"Za,Am accident,aku ada di hospital ####,Am kawan Aiman,dia accident sorang,nanti kau call aku"
Mesej aku pada Za setelah cubaan menghubunginya gagal.Aku tak pasti apa yang perlu aku buat.
Tiba tiba aku ditegur oleh seorang pengawal keselamatan.
"Cik punya ni kan,ada driver teksi minta saya serahkan pada cik"
Full face,sarung tangan dan bag galas pemberian Am,kerana terlalu cemas aku terlupa tadi.Nasib baik tidak hilang.Segera aku periksa kandungan beg galas,lega semuanya ada.Ya,Alhamdulillah ...itu yang sepatutnya.Hampir jam empat petang,bila aku dikejutkan jururawat selepas tertidur di atas kerusi rehat menunggu Am.Aku dimaklumkan Am telah dipindahkan ke wad,dan ditidurkan untuk mengelakkan dia bergerak.Am mengalami patah pergelangan tangan kanan dan juga
kaki kiri.Tiada kecederaan serius yang lain dan alhamdulillah aku terus mengucapkan syukur.Tetapi aku tidak dibenarkan melawat hari ini melainkan keluarga terdekat dan dinasihatkan pulang sebelum datang keesokan harinya.Aku buntu ... keluarga?
Hampir jam sepuluh baru aku terjaga dari tidur.Bergegas aku bersiap dan memecut skuter aku ke hospital.
Semalaman aku cuba untuk melelapkan mata,tapi keresahan dan ingatan akan peristiwa yang berlaku menyebabkan aku berjaga sepanjang malam.
Za juga gagal untuk dihubungi dan tiada sebarang berita.
Puas aku memikirkan pada siapa patut aku hubungi.Tetapi aku yakin pasti kemalangan Am akan jadi kes polis.Tentu ada sebarang info berkenaan Am.
Semasa memasuki wad kecemasan untuk bertanya wad yang menempatkan Am,aku terserempak dengan jururawat yang aku temui semalam.Dia memberitahu Am ditempatkan di wad ## katil no ## .Aku terus wad yang dimaksudkan.Aku mengintai dari tingkap kecil di pintu wad.Cuba meneka yang mana satu Am.Ada dua orang terlantar di katil yang menempatkan tiga katil di wad.Dengan berdebar debar aku menolak pintu wad.Sebaik melangkah masuk, seorang dari pesakit tersebut tersebut melemparkan senyuman sambil berkata"Awak Kathy?"
Tersentak aku dengan pertanyaan tersebut.inikah Am?"Encik Am ke?"soal aku penuh mengharap.
"Bukan,oh adik tadi nama dia Am"
"Ya,saya,macam mana encik tahu nama saya?"
"Nah,ini ada surat untuk awak,tentu awak mencari lelaki yang kemalangan semalam,dia minta saya sampaikan pada awak,awal pagi tadi ada kawan kawan dia datang,dia orang dah bawa dia pindah ke hospital lain"Aku bingung!Perasan marah,hampa mula meresapi hati dan perasaan aku.Teringat aku pada jururawat tadi,mungkin dia baru masuk bertugas dan tidak tahu akan hal ini.
Pantas aku membuka surat yang diberikan dan membacanya.
"Assalammualaikum,saya tidak pasti samaada surat ini untuk awak Kathy.Ada seorang jururawat memberitahu saya ada seorang perempuan datang semalam.Saya rasa itu awak.Jika betul awak,terima kasih kerana datang.Maafkan saya jika ada salah atau silap saya semalam.Jaga diri awak #### (tulisan selepas awak diconteng seperti cuba dipadamkan).Terima kasih"
Berulang kali aku membacanya dan memeriksa jika ada sebarang nombor telefon Am tinggalkan.Hampa...
Tanpa aku sedari air mata aku mengalir.Kenapa Am?
Aku melangkah lesu selepas mengucapkan terima kasih pada abang tadi.Tidak tahu apa yang seterusnya patut aku lakukan.
"Adik tunggu sekejap"
YOU ARE READING
Teja
Storie d'amoreKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...