⚫42⚫

4.1K 285 45
                                    

"Lina pergi mana semalam? Kenapa tak bagitahu abang Al?" Allif menyoal sebaik sahaja adiknya turun dari bilik untuk sarapan. Mama dan papanya awal-awal lagi sudah keluar until bekerja.

"Lina keluar dengan kawan Lina," jawab Lina sambil menggosok-gosok matanya.

"Balik pukul berapa semalam?"

"Erm, tiga," Lina menguap. Dia cuba membesarkan matanya memandang sarapan yang berada di atas meja.

"Lina ingat tak yang semalam Lina ada janji nak keluar dengan Zik?"

Terus sudu yang dipegang Lina jatuh ke atas lantai. Mata yang tadinya layu tiba-tiba menjadi segar. Lina memandang Allif dengan muka terkejut.

"Abang Al, Lina.." Lina terdiam. Dia meneguk liurnya perlahan. Dia lupa. Memang dia lupa. Semalam terlampau seronok ikut Ariel pergi fun fair sampaikan janjinya pada Zikri  dilupakan.

Allif mengeluh. Lina tak pernah macam ni. Lina jarang mungkir janji. Janganlah disebabkan kedatangan Ariel dalam hidup Lina, Lina akan berubah. "Lina buat apa ni? Tak kan Lina lupa orang penting macam Zik tu?"

"Tak! Lina tak lupa Zik! Cuma semalam Lina.."

"Lina apa?"

Lina diam. Dia mengurut dahinya perlahan. Silap Ariel lah ni ajak dia berseronok semalam.

"Lina keluar dengan lelaki lain, dengan lelaki yang abang Al tak kenal. Lepas tu, Lina tak minta izin abang Al. Pulak tu, Lina lupa janji Lina dengan Zikri. Lina ni dah kenapa sebenarnya? Lina keluar dengan siapa ni?" Muka Allif merah menandakan yang dia sangat bengang. Namun kemarahannya ditahan. Dia tak mahu memarahi adiknya yang seorang ni tanpa mengetahui penjelasan Lina terlebih dahulu.

"Lina tahu tak semalam Zik datang rumah ni, cari Lina. Zik cakap dengan abang Al yang dia dah set kan candle light dinner untuk Lina. Tapi Lina? Lina pergi mana semalam?"

Lina memejamkan rapat matanya. Saat ini, hatinya penuh dengan rasa serba-salah. Serba-salah pada abang Al dan juga Zikri. Kalaulah masa boleh diputar balik.

"Lina minta maaf," air mata sudah mula keluar dari tubir matanya. Manakan tidak, wajah abangnya terlihat kecewa dengan sikapnya.

"Pergilah minta maaf dengan Zikri." Allif bangun dari duduknya. Sarapan yang dibuatnya sendiri langsung tidak disentuh. Bila keadaan jadi begini, seleranya langsung hilang.

Lina menghembus nafas perlahan. Sarapannya dijamah sedikit. Tak makan nanti takut abangnya marah. Dan saat ini, dia terfikirkan hubungannya dengan Zikri. Entah kenapa hubungan mereka Makin rengang. Adakah silapnya atau silap Zikri?

Mustahil silap Zikri. Nampaknya selepas ini dia akan membetulkan keadaan. Itu tekadnya.

⚫⚫⚫

Telefon berdering menandakan ada panggilan. Zikri tanpa melihat nama yang tertera, terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?"

Jeda. Talian di sebelah sana hanya sepi yang menjawab.

"Hello? Siapa ni? Kalau setakat nak main-main, tak payah call aku." Zikri membalas dingin. Dia betul-betul tak ada mood nak bergurau hari ni.

"Zik..."

Zikri memejam rapat matanya. Suara yang buatkan dia tidak tentu arah. "Hm," hanya itu yang dibalasnya.

"Li- Lina minta maaf. Lina lupa yang Lina ada janji dengan Zikri." Lina mengetap bibirnya. Takut dengan jawapan yang bakal diberikan Zikri.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now