⚫45⚫

6.4K 271 84
                                    

"A-apa awak buat sini, Ariel?" Terkejut Lina melihat Ariel berada di hadapan matanya. Mata Lina kejap-kejap mengerling ke belakang, berharap Zikri tidak perasan akan kehadiran Ariel di sini.

"Kau pergi mana? Kenapa ignore call  aku?"

"Saya nak pergi mana pun, suka hati sayalah. Ada kena-mengena dengan awak ke, Ariel?" Lina mengurut dahinya perlahan.

"Kenapa tak ada kena-mengena pula? Kau masih ada benda yang tak habis dengan aku lagi. Jom!" Ariel memegang tangan Lina untuk membawa gadis itu beredar.

Lina pantas menarik tangannya kuat membuatkan Ariel memandang Lina dengan wajah terkejut.

"Kenapa tadi tu? Asal kau tarik tangan kau?"

"Boleh tak awak jangan ganggu saya? Tolonglah, Ariel. Saya dah tak nak buat Zikri sedih sebab saya lagi. Saya harap awak faham saya, Ariel."

"Hah?" Ariel pandang Lina dengan muka tak percaya.

"Jadi... kau dah memang noktahkan hubungan kita sampai sini? Macam tu?"

Lina meraup wajahnya. "Ariel, saya rasa awak dah salah faham. Saya bukan nak noktahkan hubungan kita sampai sini, tapi hubungan kita..." Lina kemam bibirnya. Dia memandang wajah Ariel dengan mata yang berkaca.

"Memang dah lama berakhir. Awak dengan saya- dah tak ada apa-apa, sejak dari dulu lagi."

Ariel senyum sinis. Walaupun dalam hatinya ada sedikit rasa terkilan, dia cuba sedaya-upaya untuk memujuk Lina. "Lina, please? Tak kan kau sanggup buat aku macam ni? At least, jangan tinggalkan aku?" Ariel separuh merayu. Tangan Lina dibawa ke dalam genggamannya.

Lina diam. Dia tak sampai hati tapi dalam masa yang sama, dia tak boleh teruskan semua ni. Dia perlu ingatkan Ariel yang hubungan mereka sudah lama ternoktah. Dia perlu berani mengatakan semua tu demi Zikri.

"Saya minta maaf, Ariel," Lina menarik tangannya lalu beredar meninggalkan Ariel. Jeritan Ariel yang memanggil namanya dibiarkan. Dia memejam matanya seketika.

'Saya minta maaf.' Hanya itu yang mampu bergema dalam hatinya.

⚫⚫⚫

"Dah pergi tandas? Kejapnya," Zikri hairan memandang Lina yang baru balik dari tandas. Siap dengan muka masamnya lagi.

"Something wrong?" Soal Zikri lagi.

"Tak adalah," Lina mengelak dari memandang Zikri.

Zikri angkat kening. "Period ke?"

"Ma-mana adalah!" Merah muka Lina dibuatnya. Dia menolak Zikri jauh darinya apabila Zikri membongkok menghadapkan muka betul-betul di hadapannya. Siap dengan senyum sinis lagi! Tak guna betul.

Zikri ketawa kecil. Tahu pun malu. "Yelah, manalah tahu kan? Tiba-tiba je mood berubah. Perempuan kan selalu macam tu."

"Tak kanlah mood berubah sebab period je. Apalah awak ni, ke situ pula pergi."

Zikri sekadar senyum. Eleh, malulah tu tapi sengaja nak control. Zikri mencapai tangan Lina membuatkan gadis itu terkejut dan memandang ke arahnya. Manakala Zikri pula dengan wajah tak bersalah sambil memikirkan sesuatu.

"Patung dah beli lepas tu pergi beli baju pula. Okay?" Zikri pandang Lina sambil menayangkan senyuman manisnya. Dia tahu Lina terkejut tapi dia malas nak buat-buat tahu.

"Aa- okay," Lina angguk kepalanya. Lantas dia mengalihkan pandangannya. Gila Zikri ni! Silap hari bulan dia boleh masuk hospital sebab terkena seorangadik jantung.

Genggaman dikuatkan seolah-olah tak nak Lina lepas menjauh darinya. Zikri dengan pantas masuk ke dalam kedai baju perempuan. Dia tersenyum kecil apabila mendapati satu baju yang sangat sesuai untuk Lina.

"Baju ni okay tak, Alina?"

Lina pegang baju yang dihulurkan oleh Zikri. Dia melihat dahulu tanda harga yang terdapat pada baju itu. Lina mengeluh sekejap. "Zik, ni mahal sangatlah. Membazir je."

"Mana ada, dah pergi cuba sana," Lina ditolak ke arah bilik persalinan baju. Tergelak kecil Zikri apabila dia melihat wajah cemberut Lina.

Zikri kemudiannya menghela nafas perlahan. Dia nampak apa yang jadi tadi. Dia nampak ada seorang lelaki yang datang menghalang Lina dan yang paling dia pasti lelaki itu ialah Ariel. Kawan basketball dia.

Yang dia tertanya sekarang ni, apa hubungan Lina dengan lelaki tu? Kalau tanya Lina, dia yakin Lina tak kan bagi jawapan yang sebenar. Budak tu walaupun tak pandai menipu , dia tetap akan menipu. Nak tanya Allif, apa pula yang Allif tahu? Allif dengan Alina baru saja bertemu semula selepas beberapa tahun. Jaid sangat mustahil Allif juga tahu tentang ini.

"Zik! Okay tak ni?"

Jeritan Lina mengejutkan Zikri dari lamunannya. Zikri pantas menoleh ke belakang, melihat Lina memakai baju yang dipilihnya tadi. Serta-merta terbit senyuman kecil pada bibir Zikri. Lina, kalau pakai apa pun tetap cantik, tetap sempurna.

"Perfect!"

Pujian daripada Zikri buatkan hidung Lina jadi kembang. Lina melangkah semula ke bilik persalinan baju dan menyalin pada pakaian asalnya. Dia kemudian melangkah keluar dan mendapatkan Zikri.

"Zik, saya dah lapar," Lina buat muka comel.

Zikri sekadar senyum. Kepala dianggukkan. "Okay sweetie, lepas hi kita pergi makan." Zikri berlalu ke kaunter.

Lina pula memerhati sekeliling. Melihat kot-kot bayangan Ariel muncul sekali lagi.

Moga-moga dia tak terserempak dengan Ariel sekali lagi.

TBC

Gaiss, bubble tengah bosan so campak kejap username ig korang. Make sure korang active and friendly yee 😚😚

Don't worry nnti bubble followback! 🖤🖤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now