Air mataku mengalir. Tidak ku pedulikan mata mata yang memandang padaku. Kesibukan di dewan berlepas lapangan terbang antarabangsa Hatyai ini tidak dapat membendung kesedihanku. Sesekali aku tidak berdaya menahan esakan tangisan ku. Perlahan aku mencapai telefon bimbitku. Lama aku memikirkan, aku buntu...
Am,...
Kenapa engkau jadi begini Am? Bukan salah aku atau sesiapa. Tapi satu jawapan yang aku cari. Jawapan yang engkau paksa aku temukan. Tapi mengapa di saat jawapan itu aku temui, engkau bertindak di luar jangkaan dari sikapmu yang aku kagumi selama ini.
Mengapa tidak aku seorang sahaja yang menjadi mangsa kemarahanmu. Mengapa mereka yang lain turut menjadi mangsa?Mengapa episod yang telah lama berlalu tetap tidak dapat engkau lupakan? Tidakkah engkau sedar hati dan perasaan yang terluka kesan daripada kemarahanmu? Mereka yang selama ini teguh berdiri di belakangmu, menyokong agar kau bangkit dari kedukaan dan kehilangan mu?
Engkau yang banyak mengajar aku akan makna kehidupan dari mula kita saling mengenali. Betapa kehidupan itu hanya sekadar perjalanan sementara, ada pengakhiran yang lebih baik untuk kita. Engkau mengajar aku akan makna kebangkitan. biar selemah mana pun atau dugaan yang melanda, ketepikan kelemahan yang kita hadapi, jadikan ia bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan.
Am, aku sedih dan kecewa.
Tidak ku sangka begini berakhirnya pertemuan kita. AturanNya yang menemukan kita. Aku begitu bahagia dan teruja dengan setiap detik yang berlalu sewaktu bersama mu. Melalui engkau, aku dikejutkan dari khayalan kejahilan yang menguasai diriku olehNya.
Di mana Am yang aku mula kenali itu? Tenang, sentiasa mengambil berat orang di sekeliling mu. Kini semua itu hilang sekelip mata.
Tiada kah sedikit perasaan kemaafan bisa kau berikan kepada kami? Aku rela menerima kemarahanmu, tapi mengapa kak Imah, abang Im dan Wawa turut menjadi mangsa kemarahanmu? Mereka yang selama ini sentiasa berkorban untuk mu. Persaudaraanmu dengan abang Im hilang begitu sahaja. Tidakkah kau fikirkan perasaan dia?
Am, kita mungkin tidak akan bertemu lagi. Tapi aku mohon kemaafan atas apa yang telah berlaku.
Sesungguhnya Allah mengetahui betapa aku amat menyesali kesilapan ku untuk mencari jawapan tentang Teja. Persoalan demi persoalan yang menghantui fikiran ku memaksa aku untuk mencarinya. Aku mengharapkan jawapan darimu, namun desakan hatiku tidak dapat ku bendung lagi, kak Imah yang menjadi mangsa. Maafkan dia Am.,juga abang Im dan Wawa. Mereka tidak bersalah, fahamilah aku yang bersalah.
Buat kali terakhir sekali lagi aku mohon kemaafan darimu, mungkin aku terlalu buta mengharapkan dapat menggantikan Teja di hatimu. Maafkan aku Am. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu. Moga engkau akan lebih bahagia di masa hadapan dengan apa jua keputusanmu. Satu sahaja harapan ku, semoga kehidupanmu akan kembali seperti sebelum kehadiranku. Kembalilah kepada Abang Im dan keluarga. Mereka tidak bersalah.
Ini sahaja yang mampu ku katakan. Maafkan aku...
Siti Khatijah.
Hatyai international Airport.
ANDA SEDANG MEMBACA
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...
