Lina berjalan menuju ke arah Danial yang sedang melukis. Dia duduk di hadapan lelaki itu. Sejak akhir-akhir ni, Danial memang dah jarang bercakap dengannya. Entah mana silapnya sampaikan Danial langsung tidak menegurnya.
"Hai Dani!" Ceria suara Lina menegur Danial.
Danial angkat muka sebelum tersenyum lebar. Buat kesekian kalinya jantungnya berdetak laju apabila bersama Lina. Aura apalah yang Lina pakai sampaikan dia rasa nak cair? "Hai, Riya. So, whats up?"
Lina memangku dagunya dengan tapak tangan kananya. "Sepatutnya saya yang tanya awak macam tu. Dah lama saya tak berbual dengan awak, nampak bayang awak pun tak."
Danial tergelak kecil. "Kenapa? Rindu?"
Lina hanya diam sambil tersenyum.
"Mustahil saya nak kacau awak, Riya. Situasi kita dah berbeza, bukan macam dulu. Awak dah ada Zikri dan saya ni, musuh ketat geng dia. Tak kan saya nak tiba-tiba datang tegur awak pula? Nanti saya yang kena belasah dengan Zikri. Awak kan memang dah offical dengan dia." Sayu suara Danial menuturkan kata-katanya.
"Saya-saya minta maaf. Tak apa, nanti biar saya je yang tegur awak eh?"
Danial memandang dalam anak mata Lina. "Riya, boleh tunaikan satu permintaan saya?"
Lina kerut dahinya. "Permintaan apa? Kalau pelik, saya tak nak tunaikan." Jawabnya dengan nada yang bergurau.
Tapi Danial masih kekal serius.
"Err, Dani?" Lina jadi teragak-agak. Tak pernah Danial tayang muka serius macam ni.
"Putus dengan Zikri, couple dengan saya."
"Hah?!" Mata Lina membuntang.
"Awak ni biar betul, Dani? Awak sedar ke tak apa yang awak cakap ni?"
Danial mengeluh perlahan. "Sebab saya sedarlah saya cakap dengan awak. Saya tahu, dalam hati awak tu tak sukakan Zikri. Ingat lagi masa mula-mula awak cakap dengan saya? Awak kata awak lebih rela pilih saya berbanding Zikri kan?"
Lina masih kekal membisu. Dia masih terkejut dengan permintaan Danial dan bertambah terkejut bila Danial cakap panjang berjela macam tu.
Ya, dia akui dulu dia tak sukakan Zikri tapi lepas kenal Zikri, dia dah mula sayangkan Zikri. Zikri memang sangat baik di pandangan matanya.
"Riya, saya tak minta awak terima saya sekarang. Saya akan bagi awak masa tapi jangan lama sangat. Jangan bagi saya berharap."
Lina masih kaku seperti tadi.
"Awak fikirkanlah, saya betul-betul sayangakan awak. Lebih dari seorang kawan." Danial mula mengemas barang-baranya lalu beredar meninggalkan Lina sendirian.
Lina menekup mukanya. Apa perlu dia buat?
Untuk melukakan hati Danial, dia tak sampai hati. Dan untuk tinggalkan Zikri, dia tak mampu.
"Alina? Buat apa sesorang sini?" Zikri yang sudah lama berdiri tidak jauh dari situ menegur Lina.
Dia nampak Lina berbual dengan Danial. Dia nampak muka Lina macam terkejut dengan apa yang dikatakan Danial cuma dia tak tahu mereka berdua berbual tentang apa. Sengaja Zikri tidak menegur mereka berdua. Dia nak juga tengok sejauh mana kesungguhan Danial pada Lina.
Lina geleng kepalanya, mempamerkan senyuman plastik. "Saja nak duduk sini."
Senyuman sinis diberikan pada Lina. Dia kenal lah Lina dia macam mana. Jenis yang tak reti nak menipu tapi still lagi cuba untuk menipu.
"Ke... ada something yang menganggu kau?" Zikri mula memancing Lina.
Lina cepat-cepat geleng kepalanya. "Ma-mana ada!" Katanya bersungguh.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...