"Why your book wet, Alina?" Tajam anak mata Miss Nina menikam Lina.
Lina hanya tunduk kepalanya. Tak mampu dia hendak menjawab apa-apa.
"Dah la buku basah, lepas tu kotor pula tu! Ew! Awak ni memang pengotor la! Agak-agak la nak kerja dekat sawah padi pun, tak payah la nak bawa buku sekali!"
Semua pelajar 3 Clever ketawa mengejek. Bagus sangat bila cikgu pun satu kepala hina budak miskin tu.
Lina terkedu. Ini ke namanya cikgu? Menghina pelajar hanya kerana miskin?
"Get out from my class! I don't want to see your ugly face!" Miss Nina menghalau Lina. Sedikit pun matanya tidak memandang Lina.
Lina menapak keluar dari kelas. Baru selangkah dia berjalan, kepalanya terkena buku.
"Take your book! I don't want to touch you disgusting book!"
Lina mengutip bukunya yang selamat mendarat di lantai. Dia menggosok kepalanya. Sakit la juga bila kepala kena buku teks. Kalau kena buku tulis tak apa la juga.
Lina keluar dari kelas. Kakinya hanya berjalan tanpa tahu mana arah tujunya.
Meanwhile
Zikri keluar dari tandas sambil tangan diselukkan ke dalam poket. Sekali-sekala, dia bersiul-siul kecil.
Kakinya menendang batu yang ada di atas jalan tar.
Tanpa sedar, batu tu terkena pada seseorang.
"Auch!"
Zikri pantas mengangkat muka. Dahinya berkerut apabila melihat figura yang sedang memegang dahi.
"Who's that girl?" Soalnya sendirian. Dia melangkah menuju ke arah budak perempuan itu.
"Kau okay ke?"
Lina hanya menunduk sambil memegang dahinya. "Hah, saya okay je."
Zikri angkat keningnya. Nampak macam muka budak perempuan tu berkerut-kerut tahan sakit. Hurm, mungkin perasaan dia je kot.
"If you say so," Zikri angkat bahu dan berlalu pergi.
"Tch." Lina melihat tangan yang memegang dahinya. Dia mengeluh. Ada kesan darah pada tangannya. Ini bermakna, dahinya berdarah.
Lina jalan menghampiri basikal. Kemungkinan dahinya terkoyak. Lebih baik dia pergi ke hospital kerajaan segera supaya lukanya tidak bertambah teruk.
Kelas?
Nanti-nanti jelah dia fikir. Cikgu-cikgu kat sini bukannya kisah pun.
Lina segera mengayuh basikal keluar dari Dream High.
~
Sudah satu sekolah Danial pusing namun kelibat Lina langsung tidak dilihatnya.
Dia mengeluh. Putus asa tiba-tiba muncul pada dirinya.
"Dani, cari siapa?" Amir, rakan sekelas Danial menyoal sambil melantun-lantunkan bola keranjang. Bola tersebut dibaling pada Danial.
Danial menangkap dengan cekap. Dia turut melantun-lantunkan bola tersebut pada lantai gelanggang sebelum melempar bola tersebut ke dalam jaring.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...