Teja Siri 22

342 9 0
                                    

Perasaan aku amat berat untuk meninggalkan bonda Teh dan ayahanda Jafar. Kemesraan yang aku perolehi seketika bagaikan sudah lama terjalin.

"Bonda doakan anak , in shaa Allah nanti anak akan tahu siapa dia, bonda akan sentiasa mendoakan kalian berdua"

Pesanan bonda Teh terngiang ngiang di telinga aku semasa kami berdua hendak bertolak. Satu lagi pesanan bonda yang menganggu fikiranku bila dia berkata "Anak sememangnya layak menjadi Teja untuk Am" tanpa mahu menerangkan maksud Teja padaku hanya senyuman terukir di bibir bonda Teh. "In shaa Allah nak"

Am yang memandu kelihatan lebih sihat dan wajahnya kelihatan lebih merah berdarah berbanding semalam yang agak pucat. Sesekali aku menjeling wajah Am yang nampak segak dan tampan. Perasaanku menjadi resah dan gelisah tidak seperti semalam, kelu lidah untuk berbicara. Perasaan kagum aku kini seakan berganti bergantung harap pada Am. Harapan yang aku sendiri tidak pasti Tumpuan aku lebih kepada Am berbanding perjalanan kami. Lamunan aku tersentak bila Am bersuara.

"Alhamdulillah, dah sampai kita ke bukit kayu hitam, minta passport awak" kelam kabut aku selongkar beg dan menyerahkan kepada Am. Tiba tiba aku perasan nota yang Am kirimkan padaku semasa aku mencarinya di hospital. Lipatan surat itu perlahan aku buka semasa Am sedang berurusan dengan pegawai imigresen di pintu sempadan. Aku membelek tulisan yang diconteng oleh Am. Aku pasti, ya aku pasti tulisan itu Teja. Ini bererti Teja adalah nama seseorang. Tapi siapa dia? Igauan Am semalam juga menyebut nama Teja. Tentu seseorang yang istimewa di hati Am, begitu juga dengan pesanan bonda Teh, bahawa aku layak menjadi Teja untuk Am. Tapi kenapa?

"Selamat datang ke Thailand" usik Am sambil tersenyum bila selesai urusan di kedua belah pihak imigresen Malaysia dan Thailand. Aku merasa teruja dan mengucapkan terima kasih pada Am. Kegusaran aku terhadap Am beransur hilang bila bertemu dengan bonda Teh dan jaminan daripadanya bahawa Am tidak akan melakukan sesuatu yang buruk padaku. Sesungguhnya aku percayakan ini semua adalah aturanNya untuk diriku.

Sebaik memasuki negara ini, aku merasakan amat mengantuk mungkin kerana keletihan perjalanan semalam dan berjaga sehingga lewat malam menjaga Am. Tanpa sedar aku tertidur tidak lama kemudian.

Sayup kedengaran Am sedang berbual dengan seseorang, aku cuba menangkap perbualan mereka. Ya Allah Am begitu fasih bertutur dalam bahasa Thailand. Aku membuka mata dan melihat seorang lelaki Thai tersenyum memandang aku. Aku membalas senyuman dia sambil tertanya apa yang mereka bualkan. Kami kini berada di hadapan sebuah kedai runcit kalau tak silap aku. Kemudian Am menandatangani satu kertas dan lelaki itu berlalu masuk ke dalam kedai itu.

"Kathy, nanti kita singgah satu tempat, ada barang Am nak hantar sedikit" Am menjelaskan padaku bila perasan aku telah terjaga dari tidur.

"Ok, macam mana kaki dan tangan Am? Sakit lagi ke?" soal ku.

"Alhamdulillah, cuma rasa lenguh sikit, tapi bertambah baik"

Kemudian aku lihat lelaki Thai itu bersama dua orang pembantunya memunggah naik barangan seperti beras, makanan basah dan beberapa keperluan harian ke dalam kenderaan kami.Penuh barangan tersebut memenuhi ruang belakang kenderaan kami.

Aku tertanya untuk apa semua ini. Seakan memahami Am memberitahu nanti aku akan tahu bila dah sampai ke tempat yang hendak di tuju. Setelah selesai lelaki itu bercakap sesuatu pada

 Setelah selesai lelaki itu bercakap sesuatu pada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Am sambil menunjukkan padaku. Aku yang tidak selesa terus bertanya apa yang dicakapkan oleh lelaki itu.

"Dia cakap awak cantik dan......"


TejaWhere stories live. Discover now