⚫17⚫

7.9K 565 31
                                    

Seorang pelajar lelaki melangkah masuk ke dalam kawasan Dream High. Dia memandang sekeliling kawasan tersebut sambil tersenyum.

'Missing the memories. Well guys, I'm back.'

Dia terus menuju ke kafe. Kelihatan rakan-rakannya yang dulu sedang riuh berbual sambil bergelak tawa. Dia tersenyum lagi. Kawan-kawannya tetap sama tak ada yang berubah dan still handsome macam dulu lagi.

"Ehem."

Deheman dari seseorang membuat Bad Princes terdiam. Masing-masing mengangkat muka memandang lelaki di hadapan mereka.

"Sorry tapi kita orang kenal kau ke?" Rayyan menyoal hairan. Dia tak dapat cam lelaki depan dia ni sebab lelaki ni memakai kaca mata hitam.

Lelaki itu tersenyum. "Guess who?"

Fahrin dah mula tekup mulutnya. "Omg! Kau..."

"I miss you guys." Katanya sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Allif!!" Serentak Bad Princes menghampiri lelaki itu lalu memeluknya.

Allif terbatuk-batuk. "Guys! Stop la! Aku tak dapat bernafas siot." Katanya separuh jerit.

Cepat-cepat Bad Princes melepaskan Allif. Masing-masing hanya tersengih.

"Bro! Macam mana kat London? Semua okay?" Adam peluk bahu Allif.

Allif geleng. "Tak okay sebab tak ada korang."

"Awhh, so sweet!" Rayyan dah mula buat aksi sotangnya.

Fahrin tolak kepala Rayyan. Rakannya itu dijeling tajam. "Jangan nak mengada boleh tak? Geli siot."

Allif hanya ketawa kecil. Dia mengalih pandangan pada Zikri pula. "So, how are you? Tengok muka macam ceria je. Tak pernah-pernah lagi kau macam ni. Ada something yang aku terlepas ke?"

Zikri angkat keningnya. "Kau terlepas banyak, beb." Katanya sambil menepuk-nepuk bahu Allif.

Allif gelak lagi. Aduhai Zikri. Poyo dia tu tak berubah lagi rupanya.

"Weh, aku nak pergi jumpa mama aku kejap. Korang masuk kelas dulu la eh? Nanti aku datang."

"Yelah." Serentak Fahrin, Rayyan, Adam dan juga Zikri berkata.

Allif senyum. Segera dia meninggalkan rakan-rakannya dan menuju ke sebuah bilik.










⚫⚫⚫













Pintu bilik pengetua diketuk. Allif terus sahaja masuk ke dalam bilik tersebut saat terdengar suara seseorang mengizinkannya masuk. Allif tersenyum manis pada pengetua itu.

Pengetua Liya membalas senyuman Allif. Dia mendepakan tangannya. "Welcome home my son."

Allif tergelak kecil melihat gelagat ibunya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan pengetua Liya. Tangan kanannya menongkat dagu sambil matanya ligat memandang ibunya yang masih lagi memerhatikan dirinya. "Where is her?" Soalnya straight to the point.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now