Teja Siri 33

270 12 3
                                    

Tidak hanya kasih sayang yang dicurahkan kepada Am, malah pada seawal usia tiga tahun, ilmu dunia dan akhirat, juga seni mempertahankan diri siam tomoi dan silat Melayu juga diajar kepadanya oleh pengetua dan keluarganya yang sememangnya amat disegani kerana kebolehan mereka. Sifat semula jadinya yang mungkin diwarisi dari arwah bapanya yang tegas dan ingin berjaya amat disegani oleh penghuni sekolah pondok itu.

Persahabatan yang kemudian terjalin persaudaraan antara seorang penghuni di situ yang usianya lima tahun lebih dari Am, menjadikannya selesa untuk mendiami di situ. Abang Rahim iaitu abang Im bagaikan kembarnya bila sentiasa bersama sama dalam keadaan susah dan senang. Biarpun usianya lebih muda dari abang Im dan penghuni yang lain, tiada apa yang dapat menghalang semangatnya untuk tekun berusaha mempelajari segala yang diajarkan di situ. Walaupun kerinduannya pada ibunya sesekali menjengah, sifat abang Im yang mengambil berat akan dirinya mengubati kerinduan itu.

"jadi maksud kak, dia orang berdua memang saling mengenali dari usia muda?" soal ku pada kak Imah.

Kak Imah hanya tersenyum dan kemudian menyambung ceritanya.

Apabila cukup umur untuk memulakan alam persekolahan, Am telah dihantar secara rahsia ke sebuah rumah anak yatim di selatan Malaysia yang juga diuruskan oleh keluarga pengetua yang juga datuk angkatnya untuk memasuki sekolah di sana. Ini dilakukan kerana cuba mengelakkan daripada dikesan oleh keluarga datuknya.

Perpisahan sementara antara Am dan abang Im memberikan sedikit kesan kepada dirinya. Penempatan anak yatim ini didiami oleh pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Am yang memberontak dengan perpisahan itu, telah berjaya menguasai rumah anak yatim itu dengan ilmu mempertahankan diri yang dimilikinya. Walaupun baru menghuni di situ dia telah digelar abang long oleh penghuni yang telah lama menginap di situ. Dia mula menunjukkan sifat yang berlainan dari sifatnya yang amat baik dan terpuji kepada pemarah dan sering memberontak. Perkara ini akhirnya disampaikan kepada datuk angkatnya yang bertindak menghantar abang Im untuk memujuknya. Ternyata tindakan itu memberi kesan yang positif bila abang Im berjaya memujuk dan menasihatinya. Dan datuk angkatnya berjanji akan mengambilnya pulang setiap kali cuti penggal.

"Kesan ziarah abang Im telah berjaya membina satu ikatan kekeluargaan antara Am dan penghuni yang lain yang berterusan sehingga mereka semua dewasa selepas itu , merekalah yang dik Ti temui semasa di hospital tempohari, juga para pelajar tahfiz itu semua anak dari rumah anak yatim yang sama " jelas kak Imah yang sebelum itu telah ku ceritakan kisah aku dan Am dari awal pertemuan kami.

Kini baru ku mengerti apa yang dimaksudkan oleh Am berkenaan keluarga besarnya.

Persoalan ayahanda dan bonda juga dijelaskan oleh kak Imah. Menurutnya, mereka adalah sebahagian daripada anggota sebuah pertubuhan yang berkonsepkan perpaduan bangsa Melayu. Dianggotai oleh kebanyakan bangsa Melayu dari kedua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand. Di mana perjuangan memartabatkan bangsa dan agama menjadi tunjang utama pertubuhan tersebut. Pertubuhan tersebut secara rahsia dinaungi oleh beberapa orang pemimpin kedua buah negara. Datuk angkatnya yang juga salah seorang yang berpengaruh dalam pertubuhan tersebut telah menyerap Am masuk sehinggalah Am sendiri bergelar abang paduka selepas beberapa tahun.

Hebat! Itu sahaja yang mampu ku fikirkan tentang perjalanan hidup Am.

"kalau dik Ti nak tahu, madrasah yang dik Ti singgah semalam, asalnya sekolah pondok itulah"

TejaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang