Lamunan ku tersentak tatkala kedengaran suasana kelam kabut di sebalik tirai saf lelaki. Kak Hajar yang berada di sebelah ku bingkas bangun mengintai dari celahan tirai.
"adik cepat ikut kakak" tanpa menoleh kak Hajar menarik tangan ku. Aku terpinga pinga terus mengikutinya.
Ya Allah, kelihatan Am sedang terbaring menahan kesakitan sambil memegang betis kakinya,sambil ditenangkan oleh ustaz ustaz yang berada di situ. Spontan aku berlari ke kenderaan kami dan mengambil ubat penahan sakit dan memberikan pada seorang ustaz di sisi Am.
"Am, ok ke Am, jangan wat macam ni, Kathy takut" sambil menangis aku bertanya keadaannya. Kak Hajar yang berada di sisiku terus memeluk dan memujuk aku. Lantas menarik aku keluar dari surau dan membawa aku sebuah bilik.
"adik sabar ya, tenang di sini, nanti kakak datang balik" sambil berlalu.
Aku terusan menangis memikirkan keadaan Am. Berbagai dugaan yang dihadapinya. Dari mula pertemuan kami, sehinggalah musibah kemalangan yang berlaku, aku merasakan semuanya berpunca dari aku. Mengapa pertemuan ini berlaku?
"adik, ok ke?Alhamdulillah, Am dah tak sakit lagi, dia cedera kemalangan ya, mungkin semasa solat tadi berdiri terlalu lama, tak kuat lagi kaki yang patah tu" tegur kak Hajar bila kembali padaku.
"Alhamdulillah,ya kak" jawab ku sambil menceritakan rawatan yang diterima Am dari ayahanda Jafar.
"adik mari tengok gambar di dinding ni, ada juga gambar Am masa tinggal di sini" ajak kak Hajar. Baru aku perasan banyak gambar tergantung dalam bilik itu. Kak Hajar memaklumkan semua gambar ini adalah pelajar, bekas pelajar dan ustaz serta ustazah di sini.
"akak pun tak ingat mana satu gambar dia"
Aku terasa teruja untuk melihat gambar Am. Setiap gambar itu aku renung dan belek.
"ha ini dia, mari sini dik" bergegas aku untuk melihat gambar yang dimaksudkan oleh kak Hajar.
Tersenyum aku melihat gambar Am berserban dan berjubah. Tertera senarai nama di bawah gambar tersebut.
"Armie Ridzan"
Tapi aku musykil kerana bersama Am adalah beberapa orang lelaki lain yang memakai pakaian sami Buddha. Bukan bersama dengan mereka yang berserban dan berjubah. Tidak seperti gambar yang lain.
"Am, sesungguhnya banyak rahsia dan misteri tentang dirimu."
YOU ARE READING
Teja
RomanceKembang setaman bunga merendang, dipetik senja bawa ke pekan; Ayuh teman sudikan bertandang, karya teja hamba persembahkan. Puteri tiba mengutip lokan, baju kebaya hias kusuma, Silap hamba mohon dimaafkan, cuba berkarya kongsi bersama. Istana ko...