Selesai solat Asar di situ , kami berdua mula bergerak. Semua barangan yang kami bawa diberikan ke kuil tersebut. Hanya tinggal bahan mentah yang berdarah sahaja tidak diberikan kerana para sami Buddha mengamalkan diet vegetarian.
Aku tersenyum sendirian tatkala teringat balik perbualan aku dengan Za tadi. Selain soalan dan leterannya, Za juga sempat menasihati aku supaya menjaga diriku dengan baik. Aduh, macam mana nak nasihatkan aku, sedangkan aku tahu semuanya tentang dia, terutama cerita dia dengan teman lelakinya.
"kenapa tersenyum sorang ni" tegur Am yang kembali berdegil untuk memandu, walaupun berulang kali aku melarangnya.katanya dia dah kuat dengan jampi serapah bomoh siam gurau Am.
Aku hanya tersenyum membalas pertanyaan Am.
"Madrasah sudah, kuil sudah, ke gereja pula ke kita Am" usik aku.
Ketawa Am mendengar usikan ku.
Dan perbualan serta usikan kami berdua benar membahagiakan aku. Aku selesa dan menikmati akan kemesraan yang sedang berlaku. Hati kecil ku berbisik, agar kebahagiaan dan kemesraan ini terus berpanjangan berkekalan. Aku merasakan satu perasaan indah saat ini. Hujan renyai yang mengiringi perjalanan kami seakan merestui gelora hatiku. Aku mencuri pandang wajah Am. Sungguh tak ku sangka di sebalik wajah tenang dia, tersimpan perjalanan hidup yang hebat.
"Kathy kita singgah sekejap di sini" sekali lagi aku terkejut dari lamunan ku bila Am memberhentikan kenderaan yang dipandu di sebuah pekan kecil.
Rupanya Am turun untuk membelikan untuk aku beberapa pasang jubah.
"maafkan Am, tapi Am minta sangat Kathy dapat pakai jubah ni malam ni, dalam tu ada juga tudung, Am tak tahu warna kegemaran Kathy sebab tu Am beli banyak helai"
"Untuk apa Am?" soal aku kebingungan dengan permintaan Am.
Am menerangkan padaku tempat yang hendak di tuju adalah rumah rehat miliknya , dan pada malam ini ada sedikit majlis makan. Aku difahamkan rumahnya dijaga oleh sepasang suami isteri bersama seorang anak perempuan mereka yang menghuni sebuah pondok di situ. Mereka yang menguruskan majlis pada malam ini. Penerangan Am sedikit sebanyak menjawab mengapa dia berkehendak sangat datang ke Thailand walaupun dengan keadaannya yang cedera. Aku sedikit teruja namun sedikit perasaan berdebar dengan penerangan Am.
"in shaa Allah, Kathy akan pakai malam ni" sambil membelek jubah dan tudung yang dibelikan oleh Am.
"majlis apa agaknya malam ni, ada kejutan lagi kah? Ehhh, malam ni nak tidur mana pulak? Ahhhh.... Redah dululah, ya Allah kau lindungilah hamba Mu ini dari sebarang musibah dan selamatkanlah hamba Mu ini, serta permudahkan lah segalanya ... Aamiiiiiin"

ANDA SEDANG MEMBACA
Teja
RomantikaKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...