Natra peluk bahu Lina sambil berjalan menuju ke Dream Cafe. Sempat mereka berdua ketawa kecil jika setiap kata-kata mereka terselit lawaknya.
Natra menghentikan langkahnya di hadapan tandas. "Lina, you pergi dulu la. I nak masuk tandas kejap. Nanti I datang, okay?"
Lina angguk kepalanya. "Okay, tapi jangan lama-lama tau."
Natra hanya sengih. Segera dia masuk ke tandas manakala Lina meneruskan perjalanannya ke kafe.
Bukkk!
Susuk tubuh kecil Lina terjatuh di atas lantai akibat dilanggar oleh seseorang.
Lina mengangkat mukanya memandang gerangan yang melanggarnya.
"Kau buta ke?! Tak nampak aku nak jalan ni?!"
Lina menggigit bibir. Seluruh warga Dream Cafe sedang memandang ke arahnya. Lina menarik nafas panjang. Dia cuba untuk bangun dari jatuhnya dengan tangan yang berpaut pada dinding.
"Woi! Kau bisu ke pekak?!" Thia menolak Lina menyebabkan Lina mengaduh dan kembali jatuh.
Bad Princes yang berada di salah sebuah meja makan turut memerhatikan adegan tersebut. Allif bangun dari duduknya namun sempat ditahan oleh Rayyan. Dia memandang Rayyan dengan muka tak puas hati.
"Kau nak Lina marah kau ke?" Rayyan bertanya dengan muka serius.
Allif mengeluh perlahan. Ya, dia tahu Lina akan memarahinya tapi dia juga tidak betah melihat adik kesayangannya dibuli begitu saja. "Tapi tak kan aku nak biarkan dia macam tu je?"
Rayyan mengeluh. Kalaulah Allif tahu bahawa adiknya pernah kena teruk dari itu sebelum ini. "Duduk Al."
Allif akur. Dia kembali duduk dan memerhati semula pada adiknya.
"Kau dah langgar aku lepas tu tak nak cakap maaf?! Nasi aku ni siapa nak ganti?! Kau boleh ke ganti?! Kau tu dahlah miskin, hina pula tu! Bawa-bawa lah sedar diri yang kau tu cuma tumpang-"
"Tumpang apa?"
Semua mata memandang ke arah Zikri yang bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh. Matanya tajam memandang Thia yang ternganga itu.
"Zik-Zikri!" Thia tekup mulutnya. Kenapa pula Zikri berada di sini? Bukan ke Zikri jenis yang tak suka masuk campur hal orang? Ada apa-apa ke ni?
Zikri menghampiri Lina. Tangan dihulur pada gadis kecil itu untuk membantu.
Lina tanpa teragak-agak menyambut huluran tangan Zikri. Dia bingkas bangun dari jatuhnya. Tangannya tak lepas dari memaut lengan Zikri.
"Dengar sini, budak. Eh, bukan kau sorang je tapi satu kafe ni. Alina is my girl now so kalau ada siapa-siapa berani sentuh dia, jangan harap kau boleh lepas. This is my first and last warning." Zikri bersuara dengan nada yang keras menyebabkan semua pelajar gerun akan dirinya.
Lina hanya kaku membisu. Tak tahu nak bagi reaksi apa bila Zikri cakap macam tu. Otaknya cuba mencerna setiap bait perkataan yang dikatakan Zikri tadi. Bila masa pula mereka berdua ada hubungan?
Adam peluk bahu Allif. "See, kau tak perlu risau apa-apa sebab adik kau ada hero yang boleh kau percaya."
Allif mengeluh lega. Perlahan-lahan senyuman terbit di bibirnya. Nampaknya, Zikri memang betul-betul sayangkan adiknya. Dia boleh nampak tu.
Zikri terus menarik Lina meninggalkan kawasan kafe tersebut. Dia memandang Lina dengan pandangan risau. "Kau okay tak?"
Lina hanya diam. Masih kaku seperti tadi.
"Alina? Oi, aku tanya kau ni."
Lina sengih. "Ma-maaf Zik. Saya okay je, janganlah risau."
