⚫08⚫

7.9K 628 18
                                    

"Lina! Are you there?" Zikri menjerit sambil mendaki tangga. Sebaik sahaja dia sampai di rooftop, matanya melilau mencari kelibat Lina.

"Lina! Where are you? Woi minah! Jangan main-main boleh tak? Aku tak ada masa untuk kau la." Zikri merungut.

Ecewah, dia yang bazirkan masa orang.

"Sepatutnya, saya yang tak ada masa untuk awak. Uhuk! Uhuk!" Lina terbatuk-batuk. Dadanya ditepuk-tepuk berulang kali untuk mengurangkan sakit dadanya.

Zikri tergamam.

Lina..tunggu dia?

Tak. Dia bukan tergamam sebab tu. Dia memang dah sedia maklum yang Lina memang bengap akan tunggu dia.

Tapi yang dia tergamam sekarang ni, Lina teramatla bengap sebab sanggup tunggu dia dalam keadaan hujan lebat macam ni. Nasib baik tak ada kilat. Kalau tak, maunya minah ni dah arwah.

Zikri pandang Lina tanpa berkelip. Lina dalam keadaan yang basah lencun dan tersandar lemah di dinding.

"Zik.. Uhuk! Boleh tak saya nak balik? Uhuk! Kita jumpa esok la kalau awak uhuk! Kalau awak nak jumpa sangat." Lina memicit-micit dahinya. Sakit kepala tu tak payah cakap la. Rasanya, dia akan demam esok.

Zikri masih lagi kaku.

"Boleh tak saya balik?" Lemah nadanya apabila bertanya. Sungguh dia rasakan dia sangat tak bermaya.

"Boleh. Kau memang sepatutnya balik dari awal. Tak payah tunggu aku. Dah hujan-hujan macam ni pun tak reti nak balik." Zikri pandang menyampah. Dalam hati dah fikir yang Lina ni cuma nak kan kesempatan.

'Mesti nak aku hantar dia balik.' Zikri menggulingkan anak matanya.

Lina cuba untuk bangun. Dia berpaut pada dinding. Sakit kepala dia yang datang menyebabkan dia sukar hendak berjalan.

"Kau nak balik sendiri ke?"

Lina angguk. "Saya balik naik basikal."

Zikri pandang hairan. Betul ke Lina sukakan dia? Sebab dari awal Lina tak nampak macam sukakan dia.

Dia bukan jenis perempuan-perempuan yang sebelum ni.

Kalau sakit je mesti nak minta Zikri tolong hantar.

Zikri mengeluh. Tak sampai hati pula nak biarkan Lina balik sendiri dalam keadaan yang macam ni. Nak-nak lagi naik basikal. Gila ke apa nak naik basikal malam-malam macam ni? Orang jahat dah la merata tempat. Bila-bila masa je diorang boleh datang.

Bila teringatkan sesuatu, Zikri ketuk kepalanya.

'Tch Zik! Sejak bila kau care ni?' Kepala digeleng berulang kali.

Dia memandang semula ke arah Lina.

"Eh! Tak ada? Cepat betul dia pergi." Zikri pantas berlari menuju ke tempat basikal. Kelihatan Lina sedang menaikkan tongkat basikal.

Zikri menghampiri Lina. Dia berdehem.

Lina mengangkat muka memandang Zikri. "Kenapa? Awak sakit tekak ke?"

Zikri tepuk dahinya. Kenapa bengap sangat perempuan ni? Dia tak tahu ke itu adalah cara memanggil orang?

"Kau okay ke? Balik dengan aku la."

Lina pandang Zikri tak percaya. "Hah?"

"Kau ni pekak ke? Aku malas nak ulang banyak kali." Zikri menjeling Lina.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now