Perbualan kami kemudian dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta Toyota hilux. Kelihatan Endin Cacawan turun dari kenderaan tersebut bersama seorang pemandu. Wawa terus bersorak keriangan menyambut kehadiran beliau. Kak Imah kemudian mengajak ku untuk menyalin pakaian kami.
Buah tangan Endin dihidangkan oleh kak Imah untuk kami nikmati bersama kemudiannya. Aku minta Endin untuk menyambung ceritanya semalam. Endin memandang kak Imah dan anggukkan kak Imah seakan memberi keizinan untuk Endin bercerita.
"Dia memang manusia hebat" Endin Cacawan memulakan bicara.
Dia hanya berdiam diri dan tersenyum bila masuk ke kelab malam tempat kumpulan kami berkumpul. Beberapa orang dari kami bangun berdiri bersedia untuk membelasah dia.Hanya menunggu isyarat dariku. Kami yang baru berkira hendak memburunya untuk perhitungan. Ternyata dia hanya hadir berseorangan mencari kami . Maut pasti bagi sesiapa yang berani mencari pasal dengan kumpulan yang aku ketuai. Darah pahlawan tomoi ku mendidih bila teringatkan peristiwa tempohari.
Berani dia campur tangan dalam pergaduhan itu. Jika bukan kerana dia pasti Tiger dan konco konconya akan berkubur di bumi Thailand ini. Tapi, dia yang membelasah kami semua. Dua kumpulan yang paling berpengaruh di sini rebah tanpa diduga."berani engkau datang ke sini" jerit ku padanya.
Dia masih lagi berdiri kaku sambil memandang ku. Bagaikan seorang yang tiada perasaan. Tiada sebarang riak wajahnya yang menggambarkan dirinya takut atau bimbang dikelilingi oleh kami semua. Aku dapat merasakan yang orang orangku seakan gementar melihat dia berdiri di situ tidak bergerak.
Tanpa diduga Them orang kananku menerpa ke arahnya dan, hanya satu langkahnya sahaja dia mengunci pergerakan Them. Kemas dan cantik pergerakannya. Tiada ruang untuk kami menyerangnya, kerana jika kami menyerang pasti Them yang akan jadi sasarannya. Suasana begitu tegang, mungkin hanya pada kami? Tiba tiba...
"sudah, ajak dia duduk minum, bincang elok elok" tiba tiba adik perempuan ku yang turut serta bersama kami pada malam itu bersuara. Masing masing terkejut dengan tindakan adikku Lom, kerana sebelum ini dia tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan kumpulan kami.,walaupun dia selalu menyertai kami.
Lom adik perempuan ku, aku jaga dari kecil sehinggalah dewasa. Aku amat menyayanginya kerana hanya tinggal kami berdua sahaja di dunia ini selepas kedua ibu bapa kami meninggal dunia. Amanat ibuku supaya aku menjaganya dengan baik tidak pernah ku lupakan. Sesiapa juga yang cuba mendekati dia pasti aku akan kerjakan Tanggungjawab dan amanah ibuku amat berat bagiku, dengan keadaan aku yang mengetuai sebuah kumpulan samseng, tapi sebagai seorang abang aku berjaya menjaganya sehinggalah dia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. Sejak tamat belajar dia lebih suka berada di samping ku dari bekerja. Dan aku senang dengan keadaan itu.
Suasana yang tegang dan panas tadi kemudian bertukar dengan jeritan Lom. Them kemudian dilepaskan oleh dia.
Semua seakan terpukau bila melihat Lom menghampiri dia dan berdiri di hadapannya. Masih segar lagi saat itu bila mereka bertentangan mata. Dunia seakan berhenti seketika. Aku sendiri resah dengan keadaan itu.
Perlahan Lom memegang lengannya dan menarik dia ke tempat ku. Dia hanya menurutinya tanpa lepas memandang pada adikku.
"abang! Abang! Oittt abang" terkejut aku bila Lom menjerit padaku yang tergamam dengan apa yang berlaku.
"tanya dia nak minum apa" sambung adikku.
Orang orangku yang melihat apa yang terjadi kemudian memandang tepat ke wajah ku. Hanya isyarat dapat ku berikan supaya bertenang kepada mereka.
Tanpa disuruh dia terus duduk di kerusi yang sebelum itu diduduki Them. Them memandangku dan aku mengisyaratkan supaya dia bertenang.
"Carlsberg atau stout?"
"apalah abang ni, dia Muslim tak minum lah" sampuk Lom bila aku bertanya minuman pada dia.
Aku tidak mempedulikannya selepas itu. Tiada perbualan berlangsung sepanjang malam itu antara kami. Tapi aku perasan dia dan adikku terus bertentangan mata. Lom seakan tidak mahu melepaskan pandangannya pada dia begitu juga dia. Bagaikan hanya mereka berdua sahaja yang wujud di sini.
Entah kenapa tiada perasaan marah atau tidak suka dengan keadaan itu berlaku padaku. Seakan aku merestui jika ada hubungan antara mereka selepas ini.
Dan selepas malam itu, pasti dia datang ke tempat kami. Dan kerusi kepunyaan Them seakan berubah tuan. Kerusi itulah yang didudukinya saban malam. Dan adikku Lom juga begitu. Jika sebelum ini jarang mengikutku, kini saban malam berada di sini. Dan hubungan mereka semakin hari semakin erat. Aku hanya memerhati akan hubungan mereka. Walaupun aku bagaikan tidak mempedulikan mereka, tetapi aku yakin adikku selamat bila berada di samping dia.
"Cacawan, aku minta izin engkau untuk membawa Lom keluar esok" itulah komunikasi kami yang pertama setelah sekian lama . Terkejut aku bila dia meminta izin padaku. Tidak pernah lagi sesiapa berani berbuat demikian sebelum ini. Lom memandang aku seakan merayu aku membenarkan. Aku memandang kedua mereka, dan hanya mampu mengangguk membenarkan mereka. Wajah adikku kelihatan begitu gembira dengan keputusan yang telah aku buat.
Dan keesokan harinya, dia dan adikku buat pertama kali keluar berdua. Aku resah dan gelisah yang akhirnya aku mengarahkan dua orang ku untuk mengintip dan melaporkan pergerakan mereka. Setiap 15 minit pasti mereka melapor kepadaku. Dari laporan mereka aku senang hati bila dia melayan adikku dengan baik sehinggalah tiba waktu solat zohor dia turut membawa adikku ke masjid walaupun Lom beragama Buddha sepertiku.
Semenjak hari itu aku memberi sepenuh kepercayaan kepada dia untuk berhubungan dengan Lom. Walaupun satu hari Lom perlu bertukar agama aku akan restui demi kebahagiaan adikku.
Rupanya dendam Tiger tidak berkesudahan. Bukan setakat diriku saja sasaran tapi juga pada dia, ya Am pemuda yang berjaya menawan hati adikku Lom. Pemuda yang telah memalukan dia dan aku.
"Endin, Lom tu Teja kah?"
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...