"Lina! You know what? Nanti akan ada pertandingan bola keranjang dekat sekolah ni! Oh my god, I can't wait for it!" Natra dari luar dengan tergedik-gediknya datang berjumpa dengan Lina.
Dahi Lina berkerut melihat rakannya itu. Tangannya ditompang ke atas dagu sambil melihat Natra yang tak henti-henti dengan terujanya. "Okay, lepas tu? Apa kena mengena dengan kita?"
"Nanti semua player dari banyak sekolah akan datang sini! You tahu-tahu jelah, pemain bola keranjang ni semua kacak-kacak! Tak sabar rasanya nak usha diorang!"
"Erk.." Lina memandang Natra hairan. Okay, sebab tu je ke dia beria sangat? "Okay lah kalau awak dah kata macam tu tapi macam mana dengan Adam? Awak nak berpaling, eh?"
"Ish you ni! Tak adalah sampai berpaling! I cuma nak usha-usha je, mustahil I akan menduakan Adam!" Natra berpeluk tubuh. Jelas bahawa dia tidak setuju dengan kata-kata Lina.
"Eh, bukan usha tu pun dah kira mendua?"
"Lina! You ni memang suka kan nak spoil mood I. Eee benci!" Natra menjeling Lina sekali gus kembali di tempat duduknya. Kerusi ditarik kasar sebelum menghempaskan begnya di situ.
Lina sengih. Kepala digaru perlahan. Salah ke apa dia cakap tu? "Nat, janganlah marah. Lina cakap je. Yelah, lelaki ni kan kuat cemburu."
"Wow, sejak bila you tahu pasal lelaki ni? I ingatkan you reti buka muka innocent je."
"Hah?" Lina menyoal tidak faham. Muka innocent? Sejak bila pula dia buat muka innocent ni?
Melihatkan reaksi Lina, Natra terus menepuk dahinya sendiri. Dah namanya pun innocent, manalah Lina nak tahu apa-apa. "Tak apalah, abaikan je apa yang I cakap. Eh Lina, you nak tahu something tak?"
"Something apa? Gosip ke?"
"Hmm, lebih kurang lah."
"Apa dia?"
"Ada sorang pelajar dari sekolah FanCade ni, memang hot gila! Hampir semua orang lah kenal dia dan hampir semua juga yang minat dia termasuklah I, hehe." Natra tersengih seperti kerang busuk. Mengingatkan wajah lelaki itu, memang tidak henti-henti buat dia tersenyum. Kacak habis!
"FanCade? Sekolah apa tu?" Berkerut dahi Lina menyoalkan nama sekolah tu.
"Fantastic Academy."
"Oh! Handsome sangat ke dia tu? Handsome lagi dari Adam?" Lina masih menyoal hairan.
"Handsome dari Adam? Mestilah tak! Maksud I, dia handsome dan dalam masa yang sama Adam pun handsome. So, maksudnya dua-dua handsome. Tapi dia lagi handsome, ehh bukan-bukan. Adam lagi handsome tapi kenapa I rasa dia lagi handsome? Taklah! Adam lagi handsome kot Eh, janganlah tanya soalan macam tu. Complicated lah nak terangkan."
Lina dengan muka blur nya memandang Natra. "Nat, awak tu yang complicated."
Natra sengih. "Okaylah, balik kepada topik. Ramai gila tau yang cuba nak mengorat lelaki tu tapi lelaki tu selalu reject. Alasan dia cuma satu je. Sesiapa yang try nak ngorat dia, dia akan bagi jawapan yang sama."
"Okay, apa jawapan dia?"
"Dia tengah tunggu seseorang."
"Seriuslah? Setia gila!" Lina sudah menekup mulutnya tanda teruja. Untungnya orang yang sedang ditunggu tu!
"Tapi kenapa dia tunggu seseorang tu? Maksud saya, dia dengan seseorang tu, ada masalah ke?"
"Ada kot. I dengar cerita, makwe dia tinggalkan dia tanpa alasan. Hilang macam tu je."
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...