"Nat, you masih marahkan I ke?" Adam datang menghampiri Natra lalu duduk di sebelah gadis tersebut. Kepalanya didongakkan ke langit untuk memandang ciptaan yang sangat cantik itu.
"I tahu semuanya salah I, I cuba nak explainkan everything dekat you tapi you tak nak dengar. Tiap kali I nak cakap, mesti you mengelak." Adam meneruskan kata-katanya apabila melihat Natra hanya mendiamkan diri, tidak menjawab soalannya tadi.
Keluhan kecil terlepas dari bibir Adam. Sepi, Natra masih diam membisu. Rambutnya yang jatuh ke dahi diraupkan ke belakang. "Kenapa you hukum I macam ni, Nat? Kalau you nak marah I, marahlah tapi janganlah sampai diam macam ni. Apa you ingat I tak ada hati ke? Sakit tau bila orang yang kita sayang palau kita."
"Nat, bagi respon please. You dengar tak apa I cakap ni?" Kepala Adam sudah berpaling ke sebelah, memandang Natra. Koyak betul dirinya apabila Natra langsung tidak melayannya.
"Kalau you memang dah betul-betul bencikan I, it's okay. I faham, lepas ni I janji I tak kan kacau you lagi. I'm sorry." Terus saja punggung diangkat untuk beredar.
"I'm sorry too."
Langkah Adam mati. Dia terus saja berpusing menghadap Natra yang sudah bergenang dengan air mata. Terus saja dia menghampiri Natra, air mata gadis itu disekanya. "Hei, kenapa menangis ni?"
"I minta maaf, I banyak salah faham dengan you. I dah bazirkan masa kita dengan ego I ni, I sepatutnya percayakan you dari awal," dengan suara yang serak, Natra menuturkan kata-katanya. Teringat cerita yang diceritakan oleh Lina tempoh hari.
Sayu hatinya apabila dia menghukum orang yang tak bersalah. Dan dia juga telah menghukum orang yang mencintai dia separuh mati.
"I teringatkan cerita Lina, ada seorang lelaki dan seorang perempuan tu, situation dia sama dengan kita. Yang bezanya, perempuan tu yang buat salah."
Adam kini nampaknya berminat dengan cerita yang disampaikan oleh Natra. Dia duduk semula di pondok tersebut. Badan Natra dipusingkan menghadap dirinya. Mereka berdua bertentangan antara satu sama lain sambil bersila.
"Okay, then?" Adam menyoal.
"Perempuan tu buat lelaki tu sedih, kecewa tapi sebenarnya perempuan tu tak salah. Dia terpaksa buat macam tu sebab nak selamatkan diri dia dari bahaya. Bila perempuan tu nak minta maaf dekat lelaki tu, lelaki tu tak ada sebab dah pindah. Dah pergi jauh, tinggalkan perempuan tu."
Adam tekun mendengar. Cerita ini hampir sama seperti kisah seseorang.
"Bila lelaki tu dah balik, dah berjumpa semula dengan perempuan tu, lelaki tu dah berubah jadi lain. Perempuan tu cuba untuk minta maaf dengan lelaki tu, cuba untuk jelaskan semuanya yang dah berlaku tapi sayang, sikit pun perempuan tu tak diberi peluang." Natra menarik nafas panjang. Ini cerita yang disampaikan oleh Lina kepadanya. Bagi dia, cerita ni sangat sedih sebab endingnya bukan ending yang bahagia.
"Dalam masa yang sama, perempuan tu sebenarnya sakit. Dia menghidap penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Dia cuba, cuba untuk dapatkan kemaafaan dari lelaki tu tapi lelaki tu tetap tak nak maafkan dia. Malah, lelaki tu tak tahu yang perempuan tu tengah sakit."
"End up, perempuan tu mati. Lelaki tu dapat surat daripada perempuan tu. You nak tahu apa yang tertulis salam surat tu?"
"Apa?"
"Perempuan tu terpaksa curang dekat lelaki tu sebab ada orang ugut dia. Orang tu akan rogol perempuan tu kalau perempuan tu tak terima dia."
