⚫14⚫

8.3K 611 21
                                    

"Apa ni Zik? Lepaslah! Sakit tahu tak?!" Lina cuba menarik tangannya dari terus dipegang Zikri namun gagal.

Zikri menperkemaskan lagi pegangannya. Dia menarik Lina ke tempat yang tidak ramai orang berada. Tangan Lina dilepaskan kasar.

"Auch! Apa ni?! Awak dah kenapa? Saya ada tersalah cakap ke? Kalau pasal tadi, saya minta maaf. Saya cuma gurau je." Jatuh air mata Lina akhirnya. Terkilan dengan lelaki di hadapannya ini yang tiba-tiba berubah angin.

"Kau nak pergi dekat Dani kau tu sangat kan? Hah, pergilah! Tak payah jadi pasangan aku! Biar aku kena tendang je dari sini."

Lina meraup wajahnya. Apa kena dengan Zikri ni sebenarnya? "Bila masa pula saya cakap saya nak jadi pasangan Dani?!" Lina turut menengking. Sakit hatinya apabila dituduh yang bukan-bukan oleh Zikri.

Zikri senyum sinis. "Cara kau tadi pun nampak sangat yang kau nak jadi pasangan Dani."

"Haah, ya, memang saya nak jadi pasangan Dani sangat-sangat! Tapi apa kaitan dengan awak?! Yang awak tak puas hati sangat kenapa?!"

Zikri terkedu. Okay, ini la kesilapan yang paling besar dia pernah buat. Zikri pantas meninggalkan Lina.

Lina hanya memandang kosong ke arah Zikri. Air mata diseka. Bencinya dengan lelaki tak betul tu!

Zikri masuk ke dalam tandas lelaki. Dia membasahkan mukanya dengan air. Rambut diraup ke belakang.

'Kenapa dengan aku tadi? Apa yang Alina cakap tu betul. Kenapa aku tak puas hati sangat bila Lina nak jadi pasangan Dani?'

Zikri mengeluh.

'Atau sebenarnya aku ada masalah? Urgh! I never been like this before!'

Zikri geleng kepalanya. Tak, bukan ini tujuan dia sebenarnya. Dia sepatutnya bagi Lina merasakan malam ini malam yang terbaik. Dia mengeluh. Ni semua silap dia. Kalau la dia dapat kawal emosi dia tadi. Hurm.








⚫⚫⚫








Lina pandang sekeliling. Jujur dia katakan yang dia sangat tak biasa dengan keadaan ini. Kesesakan orang ramai membuatkan dia rimas. Air mata yang deras mengalir pantas disekanya. Dia tak sepatutnya ada di sini.

Nak balik ke meja, dia tak tahu mana jalannya. Dewan ni besar. Zikri pula main tarik je dia. Manalah nak ingat jalan ke meja. Sekali lagi Lina rasa mahu menangis. Tolonglah siapa-siapa selamatkan dia.

"Riya Alina, right?" Seorang lelaki menghampiri Lina. Dia berdiri betul-betul di hadapan gadis kecil itu.

Lina terpaku. Dia kenal lelaki ni. Tapi..macam mana lelaki ni boleh ada di sini? "Ry... Ryzal?" Soalnya gagap.

"Ouh, thanks god that you remeber me! Listen Lina, for what I did to you in the past, I'm sorry. Really really sorry. Please forgive me. I'm really hope that we can start again."

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now