"Perhimpunan tamat. Semua sila bersurai." Ummi sebagai penolong ketua pengawas menutup majlis pagi tersebut.
Pelajar-pelajar mula bising hendak masuk ke kelas.
"Ehh! Kejap! Kejap!" Cikgu Nurul menahan pelajar-pelajar Dream High dari terus berjalan. Dia menepuk mikrofon sebelum memulakan perbicaraannya. "Semua dengar sini, malam esok sekolah kita akan adakan majlis persahabatan dengan Best School. So, semua dijemput hadir. Malam tu akan bertemakan the best partner jadi korang semua kena ada pasangan masing-masing."
"Cikgu harap korang semua jaga tingkah laku korang, jangan nak malukan sekolah kita. Untuk siapa yang tak ada pasangan, korang akan dikeluarkan dari majlis. Faham?"
"Faham cikgu!" Serentak semua berkata.
"Bagus la, tema baju bebas. Sila pakai yang sopan-sopan jangan nak mengada-ngada tayang benda yang tak patut sana-sini. Okay, you guys may leave now."
Natra tepuk bahu Lina. "You must be my brother's partner. No excuse!"
Lina sengih. Kepala diangguk. "Okay, tak ada hal! Tapi awak nak partner dengan siapa?"
Natra senyap. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. "I.. I don't know?" Natra mengeluh lemah. Kalau dulu dia selalu jadi partner Adam, mustahil perkara tersebut akan berulang. Dia tak mahu jadi pasangan Adam lagi. Dia dah serik.
No and never!
"Hah! Saya tahu! Siapa kawan abang awak yang selalu dengan awak tu?"
Natra mencantumkan keningnya. Yang selalu dengan abangnya? "Amir ke?"
"Yelah kot. Apa kata awak jadi pasangan dia?"
Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. "Hurmm, good idea!"
"Err, Riya. Be my partner?"
Lina menoleh. Kelihatan Danial berada di belakangnya dengan kedua-dua tangan di dalam poket. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Typical hot guy. Biasalah tu.
Lina angguk. "Boleh je. Lagipun tadi Natra dah cakap awal-awal dengan saya. Dah kalau orang handsome macam awak tak kan nak tolak pula kan?" Lina berselorah. Sengaja mahu menceriakan lagi suasana yang ada.
Danial senyum. Kembang kempis hidungnya apabila dipuji oleh Lina. "Saya tahu. Memang susah orang nak tolak lelaki macam saya ni." Danial turut bergurau.
Lina menggulingkan anak matanya. "Perasan."
Serentak Natra dan Danial ketawa. Comel pula bila Lina buat muka macam tu.
"Nat pasangan dengan siapa?" Kali ini, Danial memandang adiknya. Seharusnya dia perlu tahu siapa pasangan kepada buah hatinya ini agar dia boleh menentukan sama ada orang itu boleh diberi green light atau tak.
Natra angkat bahu. "Tak ada calon lah bang."
"Weh, Dani! Puas aku cari kau. By the way, siapa pasangan kau malam ni? Tolong carikan pasangan aku doe. Aku tak jumpa la." Amir menepuk bahu Danial. Mukanya jelas risau bila memikirkan dia tidak akan ke majlis malam esok memandangkan dia tiada partner.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...