Teja Siri 6

811 16 0
                                    


Biar betul mamat ni,tidak padan dengan motosikal hebat,aku bawa skuter kesayangan aku lagi laju.Za mainkan aku ke?

Utara?ini ke selatan,dah kena culikkah aku?Perasaan aku mula gelabah dan ketakutan.Aku cuba bertenang.

"Encik,Haadyai arah utara.Encik mengarah ke Banting"aku cuba memberitahu mamat itu.Tiada sebarang reaksi.Mungkin faktor helmet dia tidak mendengar.Aku  cuba sekali lagi,dengan sedikit menjerit.Namun ngauman deruman motosikal menenggelamkan jeritan aku tadi.Dek kerana terlalu takut dan panik,aku menampar bahu belakang mamat ini dengan kuat..Dan mungkin kerana terkejut tamparan aku,dia pun memberhentikan motosikal dengan mengejut.Nasib baik tidak terkeluar helmet aku.

"Apahal?"soal dia dengan agak marah."Awak nak bawa saya ke mana?saya turun di sini sajalah,saya tak mahu ikut awak"jawab aku dalam ketakutan.
Dari renungan matanya,aku mengagak dia terkejut dengan jawapan aku.Dan aku cuba sebaiknya mengawal perasaan gelabah dan ketakutan aku.
"Awak,saya tahu Haadyai sebelah mana,kampung saya pun sebelah utara,saya nak singgah kedai kawan saya di Banting,dah naik,saya tak ada niat tidak baik dengan awak,dah naik cepat".Kali ini lembut dan sopan penjelasan dia.Dan aku sekali lagi bagai dipukau terus melangkah naik.

Bersambung ...

TejaWhere stories live. Discover now