Aku terkejut tatkala tiba tiba dipeluk oleh gadis itu. Gadis yang ku lihat bersendirian duduk di tepian sungai yang membelakangi rumah Am dan abang Im. Aku dipeluk olehnya dengan begitu erat.
Sekali lagi aku terkejut bila dia melepaskan pelukannya, wajahnya hampir seiras dengan wajahku cuma tahi lalat di dagunya yang membezakan antara kami berdua. Kemudian dia memegang erat tangan ku dan memimpin aku ke rumah Am. Setibanya di dalam rumah, pintu bilik Am dibukakan dan kelihatan Am sedang nyenyak tidur. Aku hanya menurutinya bila dia menarik aku untuk berdiri di sisi Am. Kemudian tanganku ditarik lembut olehnya dan diletakkan tapak tangan ku di pipi Am. Aku hanya menurut dan aku perasan air matanya mengalir tatkala aku menyentuh Am. Suasana malam yang sunyi dan sepi seakan menambah kesedihannya. Aku sendiri celaru dengan tindakan gadis itu. Dia kemudian tersenyum padaku dan menganggukkan kepalanya. Dada Am kemudiannya diletakkan tapak tangannya dan dia mula berbicara dalam bahasa siam. Bagaikan meluahkan perasaan dengan tangisan.Sungguh sayu dia berbicara dan sesekali dia berpaling padaku dengan senyumannya dalam tangisan. Aku sendiri tanpa sedar turut mengalir air mataku walaupun tidak mengerti apa yang diucapkannya. Tangisan aku dan dia bertambah tatkala dia memeluk erat diriku kemudiannya. Teresak esak kami berdua walaupun aku sendiri tidak mengerti apa yang berlaku. Perlahan lahan pelukan kami dilepaskannya dan dia masih menggenggam erat tanganku dan berkata "Nur Siti Khatijah" dalam esakan tangisannya. Dia kemudian tersenyum pada Am dan kemudian melangkah keluar. Aku cuba mengejarnya tetapi dia hilang begitu sahaja dalam kepekatan malam
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. Aku sendiri tidak mengerti apa yang berlaku tetapi seakan dapat merasakan kesedihannya terus menangis....
"Astaghfirullah..." Aku bermimpi rupanya. Aku menyeka air mataku yang terbawa ke alam sedar. Ya Allah apakah maksud mimpi tadi? Aku termangu seketika memikirkan mimpi itu. Siapakah gadis itu? Adakah Teja yang mendatangi ku tadi? Apakah benar dia? Jika benar andaian ku, apakah maksud mimpi itu atau hanya mainan tidur justeru aku terlalu memikirkan dia? Atau ini satu petunjuk dariNya?