⚫24⚫

6.3K 445 4
                                    

Katrina mendail nombor Lina yang diberikan Effa. Dia menghembus nafasnya perlahan sebelum menyelak ikon hijau.

Beberapa saat saja, panggilan itu diangkat Lina.

"Hello? Siapa ni?"

Katrina memejam matanya rapat dengan bibirnya dikemam kuat. "Its me, Katrina."

Sepi, tiada sahutan di hujung sana.

"Lina? Are you still there?"

"Haa? Oh! Haa ada ada! Kenapa call saya eh?"

Katrina senyum nipis. Dengar suara je pun dah dapat tahu yang Lina masih takutkan dia. "Lina, can we meet? Aku ada benda nak cakap dengan kau sikit."

"Ju-jumpa?"

Katrina geleng kepalanya perlahan. Lina, Lina. Perasaan takut tu tak pernah hilang dalam dirinya. "Yeah."

"Kat mana? Sekarang ke?"

"Malam ni. Nanti aku send location dekat kau and please Lina, jangan bawa sesiapa. Even Bad Princes. Its only for us."

"Err okay."

"Okay thanks." Terus saja Katrina mematikan panggilannya.

Katrina merebahkan dirinya di atas katil. Kipas yang ligat berputar itu dipandang lama. Keluhan kecil dilepaskan. Memori dia bersama Allif sentiasa bermain di mindanya.

"Hey boy! What are you doing here?" Katrina menyoal hairan apabila melihat Allif turut berada di padang sekolah.

Allif senyum kecil. "Support?"

Katrina tergelak kecil. "Support I ke?"

"Of course you. Habis tu nak I support siapa lagi? I rasa, I cuma kenal atlet sekolah yang bernama Katrina je. Tak tahulah pula kalau ada atlet lain nama Katrina sini."

Katrina senyum kecil. Terharu kerana Allif sudi hadir pada hari pertandingannya. "Al, kalau I menang you nak bagi I hadiah tak?"

"You nak?"

Bersungguh Katrina angguk kepalanya.

"Boleh but make sure you dapat no 1 dalam pertandingan lari ni. I nak tengok you pegang piala kat atas tu." Allif memuncungkan bibirnya di atas pantas.

Katrina menoleh ke atas pentas sebelum memandang Allif semula. Dia tersenyum. "I will, Al. Wish me luck."

Allif angguk kepalanya. "Good luck, pretty."

Air mata Katrina mula mengalir ke pipi. Rindu dia pada lelaki itu makin tidak dapat dibendung. Dia menghela nafas perlahan.

"Kalau I terpaksa lepaskan you, I akan buat, Al. I nak you bahagia. Tu je."












⚫⚫⚫













Membuntang mata Lina saat melihat Katrina berjalan menghampirinya mejanya. Matanya dikesat berkali-kali. Mulutnya dibiarkan ternganga sehinggalah Katrina duduk di hadapannya. Lina teguk liurnya perlahan.

"Ini betul Katrina ke?"

Katrina yang sedang menyelongkar begnya untuk mencari telefon mengangkat mukanya. Dia tersenyum. "Yes, I am. Kenapa? Terkejut?"

Lina dengan jujurnya mengangguk kepalanya. "Mestilah. Awak... dah jauh berbeza."

Katrina gelak kecil. "Apa yang bezanya, Lina?"

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now