Adam tersentak. Mungkin ke kisah ni sama dengan...
"Lelaki tu, menyesal sangat-sangat. Dia tak sangka benda ni boleh jadi. Yang sedihnya, perempuan tu pergi tanpa sebab dibahagiakan. I rasa macam hmm, entahlah. I tak boleh bila dengar cerita ni."
"Lina ada cakap dengan you siapa nama perempuan tu?"
"Ada," Natra diam seketika. Cuba meingingati sebaris nama yang pernah disebutkan Lina. "Tak silap, nama dia Katrina. Hahahaha, macam Katrina budak sekolah kita pula rasanya."
Adam terkedu, terus matanya membesar memandang Natra. Walau cerita itu tak sepenuhnya betul, tapi kenapa dia rasa watak dalam cerita Natra tadi benar-benar wujud?
Dan Allif, Allif yang berada di sebalik pokok sudah tersandar lemah. Dia memejam matanya rapat. Tujuan dia datang ke sini untuk mencari Adam tapi bila dia nampak Adam cuba berbaik dengan Natra, jadi dia ambil keputusan untuk menyorok dulu.
Dan dia tak sangka, diterima kejutan sebegini.
Lina pula? Kenapa tak beritahu dia awal-awal?
Tanpa mahu berfikir panjang, Aliff terus berlari masuk ke dalam rumah. Kelibat adiknya dicari sehingga ke dapur.
"Lina!"
Minuman kosong yang sedang diteguk oleh Lina tersembur keluar. Abangnya yang kelihatan sangat cemas dipandang penuh tak puas hati. "Abang Al ni kenapa? Menjerit-jerit pula," bebelnya sambil menutup semula pintu peti sejuk.
"Kenapa Lina tak beritahu abang Al pasal Kat?"
Terus terkedu Lina dibuatnya. Perlahan-lahan dia berpusing menghadap abangnya. Tengkuknya diusap perlahan. Macam mana boleh kantoi pula ni?
"Kenapa dengan Kat? Lina tak tahu apa-apa pasal dia."
"Jangan tipu," dan seperti biasa, Lina yang innocent tu kalau menipu memang tak jadi.
Lina teguk liurnya perlahan. Dia bergerak sambil memeluk lengan abangnya. "Abang Al, Lina bukan tak nak bagitahu tapi Kat yang tak kasi Lina bagitahu abang Al. Abang Al tak kan marah Lina kan?" Pandangan penuh simpati diberikan pada Allif.
Aliff mendengus perlahan. "Habis, kalau Kat betul-betul dah pergi, Lina nak abang menyesal seumur hidup abang ke?"
Sekali lagi Lina terkedu. Ya, memang selama ini dia tak pernah fikir apa kesan kepada abangnya sekiranya Katrina tiada nanti.
Zikri yang baru selesai mandi menghampiri mereka berdua. "Al, dari dalam tandas aku dengar kau marah," katanya sambil mengelap rambut basahnya.
"Aku tak tahu apa yang jadi tapi aku rasa lagi penting kalau kau pergi cari Katrina. Kau marah-marah Alina ni pun, bukan boleh dapat apa." Matanya memandang sekilas pada Lina yang sedang menunduk memandang lantai.
Allif mengeluh perlahan. Dia lantas beredar dari dapur tersebut.
Zikri pula berjalan menghampiri Lina. Bahu Lina dipeluknya. "Kau tak payah sedih-sedih lah. Abang kau tu kalau marah sekejap je. Jom kita temankan dia pergi tengok Kat. Nak?"
Terus Lina mengangkat mukanya. Dia mengukirkan senyum. Zikri, memang tak pernah kalau tak buat dia tersenyum. "Nak!"
"Kalau macam tu, pergi siap."
"Okay!" Berlari anak Lina menuju ke biliknya.
Zikri geleng kepalanya. Macam budak-budak!
Next update? Sure tapi 50 followers dekat ig; blackbubbles._ dlu. Thankyou and sorry 🙃🙃♥️
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...