"Riya Alina."
Lina berhenti dari terus berjalan. Natra yang berada di sebelahnya turut berhenti. Mereka berdua menoleh ke belakang.
"Nat, awak masuk la dulu."
Natra angguk. Dia masuk ke dalam kelas. Lina menghampiri cikgu tersebut.
"Cikgu panggil saya?"
Cikgu tersebut menganggukkan kepalanya. "Ya, saya Syikin, panggil Cikgu Ikin."
Lina angguk kepalanya. "Ada apa ya Cikgu Ikin nak jumpa saya?"
"Macam ni, cikgu ada tengok rekod kamu masa sekolah lama. Dengar cerita awak kapten bola jaring dulu? Pernah dapat perak dalam peringkat antarabangsa kan?"
Lina ternganga. Mak oii. Detail betul cikgu ni tahu pasal bola jaring sekolah dia. Lina angguk kepalanya. "Haah tapi kenapa cikgu tanya ek?"
"Memandangkan team netball Dream High kekurangan pelajar kerana baru berpindah, cikgu nak awak sertai kami. Berminat?"
Bersinar-sinar mata Lina mendengar permintaan Cikgu Ikin. Dia pantas menganggukkan kepalanya. "Nak cikgu!"
Serius, bola jaring memang favourite dia.
Cikgu Ikin tersenyum. "Saya nak lantik awak sebagai kapten tapi mesti la saya kena tengok prestasi awak dulu kan? Persetujuan ahli-ahli lain pun kena ada juga. So, are you agree with that?"
"Agree," Lina angguk kepalanya. Pasal kapten tu dia tak kisah sangat, yang dia kisah dia dapat masuk permainan bola jaring.
"Good, petang ni jangan lupa datang padang sharp 4 pm." Cikgu Ikin terus beredar.
Lina pula dah bersorak riang. "Netball, wait for me!" Lina menjerit kecil.
Terlompat-lompat Lina dibuatnya. Dia segera masuk ke kelas untuk memberitahu Natra.
Dari jauh, kelihatan seseorang yang memerhatikan Lina. Okay, bukan memerhatikan cuma terpandang je.
Zikri geleng kepalanya. Muka menyampah ditayang. "Tch. Macam budak-budak. Dasar tak matang."
"Zik, apa yang kau geleng sangat tu? Jom ah pergi kelas." Rayyan tepuk bahu Zikri.
Zikri angguk. Dia menuju ke kelas bersama Rayyan.
⚫⚫⚫
Lina menuju ke kafe. Natra meminta diri untuk ke perpustakaan atas arahan cikgu. Well, she is a librarian.
Kelibat Katrina dicari. Harap-harap lah kali ni dia dapat lepas dari seksaan Katrina. Harap-haraplah.
"Looking for me?"
Lina berpaling ke belakang. Katrina yang memeluk tubuh penuh angkuh dijeling dalam diam. 'Kalau kau tak panggil aku, tak hamak la nak cari kau. Muka tu macam aku hadap sangat je.'
"So, tujuan aku panggil kau ke sini untuk...." Sengaja Katrina menggantungkan ayatnya.
Lina angkat kening. Berat pula mulut nak tanya 'untuk apa?'
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...