Zikri mengeluh perlahan. Macam mana la dia tak risau? Dua kali kot Lina jatuh tadi. Aduhai budak innocent ni.
"Zik, saya nak tanya sikit boleh?"
"Hm?" Zikri angkat kening sambil matanya memandang muka cuak Lina. Pelik kenapa Lina tiba-tiba macam takut nak bercakap.
"Se-sejak bila saya jadi girl awak?" Lina menggaru belakang tengkuknya. Kenapalah setiap kali dia bercakap dengan Zikri, dia akan gagap?
Zikri sedaya upaya menyembunyikan senyumannya. Ingatkan apala tadi. Dagu Lina dipegang dan diangkat supaya dapat bertentang mata dengan gadis itu. "Sejak mula kau cakap kau suka aku, aku dah anggap kita ada hubungan. So lepas ni, kau tak payah takut sebab semua dah tahu siapa kau. Okay? Aku pergi dulu. Nanti abang kau memekak pula." Zikri terus saja beredar meninggalkan Lina sendirian. Mata-mata yang sentiasa memandangnya hanya diabaikan.
Lina tercengang. Sekali lagi otaknya seperti lambat berfungsi hendak menghadam kata-kata Zikri. Namun lepas sesaat, dia tersenyum. Tak sangka Zikri boleh jadi seromantik ini!
Baru saja Lina hendak berjalan ke kelas, matanya bertembung dengan sepasang mata yang memerhatikannya tajam dan segaris senyuman sinis. Lina teguk air liurnya kesat.
Katrina.
Segera Lina berlari menuju ke kelas. Dia masih tak bersedia nak berhadapan dengan gadis itu. Dia tak pasti sama ada Katrina benar-benar sudah melepaskannya atau tidak. Yang hanya mampu dia lakukan sekarang ni, berharap supaya hubungan dia dengan Zikri baik-baik saja.
Katrina yang kebetulan hendak masuk ke tandas tanpa sengaja mendengar perbualan Lina dan Zikri. Dia dah saksikan apa yang terjadi di kafe tadi. Tak sangka selama ni Lina bahagia bila dengan Zikri.
"Kau fikir kau boleh bahagia ke Lina? Tidak selagi kau tak kenal siapa aku." Katanya dengan senyuman penuh makna. Segera dia beredar dari tempat tersebut.
⚫⚫⚫
Natra bersandar pada kerusinya. Dia memejam matanya rapat. Kata-kata Effa rehat tadi sering saja bermain di mindanya.
"Ef, you rasa Amir tu okay tak?"
Effa yang sedang melalukan airnya pada tangannya memandang Natra tanpa riak. Kening dijongketkan sebagai soalan 'maksud kau?'
"Tak adalah sebab I tengok Amir tu macam okay je. Lagipun dia kan rapat dengan abang I." Ujar Natra lagi dengan senyuman yang tak lengkang dari bibir mengenangkan sikap Amir yang baik.
Effa menghembus nafas perlahan. Kepala paip dipusing supaya air berhenti mengalir. Dia berpaling menghadap Natra yang tersenyum-senyum sumbing itu.
"Kenapa tanya aku? Kenapa tak tanya Lina, best friend kau?"
Natra mengeluh perlahan. "Bukan tak nak tanya dia tapi dia tak tahu apa-apa pun tentang I dengan Adam. I tak nak story kat dia cerita lama. I tak nak luka dulu kembali berdarah."
Effa angguk kepalanya. "Luka kau sekarang ni kiranya dah sembuh la?"
Beria Natra angguk kepalanya. "Cuma parut tu masih ada."
"Kau terfikirkan Adam? Kau rasa luka dia dah elok?" Effa menyoal lagi.
Berkerut wajah Natra mendengar soalan yang dilemparkan Effa. "Kenapa Adam mesti nak terluka pula? Dia yang luka kan I so what?"
Effa geleng kepalanya perlahan. "Kau tak boleh macam ni. Kau kena cari tahu benda yang sebenar. Jangan sampai kau menyesal." Hanya itu yang dikatakan Effa. Terus saja dia meninggalkan Natra yang berkerut seribu.
"Apa maksud Effa?" Natra menyoal sendirian.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...