Teja Siri 26

300 15 5
                                    

Dia Gedebe!

"Kita dulu jahat, selatan negara ni kita yang pegang, tak ada orang lain berani dengan kita, kecuali seorang!"

Tenang Endin Cacawan yang mampu bertutur bahasa Melayu menceritakan siapa dirinya sebelum ini setelah Am memperkenalkan aku dan menceritakan apa yang berlaku.
Perwatakannya dan tutur katanya yang lembut tidak menggambarkan dirinya seperti yang diceritakan. Sami yang lain kemudian beredar bila dia mengisyaratkan tangan kepada mereka.

" Dadah, bunuh, pelacuran, bergaduh semua yang jahat jadi permainan kita dulu, pihak berkuasa pun kita pegang, tapi kita kalah dengan seorang ni"

Aku teruja dan bersungguh mendengar dengan apa yang diceritakan.

Sambil memandang pada Am yang menundukkan kepalanya dia menyambung ceritanya.

"Kita kenal dia bila dia campur tangan masa kita tengah pukul satu geng yang lain, kita nak pukul dia kita kena balik, orang kita semua kena pukul juga sama dia, lepas tu kita nak cari dia tapi dia yang cari kita dulu, datang seorang dia tempat kita"

"Sebelah pattani ni orang macam dia orang panggil Gedebe, tapi dia bukan macam tu,kenapa kita boleh berubah, kerana sikap dan tingkah laku dia, dia tak pernah nasihat kita,kita perati dia lain dari yang lain, orang macam dia hebat sampai adik kita suka dengan dia"

"Cukup abang"

Wajah Am berubah bila memotong percakapan Endin Cacawan. Aku sendiri perasan Am seakan tidak senang bila rakannya menyebut perkataan adik.

Mungkinkah adik dimaksudkan itu Teja terlintas di fikiranku.

Kemudian aku lihat Endin Cacawan mengisyaratkan kepada sami yang lain untuk datang dan membisikkan sesuatu. Mereka kemudian membaringkan Am.

"Kathy, mereka hendak merawat Am cara mereka, Tunggu sekejap okay" jelas Am bila melihat aku tertanya tanya bila dia dibaringkan.

Aku yang tidak mahu mengganggu meminta izin untuk melawat kuil tersebut. Endin Cacawan kemudian mengarahkan seorang sami untuk mengikuti aku. Sambil berjalan aku cuba untuk berbual dengan beliau tetapi dia hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya. Rupanya dia cuma boleh berbahasa siam. Walaupun demikian dia kelihatan bersungguh sungguh cuba menerangkan sesuatu apabila aku menunjukkan pada hiasan di dalam kuil itu. Suasana menjadi kelakar dan aku terus mengusik dia untuk melihat kelakuannya yang menghiburkan bila cuba menerangkan padaku dalam bahasa siam. Ketika hendak mengambil telefon bimbit aku untuk mengambil gambar aku melihat ada dua puluh satu panggilan tidak berjawab.Ya Allah, bagaimana aku boleh melupakan Za untuk memberitahu perkembangan aku. Aku sendiri terlupa untuk aktifkan bunyi bila aku mematikan bunyi telefon semasa perjalanan ke sini agar tidak mengganggu Am.

Dan hamburan pertanyaan dan leteran Za bertalu talu sekali lagi singgah ke gegendang telinga ku bila menghubunginya.






TejaWhere stories live. Discover now