I"Ini ustaz Hassan,kawan baik Am,dan anak anak kecil ni di bawah jagaan dia,ini keluarga besar Am juga"
Bagaikan memahami apa yang bermain di fikiran aku,Am memperkenalkan mereka.
Bertambah pening aku.
"Saya nak ke tandas"
Siapa Am ni?Sekumpulan lelaki itu aku lihat bagaikan kumpulan samseng.Ada yang bertindik subang di telinga dan hidung.Yang bukan melayu siap bertatu lagi di lengan.Kemudian datang ustaz Hassan dan rombongannya.Bertalu talu persoalan kembali mengasak ruang pemikiran aku.Lama aku termenung di dalam tandas.
"Eh,dia orang dah balik ke?"soal aku bila melihat tiada sesiapa lagi mengerumuni Am yang sudah berbaring di katil.
"Kathy,saya nak tanya awak,bercuti panjang tak?"
Apahal pulak ni Am bertanya soalan ni,"ya sampai hari khamis,kenapa?"
"Awak ada lesen kereta?"
"Ya"
"Pernah memandu jauh"
"Tak"
"Rasa boleh tak memandu ke haadyai?"
Terdiam aku dengan pertanyaan Am yang terakhir.
"Kathy saya tanya ni,rasa boleh memandu kereta ke haadyai?"ulang Am lagi.
"Boleh rasanya,tapi saya tak tahu jalan ke sana"
Am tersenyum dengan jawapan aku.
"Kathy,boleh tak awak bawa saya ke haadyai,saya ada urusan peribadi penting di sana,saya boleh suruh "keluarga" saya hantar ke sana,tapi saya bagi peluang pada awak untuk bercuti,semua saya sediakan,kereta,perbelanjaan saya tanggung,dan dengan nama Allah saya tidak ada niat jahat pada awak"panjang lebar soalan dan penerangan Am.
"Saya akan bertolak pagi esok,ini nombor telefon saya,jika Kathy percayakan Am,confirm dengan Am,jika tidak Am akan pergi dengan keluarga Am tadi"sambung Am bila melihat aku terdiam.
II
Aku menghela nafas panjang selepas menikmati makan malam.Pertanyaan Am di hospital tadi benar benar mengganggu fikiran aku.Perlukah aku pergi?Tapi mengapa aku?Bolehkah Am dipercayai?Apakah niat Am?Dan juga tetamu yang menziarahi Am di hospital tadi,siapakah mereka?
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...