⚫40⚫

5.1K 344 56
                                    

"Lina nak ke mana?" Allif bertanya apabila melihat adiknya itu bersiap-siap untuk keluar. Dia memandang adiknya itu penuh hairan.

"Jumpa kawan Lina kejap."

"Dah minta izin papa dengan mama?" Allif menyoal lagi.

"Dah."

"Tapi kan kita dah plan nak kumpul dengan kawan-kawan abang Al?"

"Sorry, Lina tak dapat join. Ada hal penting, sangat-sangat." Lina mencapai beg tangannya yang berada di atas almari. Dia terus keluar dari rumahnya. Telefonnya yang bergetar menandakan ada mesej masuk dipandangnya.

011+++

Kau kat mana?

Baru keluar dari rumah

Nafas dihela perlahan. Tengok soalan pun dia dah tahu siapa pengirimnya.

Aku datang ambil kau? Tak kan kau nak naik grab sesorang pula

Hm okay

Hantar location

*Send location

Lina menyarung sandal pada kakinya. Lantas dia berdiri di pagar rumah. Saat terpandangkan kereta mewah Ariel, dia terus keluar dari rumah. Cepat juga mamat tu sampai.

Allif yang berdiri di muka pintu hanya memerhati. Dia menghela nafas perlahan saat melihat kelibat seseorang yang sedang memandu di dalam kereta tersebut. "Apa hubungan Lina dengan Ariel eh?" Soalnya sendirian.










⚫⚫⚫

"Kita nak ke mana?" Lina menyoal sebaik saja masuk ke dalam kereta Ariel. Tali pinggang keledar ditarik lalu dipakainya. Dia memandang Ariel yang sedang tenang memandu.

Ariel diam, tidak menjawab. Sebaliknya tangannya menekan punat radio kereta.

"Ariel, saya tanya awak ni. Kita nak pergi mana? Jangan main-main boleh?" Kali ini Lina sedikit mendesak. Risau hatinya sekiranya Ariel buat sesuatu di luar jangkaannya.

"Kenapa? Kau takut ke? Apa masalahnya kalau aku bawa kau masuk hutan? Ke hotel? Kau peduli ke semua tu?" Sinis saja Ariel membalas bicara Lina. Dia tahu Lina takut. Dia tahu Lina risau. Dia kenal Lina bukan sekejap. Dia tahu Lina jenis cepat gelabah.

Lina sudah terkaku di tempat duduknya. Perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada Ariel sehingga tubuhnya bersandar pada pintu kereta. Air mata sudah mula bertakung di tubir matanya. Otaknya sudah mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. "A-Ariel, a-awak bergurau kan?"

"Muka aku ada nampak macam aku bergurau?" Sekali lagi soalan Lina dibalas dengan soalan. Muka cuak Lina dipandang sekilas. Nak saja hati dia tergelak tengok muka Lina. Haih, comel betul.

"Ariel, a-awak-"

"Kau fikir apa ni? Ingat aku ni jahat sangat ke, Lina? Memang lah aku tengah marah dengan kau tapi tak adalah sampai nak buat benda bukan-bukan. Dah, duduk elok-elok. Aku tahulah nak bawa kau pergi mana." Ariel menarik badan Lina supaya duduk dengan betul. Dia menggelengkan kepalanya kecil. Budak ni kalau tak gelabah memang tak sah.

Lina mendiamkan diri saja. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Secara jujurnya, keluar dengan Ariel buatkan dia rasa bersalah pada Zikri. Dia tak sepatutnya keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Zikri.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now