Zikri mematikan enjin keretanya. Lama dia memandang rumah pengetua yang tersergam indah di depan matanya. Rumah pengetua Liya boleh dikatakan dalam kategori yang besar kerana kerjayanya sendiri dan juga kerjaya suaminya. Zikri pantas keluar dari kereta. Loceng rumah tersebut ditekan.
Puan Liya yang sedang menggosok bajunya segera menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja melihat kelibat Zikri di hadapan pagar, Puan Liya tersenyum. Dia mendapatkan anak muridnya tersebut.
"Pengetua, Alina ada tak?".
Puan Liya menganggukkan kepalanya. "Dia tengah bersiap. Zikri masuk la dulu, tunggu kat ruang tamu. Pengetua panggilkan Lina. Nak apa-apa air tak?"
Zikri geleng kepalanya. "Tak apa la pengetua. Saya dah minum kat rumah tadi."
"Okay," Puan Liya terus menuju ke tingkat atas. Bilik anaknya diketuk.
Lina yang sibuk menghias dirinya membuka pintu. Tersembul wajah wanita yang sangat dihormatinya. "Yes mom?"
Puan Liya tercengang. Dia pandang anaknya atas bawah.
"Mama? Kenapa ni?"
"Lina! Anak mama kan? Cantiknya!" Terus tubuh kecil Lina dipeluknya.
"Mesti la anak mama! Kalau Lini ada mesti dia cantik macam Lina kan?"
Air muka Puan Liya berubah.
Lina terus menutup mulutnya.'Bagus Lina. Kau buat mama sedih. Kenapa kau sebut-sebut nama Lini?'
Puan Liya mengusap pipi Alina penuh kasih. Bibirnya mengukir senyum. "Ya sayang. Lini cantik macam Lina tapi dia dah tak ada. Tak apa, yang pergi tu biarkan pergi. Kita yang hidup kena teruskan hidup. Lina pergi siap cepat, eh? Zik tunggu lama kat bawah tu."
Lina angguk kepalanya. "Maafkan Lina, mama."
"Tak apa. Mama faham. Dah, dah. Pergi masuk bilik. Berapa lama lagi kamu nak siap?" Puan Liya menolak perlahan tubuh Lina ke dalam bilik. Dia mencekak pinggang memandang anaknya.
Lina sengih. "Ask him to give me five minutes. Okay?"
"Okay." Puan Liya berlalu pergi ke tingkat bawah.
"Zik, Lina minta kamu tunggu dia lima minit."
"Okay. Pengetua tak pergi ke majlis malam ni?"
"Pergi dengan Miss Nina. Ni pengetua tengah tunggu dia la ni. Pengetua nak siap-siap ni. Zikri tunggu Lina eh?"
Zikri angguk.
Puan Liya beredar ke biliknya.
"Hei Zik, okay tak?" Lina yang tiba-tiba muncul di hadapan Zikri memusing-musingkan badannya.
Zikri terkelu. Dia memandang Lina tanpa berkelip.
Kenapa?
Sebab Lina sangat cantik dengan memakai gaun putih berlengan hingga ke siku. Hujung gaun tersebut pula dihiasi dengan manik-manik yang tidak terlalu sarat. Rambut Lina yang paras pinggang dibiarkan lepas dan dihiasi dengan cekak reben. Wajahnya pula hanya memakai make up tipis.
"Zik? Are you there?" Lina melambai-lambai tangannya di hadapan Zikri.
Zikri tersedar. Dia berdehem menutup rasa segannya. "So, shall we?"
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...