Teja Siri 35

264 12 0
                                    

Perlahan aku menolak daun pintu bilik yang terletak sebelah bilik Am. Kak Imah yang mengiringiku, kemudian meninggalkan aku sendirian untuk melihat kepulangan Endin Cacawan.

Satu persatu gambar yang tergantung di dinding aku amati. Gambar yang dilitupi debu dan bersawang labah. Pasti bilik ini sudah lama tidak menerima sesiapa. Mungkin sengaja dilupakan untuk mengubati hati yang merindui dia. Namun, kerinduan itu dibiarkan di bilik ini. Agar kenangan itu bisa ditatapi kemudian hari. Aku sendiri tidak mengerti apakah aku layak untuk menyaksikan semua ini. Betapa agungnya cintamu Teja. Pengorbanan yang aku sendiri tidak pasti dapat aku lakukan. Air mataku mengalir bila mengingati kembali kisah yang diceritakan oleh Endin tadi.

"Dendam yang tidak pernah padam"

Tiger begitu tercabar dengan kumpulan kami, beberapa kali kami bertembung kerana perebutan kawasan. Kemenangan dan kekalahan silih berganti setiap pertembungan antara kami. Namun pertembungan yang terakhir benar menjatuhkan maruahnya bilamana Am dengan mudah mengalahkannya. Aku sendiri tercabar dengan kekalahan kami pada Am. Dendam Tiger tidak ku sangka sehingga membawa kepada peristiwa itu.

"orang yang tidak bersalah menjadi mangsa" Endin menghela nafas sebak sambil menahan kesedihan menyambung ceritanya.

Setiap pergerakan kami sentiasa diintai. Perancangan mereka amat berhati hati.

Aku, Cacawan, ketua gangster yang menguasai sebahagian besar utara Thailand. Jika ada yang yang cuba untuk mencalarkan tubuhku, bertimpa orang bawahanku mempertahankan aku. Cukup hanya jelingan, pasti musibah yang akan menimpa mereka.

Kekasih adikku, Am, walaupun aku sendiri pernah tersungkur di tangannya, demi adikku Lom, kini aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Aku sendiri kabur siapa dia, tapi aku pasti dia seorang yang sangat baik dan hebat. Bila berada di sampingnya bagaikan ada aura yang mengiringinya.

Namun kelemahan kami digunakan sebaiknya oleh mereka. Ya, Lom adikku ,setelah beberapa kali percubaan untuk menculik nya dilakukan oleh mereka baru kami berdua menyedarinya.

Sayang ianya sudah terlambat.

"aku dah datang, serahkan balik Lom! "

Kami baru merancang jalan untuk menyelamatkan adikku, tapi dia berseorangan menghadapi Tiger dan kumpulannya. Saat kami tiba, adikku berada dalam rangkulan nya, dan terdapat pisau tertanam di dadanya. Dia sendiri terkulai bermandikan darah di seluruh tubuhnya. Dia meraung dan menangis saat itu.

Tubuh Tiger dan konco konconnya bergelimpangan di sekitar kawasan penempatan setinggan itu. Aku cuba membayangkan pertarungan yang dilaluinya menghadapi setiap orang bawahan Tiger di setiap lorong setinggan itu, sehinggalah bertemu akhirnya dengan Tiger. Betapa hebatnya dia bertarung demi adikku kekasihnya. Dari awal kami memasuki kawasan itu, aku pasti sesuatu yang buruk di luar jangkaan fikiranku telah berlaku bila melihat orang bawahan Tiger merayu meminta pertolongan. Ada yang pengsan tidak bergerak, patah kaki atau tangan dan hampir semua berlumuran darah. Pisau, parang dan pelbagai senjata bertaburan juga berlumuran darah. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana dia seorang menghadapi semua ini.

Aku sendiri terkulai dan dipapah oleh orang ku bila melihat keadaan adikku. Aku gagal mengawal perasaanku bila melihat Tiger masih bernyawa cuba merangkak melarikan diri. Aku capai belantan yang ada di situ dan cuba mula melepaskan kemarahan yang tidak dapat aku kawal lagi. Aku mengangkat tinggi dan bersedia untuk menghentam kepalanya, hutang nyawa perlu dibayar olehnya. Aku menjerit sekuat hatiku dan menghayun belantan itu tepat ke kepala Tiger,agar hancur tengkoraknya. Agar mampus orang yang sanggup membunuh adikku.

"berhenti!"

Terhenti hayunanku bila Am menjerit. Aku mendengus menahan kemarahanku.

"kenapa? Dia membunuh adikku, dia patut mati, engkau tak berhak menghalang aku!"

"Lom belum mati, bawa dia ke hospital cepat"

Dan setelah itu, adikku di tidurkan hampir dua hari oleh pihak hospital akibat kecederaan parahnya. Am sendiri walaupun cedera parah menolak untuk dimasukkan ke wad selepas rawatan kecederaannya. Setia dia berada di sisi kekasih hatinya. Siang berganti malam bersama denganku bersama kami berdua menemani Lom. Selepas itu Lom terus koma hampir sebulan. Doktor sendiri tidak dapat memberi jaminan bahawa Lom akan pulih seperti biasa.

Saat aku sendirian, aku merasakan bahawa semua ini berpunca daripada aku. Sebelum ini aku merasakan aku yang paling berkuasa. Aku megah dan takbur dengan kejantanan aku bertarung bagi menguasai kawasan konon. Menindas dan mengutip wang perlindungan dari peniaga kononnya melindungi mereka. Tapi dari siapa? Melacurkan gadis dan membaham wang yang diperolehi mereka. Tapi sekarang siapa yang membantu untuk menyelamatkan nyawa adikku?

Aku hanya memandang tatkala sekumpulan lelaki dan wanita berserta kanak kanak datang berdoa untuk adikku. Mereka bersembahyang diketuai oleh Am memohon pertolongan tuhan. Tuhan, ya mereka memohon pada tuhan yang mereka percayai. Aku?

Ya, buat sekian lamanya akhirnya aku jejaki ke kuil untuk memohon pertolongan pada sami di situ. Aku sangkakan aku akan dihalau, sebaliknya aku diterima dan dibantu oleh mereka. Mereka berdoa dan melakukan upacara keagamaan memohon kesembuhan adikku.

"sepatutnya pisau itu untuk aku," terkejut aku bila Am bersuara pada satu petang.

"bila semua orang bawahan dia tewas, aku berhadapan dengan Tiger, walaupun aku sudah tidak bermaya dan cedera, dia akhirnya tewas, aku sangkakan dia sudah pengsan, tapi..."

"Saat aku membuka ikatan tali Lom, dia bangun dan terus menikam ke arahku, aku tidak berdaya untuk mengelak, entah bagaimana Lom cuba menghalang dan sasaran Tiger terus ke dada Lom"

Am terus menangis bila menceritakan padaku apa yang berlaku. Adikku sanggup berkorban nyawa demi Am.

Air mata Endin Cacawan tidak berhenti mengalir bila menceritakan apa yang berlaku. Aku juga dapat merasakan kesedihannya. Aku yang cuba menahan air mata ku dari mengalir, tewas entah berapa kali sepanjang mendengar kisah Am dan Lom. Aku memeluk erat Wawa yang tertidur di ribaan ku.

Endin Cacawan meminta diri kemudiannya.

Aku tertanya apa kaitan Lom dengan Teja?

TejaWhere stories live. Discover now