik sedar, itulah permintaannya yang pertama. Walaupun keadaannya begitu lemah, percakapannya pun hanya sekadar terdengar bisikkan namun digagahinya juga.
"Am, ajarkan aku tentang islam, islamkan aku, aku yakin tuhan yang satu itu adalah Allah"
Dibimbing oleh Am, satu persatu lafaz dua kalimah syahadah sempurna diucapkannya. Terpancar ketenangan pada wajahnya selepas itu.
Dia sendiri memilih namanya Nur Siti Khatijah. Dan Wawa masa itu baru boleh bercakap hanya mampu menyebut Teja, dari itulah asalnya nama Teja atau Khatijah.
Senyumannya terukir di bibirnya. Dan itulah senyumannya yang terakhir. Dan malam itu pengakhirannya di dunia sementara ini, pengakhiran yang baik sebagai umat nabi Muhammad. Dia pergi usai pagi Jumaat menjelma. Pemergian arwah amat ditangisi oleh kami semua, terutama Am. Jumaat tujuh tahun yang lalu dirasakan bagaikan semalam. Am tidak pernah gagal hadir setiap tahun pada tarikh dia pergi.
Kini baru ku fahami urusan peribadi penting Am ke sini seperti yang diberitahu olehnya tempohari.
"Ya Allah, tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman, Aamiiiiiin..."
Teja, dirimu sungguh bertuah kerana memiliki Am biarpun seketika, pengakhiran hidupmu begitu baik,
Apakah maksud mimpiku semalam? Gambar yang berdebu itu ku cuci dengan perlahan. Akhirnya aku menatap wajah dia. Wajah Teja.!
Berbeza dengan wajah yang hadir dalam mimpiku semalam, tidak sama dengan wajahku, tetapi tahi lalat itu sama.
Mungkinkah dalam mimpi semalam dia yang hadir sebagai Nur Siti Khatijah kerana dia ada menyebutnya.?
Mungkinkah gambar yang ku tatapi sekarang ini wajah Lom iaitu sebelum dia memeluk islam?
Ya Allah....
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...