⚫44⚫

4.2K 244 20
                                    

Let's have a date - Zik♥️

Tersenyum lebar Lina apabila membaca WhatsApp daripada Zikri. Dia tahu Zikri seorang yang direct orangnya tapi dia tak kisah sebab macam mana pun cara Zikri, dia tetap bahagia dengan lelaki itu.

+Boleh, kat mana?

-ikut je aku, aku tahulah nak bawa kau pergi mana nanti

+Hm, okay

-siap cepat, I'm going to take you, tak payah cantik-cantik sebab kau memang dah cantik

Berona merah wajah Lina apabila dipiji sedemikian oleh Zikri. Biarpun Zikri tak berada dengannya sekarang ni, Zikri di dalam chat pun tetap mampu menggoyahkan hatinya.

Lina bingkas bangun, bergerak menuju ke almari baju. Satu-satu baju dicubanya. Mana yang tak berkenan, dicampak semua ke atas katil menyebabkan katilnya bersepah.

"Lina..." Allif yang membuka tombol pintu bilik adiknya membuntangkan mata. What the hell? Apa yang bersepah sangat ni?

"Lina buat apa ni? Kenapa bersepah sangat?" Macam biasa, walaupun suara Allif kedengaran lembut tapi masih terselit ketegasan apabila berbicara dengan adiknya.

"Hehe, sorry. Lina nak cari baju tapi tak tahu baju apa yang sesuai."

Allif mengerutkan dahinya. Dia lantas mengambil tempat di atas katil Lina. Lina yang masih tekun mencari baju dipandang dengan muka hairan. "Kenapa beria-ia sangat cari baju? Lina nak keluar ke?"

"Haah."

"Dengan?"

"Zik."

Sepatah yang ditanya, sepatah jugalah yang dijawabnya.

"Lina... dah berbaik dengan Zik? Dah tak gaduh dah?" Allif menyoal musykil. Kalau betulah diorang dah berbaik, nampaknya Zikri memang seorang yang boleh diharap.

"Haah."

Allif tersenyum puas apabila mendengar jawapan adiknya. Dah agak, Zikri memang matang dalam segala pemikiran. Biarpun dulu lelaki tu membuli adiknya tapi siapa tahu sekarang dia dah jadi orang yang paling baik untuk Lina.

"Okay, goodluck. Jangan tiba-tiba Lina cair tengah jalan tu pula."

Lina berpaling memandang abangnya. "Cair?" Soalnya semula, tak berapa nak faham apa yang abangnya maksudkan.

"Yelah, Zikri kan manis mulutnya. Bila-bila masa, dekat mana pun, dia boleh buat hati Lina cair macam aiskrim. Betul tak?"

Tepat. Itulah yang nak dikatakan Lina. Dia tahu Zikri si mulut manis, tapi manisnya hanya diketahui oleh dirinya saja. Kalau orang lain, nampak Zikri jenis baran sebab Zikri memang tak mesra alam orangnya.

"Abang Al, Lina nak minta izin keluar dengan Zikri." Lina baru teringat yang dia sepatutnya minta izin abangnya dulu memandang mamanya tiada di rumah.

"Abang izinkan tapi jangan balik lambat dan jangan buat benda yang bukan-bukan," walaupun dia tahu Zikri dan Lina bukan jenis yang macam tu, dia tetap mahu mengingatkan adiknya.

Lina melemparkan senyuman buat abangnya. "Okay!" Pipi abangnya dicium sebelum dia berlari menuju ke bilik air.

Allif sekadar menggeleng kepala. Ada-ada jelah budak ni.



🌑🌑🌑

Zikri tersenyum manis apabila Lina di hadapannya mengenakan pakaian simple tapi cantik. Dia lantas berdehem dan berpaling dari menghadap Lina. Rasanya, dah lama dia tak keluar berdua dengan Lina sebab Lina asyik keluar dengan orang lain je.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now