"kak, solat! Solat!" kejut Wawa sambil kedua tapak tangannya diangkat seperti mengisyaratkan takbir.Manis sekali Wawa dalam telekung warna merah jambu. Aku yang akhirnya tertidur selepas mimpi semalam, terus bangun dan lihat siap terbentang sejadah dan telekung berlipat rapi di tepi katil. Selesai solat aku meninjau bilik yang didiami Am. Lampu masih bertutup. Kemudian aku terdengar sayup suara Wawa sedang mengaji Al-Quran. Aku menjenguk keluar dan lihat Am sedang berada duduk di sisi Wawa sambil mengajarnya. Am kelihatan amat berlainan dengan serban dan jubah putihnya. Kelihatan begitu tampan dan berseri sekali . Aku termalu sendirian bila silap menjangkakan Am belum bangun tidur.
"boleh mengaji? " tegur Am bila aku melihat aku berada di tepi pondok tempat dia dan Wawa berada. Aku mengangguk perlahan.
"mari sini Am nak dengar" terkejut aku dengan pelawaan Am.
"errr, Kathy seganlah Am" aku cuba menolak.
"okay, tapi Am nk dengar juga Kathy mengaji, apa kata bacakan Am ayat kursi, boleh kan?"sambung Am lagi.
Kak Imah yang tiba tiba muncul berdiri di belakang ku kemudian menyampuk
" dik ti bacalah ayat kursi, bukan senang nak belajar dan teguran dari dik Am, rugi nanti, kak pun nak dengar juga "sambil tersenyum." oh ya kak, baiklah Kathy cuba,takut juga kalau salah nanti kena rotan dengan tok guru"usik aku. "baiklah, Kathy cuba"
Bismillahir-Rahmanir-Raheem
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Maan dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem" bacaan baik, hukum bacaan dan dengung bacaan tiada masalah, cuma... "tegur Am usai aku mengakhiri bacaan ku. Debaranku sikit terasa bila Am tidak menghabiskan tegurannya.Wawa yang ralit mendengar bacaan ku tadi aku rangkul dalam pelukanku untuk menyembunyikan debaran ku.
Am kemudian dengan suara sedikit keras menyambung "Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini ialah ayat yang ke-255 dalam Surah Al baqarah,perlu dibaca dengan sembilan hentian atau dipanggil wakaf sembilan itu yang betul , tadi Kathy baca wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem, tidak berhenti bacaan di hifdhuhuma, itu salah sepatutnya kena berhenti di situ, baru betul bacaan ayat kursi, faham tak? "
Dan sehingga matahari terbit pagi itu berulang kali aku disuruh membaca ayat kursi oleh Am sambil menerangkan sejarah dan terjemahan nya sehinggalah dia betul berpuas hati dengan bacaan ku . Wawa sehingga tertidur dalam ribaan ku.
Suasana sarapan pada pagi itu begitu meriah bila kami bersama sama menikmati masakan kak Imah. Sesekali gurauan abang Im mengusik aku dengan Am benar benar membahagiakanku, walaupun Am ku lihat seakan tidak mempedulikan usikan bang Im. Terdetik di hatiku mengagumi lelaki bernama Am ini. Bagaikan sempurna hidupnya. Memiliki segalanya bagi seorang wanita. Fikiran ku kembali mencemburui Teja.
Persoalan Teja pasti ku bongkar...

ANDA SEDANG MEMBACA
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...