Teja Siri 7

744 18 0
                                    


"Tunggu sekejap saya nak masuk ke kedai" setibanya kami di hadapan sebuah kedai menjual motosikal dan aksesori.Suka suka dia saja mengarah pada aku,dah perkenalkan diri pun tidak.Helmet pun tak reti nak buka.Apalah mamat ni.

Kagum aku melihat deretan motosikal berkuasa besar disusun hadapan kedai tersebut.Aku mula melangkah untuk melihat dan memerhatikan satu persatu.Melopong mulut jadinya bila melihat akan harga setiap motosikal tersebut.Aku kira motor skuter aku boleh dibeli lebih dari sepuluh buah bagi setiap sebuah motosikal berkuasa besar ini.Baik beli kereta fikirku.Dari luar aku dapat melihat mamat itu sedang berbual dengan seorang wanita cina sambil tangannya sesekali menunjukkan aku.Apahal pulak ni?

Aku terfikir untuk menghubungi Za,tapi aku pasti Za dalam perjalanan.Tiba tiba terlintas untuk aku mengambil gambar motosikal mamat itu dan hantar kepada Za.Jika sesuatu berlaku pada aku,Za boleh gunakan untuk berbuat sesuatu.Secara sembunyi aku mengambil gambar dan terus menghantar kepada Za dengan mesej "Za,anything happened to me,u know what to dok,Kathy".

Dan sebaik sahaja aku berpaling mamat ni dah berada di hadapan aku.

"Saya nak pergi isi minyak,awak pergi jumpa amoi tu,bawa beg dan helmet awak tu sekali,kejap lagi saya datang"selamba dia mengarahkan aku lagi.Dan brooommm dia memecut laju pergi bagaikan pelumba profesional.

"Eh,tadi macam siput"

Bersambung ...

TejaWhere stories live. Discover now