⚫30⚫

6.7K 476 18
                                    

Keluhan berat dilepaskan. Sungguh nyanyian Katrina semalam mengusik jiwa dan raganya. Lagi-lagi bila Katrina sudah berubah hingga begitu. Siapa je yang tak gembira bila gadis kesayangan kau ambil keputusan untuk berubah jadi baik?

Akhir-akhir ni, dia memang jarang nampak Katrina di sekolah. Sama ada mereka tak ditakdirkan untuk bertembung ataupun Katrina memang tak datang, dia tak tahu. Tapi apa yang dia nampak dari matanya, wajah Katrina sangat sugul dan pucat berbanding dulu. Dulu sudah semestinya Katrina sangat cantik dan menawan.

"Al! Kau tahu tak Fahrin tu siap lambat sangat? Entah apa yang mamat tu solekkan aku pun tak tahu. Nak kata handsome tak adalah sangat." Rayyan yang baru tiba bersama Zikri dan Adam mencebikkan bibirnya. Geram dengan perangai Fahrin yang siap macam perempuan. Lina dengan Natra pun tak lambat macam tu. Huh, bencik !

Allif sekadar sengih. Dia memang tahu sangat-sangat dengan perangai Fahrin yang kemas dan teliti. Tapi teliti Fahrin tu, maunya sampai setahun.

"Hai korang! Tunggu apa lagi? Cepatlah gerak, dah lambat ni." Fahrin yang baru tiba mencelah. Dia tersenyum kacak pada rakan-rakannya sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Dari sisi lain, memang nampak Fahrin handsome tapi dari sudut lain pula, Fahrin nampak agak bengap dan tak berotak.

Zikri jeling rakannya. Dia yang buat lain lambat lepas tu boleh pula tanya tunggu apa lagi. Memang nak kena betul ni.

"Dah, dah! Jom masuk kereta! Lina dah tak sabar nak balik kampung!" Suara Lina kedengaran sangat ceria. Tanpa memikirkan yang lain, dia terus masuk ke dalam kereta Allif. Yang lain hanya mampu memandang.

Allif geleng kepalanya. Macam manalah boleh sesat kanak-kanak ribena yang sorang ni? Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke tempat pemandu. Dah memang tugas dia nak kena bawa kereta lagipun tu kereta dia. Memang tak lah nak bagi orang lain yang bawak kan.

Natra hanya diam membisu. Dengan langkah yang berat, dia masuk ke dalam kereta. Dia sangat-sangatlah tak selesa sekarang ni lagi-lagi bila mata Adam asyik pandang dia. Huh, rimas !

Bila semua dah masuk ke dalam kereta Allif, kereta itu dengan segera dipandu, membelah jalan yang sedia ada.














⚫⚫⚫

"Dah sampai!" Lina paling excited sekali bila tiba di kampung. Terus dia turun dari kereta lalu bergerak ke rumah neneknya. Beg bagasi yang berada dalam kereta hanya diarahkan pada Zikri untuk membawanya. Tak salah pun nak membuli ni,hehehe.

"Nenek! Nenek! Lina balik ni!" Lina menjerit sambil mengetuk pintu berkali-kali. Sekali tengok memang dah macam budak-budak. Dua kali tengok macam orang kurang adab pun ada.

Zikri hanya mampu geleng kepalanya. Lina, Lina. Kenapalah hati dia sukakan Lina? Tahu tak yang Lina ni tak ubah macam kanak-kanak tadika?

Pintu dibuka dari dalam. Lina terus saja memeluk neneknya. Betapa perasaan rindunya tak dapat dibendung.

"Lina, ish kamu ni! Kenapa tak cakap dengan nenek yang kamu nak datang?" Nenek Lina memukul lembut bahu cucunya namun pelukan Lina dibalas juga. Gembira benar hatinya tika ini bila cucu kesayangannya berada di depan mata.

Lina sengih. "Sorry nek, ni Lina bawa kawan-kawan Lina. Abang Allif pun ada!"

Nenek Lina menjenguk ke luar pintu. Kelihatan ramai kawan-kawan Lina yang menunggu mereka di luar rumah. "Allif." Nenek Lina berkata perlahan.

Allif menghampiri neneknya lalu menyalam tangan orang tua itu. Lepas salam, dia terus memeluk neneknya itu. Air matanya jatuh menitis. Rindunya pada nenek memang tak dapat dibendung.

"Bila balik Malaysia? Nenek tak tahu pun." Suara nenek kedengaran berjauh hati. Namun niat di hati hanyalah mahu bermanja dengan cucunya yang satu ni.

