"Nek, Lina pergi dulu. Nenek jaga diri tau! Kalau sakit makan ubat. Jangan paksa diri buat banyak benda. Shah, tolong tengokkan nenek tau. Ni amanah daripada Lina." Lina memandang nenek dan Shah bersilih ganti.
Shah buat tabik ala-ala askar. "Baik bos!"
"Yelah Lina. Tak payah nak bebel panjang-panjang sangat. Bukan jauh pun kamu nak pindah. Nanti ada masa singgah la sini." Nenek memeluk cucu kesayangannya.
Lina membalas pelukan nenek. "Lina bukan apa, Lina risau dekat nenek je."
Nenek mengusap kepala Lina. "Tak ada apa yang nak dirisaukan. Nenek okay je. Shah ada temankan nenek."
Lina angguk. Air mata yang mula bertandang di tubir mata diseka.
Lina beralih pula pada Shah. "Shah, jaga diri kau. Jangan lupa aku. Even kita tak jumpa dah, kau tetap best friend forever aku."
Shah tampar lengan Lina. "Jangan nak drama sangat boleh tak? Nanti kau datang sini juga kan? Jarak sekolah dengan kat sini bukannya jauh pun. Kalau tak, takdenya kau berbasikal dari sini sampai sekolah."
Lina mencebik. "Kau ni, nak manja-manja sikit pun tak boleh."
Shah geleng kepalanya. Mengada betul la kawan perempuan dia yang sorang ni.
"Mak, Liya pergi dulu eh? Mak jaga diri tau." Puan Liya menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan maknya.
"Haa yelah Liya. Hati-hati bawa kereta. Nanti kirim salam kat Zack dengan Nick."
"Okay mak. Lina, jom." Puan Liya segera memboloskan diri ke dalam kereta.
Lina menyalami neneknya. "Nek, Lina pergi dulu. Assalamualaikum."
"Walaikumsalam."
Perlahan-lahan, kereta milik Puan Liya meninggalkan kawasan kampung tersebut.
⚫⚫⚫
"Yow Lina!" Natra datang memeluk bahu Lina. Mereka berdua berjalan menuju ke kelas.
"Eh Nat, awak tengok saya main bola jaring tak semalam?"
"Tengok! Serius hebat gila you main semalam! Tak sangka pula you pandai main netball." Ikhlas Natra memuji Lina.
Lina senyum. Dadanya ditepuk. "Well, tengok la siapa. Ini Lina la. Tak kenal maka tak tahu."
Natra gelak kecil. "Amboi you, bukan main lagi ya puji diri sendiri. Eh, abang I ada story pasal you semalam. Sekarang, I dah tahu kenapa you confess dekat Zikri semalam."
Lina senyum kelat. Ikutkan hati, dia tak mahu ingat pasal semalam. Memang semalam adalah perkara yang terlalu memalukan diri. "Biarlah Nat. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Redha jelah apa yang jadi lepas ni."
Natra angguk. "You kena kuat la lepas ni. Biasanya, Zikri tak kan lepaskan orang tu selagi orang tak melutut merayu kat dia. Dulu, ada yang sampai peluk kaki dia nak lepaskan diri."
Langkah Lina terhenti. Dia ternganga besar. "Nat, awak tak main-main kan?"
"Of course no! You ingat benda ni boleh bawa main?"
Lina mengeluh. Kalau itu bakal terjadi maka malang la nasibnya.
"Don't worry la Lina. You just need to be strong and don't cry. Okay?" Natra cuba memujuk sahabatnya itu.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...