I
Tiada teguran,hanya renungan dan berdiri membatukan diri bila aku perasan Am berada di sebelah aku.Hanya kelihatan matanya yang memerhatikan aku dari visor helmetnya."Jom!"hanya sepatah perkataan keluar darinya.
"Nanti!maafkan saya,terima kasih untuk semua ini,helmet dan sebagainya,tapi saya minta maaf sekali lagi,saya tak dapat pergi"ujarku perlahan.
"Okey!"jawabannya.
Hah!okey?Semudah itu sahaja?Tidak bertanya sebarang alasan apa pun?
Kini aku pula kebingungan dengan jawapannya.Siapa dia?Begitu dingin sikapnya.Sesuatu yang di luar jangkaan aku.Aku mengharapkan dia bertanyakan kenapa kepadaku.Boleh ku terangkan kegusaran hatiku.
Bila aku menoleh sekali lagi padanya,kelihatan dia berlalu ke motosikalnya.Seketika berhenti dan berpaling sambil berkata "Awak simpan saja barang barang tu,saya halalkan"
Setelah itu terus memecut motosikalnya.Dan aku merasakan perasaan hairan dengan apa yang berlaku.Sungguh aneh dengan perjalanan kehidupan aku hari ini.Takdir menemukan kami dan kemudian memisahkan.Tanpa sempat aku melihat wajahnya.Wajah Am!
II
"Adik mana mau pigi?"
Tersentak aku dari lamunan apabila uncle india pemandu teksi menegur aku di hentian teksi.Lama aku termenung di sini,sehingga tidak perasaan teksi berhenti dan uncle itu terpaksa menegur aku.
"Klcc boleh uncle?"spontan aku menjawab dan uncle itu menganggukkan kepalanya lantas aku menaiki teksi uncle tersebut.
Sekali lagi aku melayan perasaan aku.Memikirkan impian ke Haadyai berkecai,alasan aku pada Za,cuti yang membazir dan pasti Am.
Berbagai persoalan bertalu-talu mengenai Am menjengah fikiran aku.
Siapa dia?Bagaimanakah wajahnya yang paling aku kesali tidak dapat melihat.Hanya renungan matanya yang dapat aku lihat.Tiba tiba uncle pemandu teksi itu bersuara "Adik,jalan jem,uncle rasa ada itu roadblock atau accident"
Aku hanya mendengar tanpa reaksi.Kebosanan mula melanda.Amat perlahan sekali pemanduan semua kenderaan.Sesekali aku menjenguk ke hadapan teksi melayan sambil melayan perasaan.Kemudian kembali memikirkan Am.
"Accident la adik,itu motor hantam sama itu lori,ayoyo ... ini rider mesti mati punya,tengok motor bawah itu lori,ayoyo"kedengaran uncle itu menerangkan kemalangan yang berlaku.Aku yang mendengar pun merasa amat mengerikan,dan tidak sanggup untuk melihat.
"W##5670,cantik Ini nombor motor,uncle naik 2nd prize last year,mesti tikam lagi ini nombor"
W##5670?Aku rasa pernah melihat nombor ini.Aku cuba mengingatkan nombor tersebut.Tetapi gagal.
Tiba tiba aku merasa sesak nafas.Dengan tangan menggigil aku membuka galeri gambar di handphone.Folder kamera lama aku perhatikan.Dengan perlahan aku membuka.Bersambung ...
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...