"Suprise?!" Allif mendepakan tangannya.

"Suprise bertuah kamu!" Pinggang cucunya dicubit. Bertuah punya budak nak main! Nak main suprise-suprise pula dia!

"Aduh nek, sakit!" Allif cepat-cepat mengelak. Gelagatnya dengan nenek mengundang tawa yang lain.

"Nenek, kawan-kawan Lina dengan abang Al nak tumpang bercuti sekali kat sini. Boleh ke?" Lina menyoal sambil memeluk lengan neneknya.

"Eh, boleh je! Kenapa tak boleh pula? Rumah nenek ni memang sentiasa kosong. Korang boleh panggil nenek, nek wa. Haa, jomlah masuk. Nek wa masak apa yang patut kat dalam." Nek wa menjemput bad princes dan Natra masuk ke dalam rumahnya.

Yang lain menganggukkan kepala dan tanpa melengahkan masa, masing-masing menapak masuk ke dalam rumah Nek Wa tersebut.

















⚫⚫⚫

Puas Zikri mencari Lina di merata tempat tapi bayangnya pun tak nampak. Kepala digaru perlahan. Selepas saja mereka semua makan tengah hari, semua ambil keputusan untuk merehatkan diri iaitu tidur. Terbongkang dia dengan kawan-kawan dia tidur sampaikan tak sedar dah pukul 5 lebih. Tidur mati betul.

"Zikri, kamu cari apa tu?" Nek wa yang perasankan Zikri asyik melilau di dalam rumah menyoal.

"Saya cari Lina, nek wa." Jawab Zikri sambil duduk berhadapan nek wa di atas kerusi rotan. Kelakar kan? Rasanya dulu dia pernah hina Lina budak kampunglah miskin lah tapi last-last dia pun turut jejakkan kaki kat sini. Kadang-kadang, memang terserlah wajahnya yang dia agak jijik dengan keadaan sebegini tapi cuba dikawal sebaik mungkin. Dia tak mahu nek wa perasan akan mukanya yang tidak senang dengan semua ini.

"Kat dalam bilik?" Nek wa menyoal lagi.

"Saya dah tanya Natra tapi dia kata tak ada. Dia cakap, bangun-bangun tidur je memang Lina dah tak ada dengan dia."

Nek wa angguk kepalanya. Kalau dah tak ada dekat rumah, alamatnya memang merayaulah si Lina tu. "Dia pergi jumpa Shah la tu. Dia dengan Shah tu mana boleh berenggang. Dulu, setiap kali balik sekolah je, mesti Shah dicarinya. Tak pun Shah yang cari dia. Memang asyik berkepit jelah diorang tu."

Zikri mengerutkan dahinya mendengar cerita nek wa. "Shah? Siapa Shah?"

"Lah, Lina tak beritahu kamu ke?"

Gelengan diberikan pada nek wa. Dalam otak Zikri, mula tertanya-tanya siapa Shah. Kawan rapat? Budak sekampung? Eh tapi bukan ke biasanya dalam cerita, kalau ada budak sekampung yang ada kawan berlainan jantina akan kahwin bila ending nya? Zikri mula teguk liur. Wajah nek wa dipandang dalam diam. Biasanya, orang tua-tua yang duduk kampung memang nak gandingkan cucu atau anak diorang dengan budak-budak kampung juga. Anak bandar kadang-kadang dibenci dan tak diterima.

Ini bermaksud .. dia ada persainganlah ni? Ohmy!

"Nenek!"

Nek wa bangkit dari duduknya lalu menuju ke pintu apabila terdengar namanya dijerit. Dia bercekak pinggang saat melihat Lina dan juga Shah basah kuyup di luar rumah. "Bertuah punya budak! Kamu berdua ni buat apa sampai basah macam ni?"

"Nenek, Shah tolak Lina jatuh dalam sungai!" Lina mengadu sambil berlari naik tangga rumahnya. Namun saat kakinya basah dan keadaan menjadi licin, dia tergelincir.

Mujur saja Shah yang memang berada di belakangnya sempat menangkap Lina.

"Lina!" Nenek menjerit.

Zikri yang terkejut dengan jeritan nenek terus pergi ke muka pintu. Membuntang matanya saat melihat Lina berada dalam pelukan seorang lelaki. Pula tu, mata mereka saling bertatapan memandang antara satu sama lain. Zikri tergamam.

Dia .... cemburu !

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now