⚫38⚫

4.2K 325 21
                                    

Kringgg!

Sebaik saja loceng sekolah berbunyi, semua pelajar berpusu-pusu berkumpul di perhimpunan. Lina berjalan bersama Natra dan diiringi Bad Princes yang berada di hadapan.

"Omg! Tak sabarnya nak tengok semua player! Mesti kacak gila!" Natra seperti biasa, perangai sotong itu sentiasa menemani dirinya. Dia menjerit teruja dia apabila berjalan melihatkan semua player bakal berkumpul di dataran juga.

Fahrin menjulingkan anak matanya mendengar Natra kata begitu. Typical perempuan, suka usha budak lelaki hot.

"Dam, tengok makwe kau ni do. Pakwe sendiri dah ada lepas tu nak usha lelaki lain pula." Rayyan acah-acah mengadu pada Adam. Badannya dirapatkan pada sahabatnya itu dan membuat gaya ala-ala berbisik.

"Eleh, dengki. Okaylah tu usha dari mengorat terus. Makwe banyak tak terkira."

Balasan tajam daripada Natra menusuk terus ke kalbu Rayyan. Rayyan memegang dadanya, berpura-pura sakit hati. "Auch Natra, kenapa bagi saya double attack ni?"

Semua yang berada di situ ketawa. Apa sajalah perangai Rayyan ni.

Adam tersenyum sambil matanya memandang Natra. "Nat, player basketball semua kacak kan?"

"Haah, yup!" Bersungguh Natra mengiyakan kata-kata Adam.

"That's mean, I pun kacak jugalah sebab I player basketball. Lucky you sebab ada pakwe famous macam I ni," rambutnya diraupkan, memikat hati si para wanita.

"Eee, berhenti lah perasan. Setakat muka you tu, hari-hari I dapat tengok, dah basi dah pun. So hari ni nak tengok yang lain."
Natra berpeluk tubuh, menandakan dia sangat berkeras dengan pendiriannya.

Adam buat muka menyampah. "Haa yelah, pergilah curang sana. Tak heran."

"Para peserta sila berkumpul di gelanggang bola keranjang dalam keadaan segera."

Mendengarkan pengunguman itu, mereka berlima sudah berpandangan sesama sendiri. Sudah bersedia untuk berkumpul.

"Okaylah, kita orang gerak dulu. Jangan lupa tengok," Allif dah minta diri dulu.

Segera yang lain menganggukkan kepala mereka dan bersedia untuk pergi. Namun begitu, Lina sempat menahan tangan Zikri. Dia tersenyum comel pada lelaki itu.

"Kenapa?" Zikri menyoal hairan.

"Good luck!"

Tersenyum kecil Zikri dibuatnya. Hilang terus rasa debaran di dadanya. "Thanks, jangan lupa tengok." Kepala Lina diusap perlahan.

"Okay!" Lina buat thumbs up.

Natra pandang Lina. "Eh, kita pergi kantin dulu lah. Boleh makan sambil tengok-tengok diorang."

"Haa okay juga tu!" Terus mereka berdua berjalan menuju ke kantin.









⚫⚫⚫









Natra mengecilkan anak matanya saat ternampak kelibat seseorang. Senyuman di bibir mula terukir dan bahu Lina yang berada di sebelahnya dicuit perlahan.

"Kenapa?" Lina menoleh. Telefon yang tadinya dia fokuskan kini telah disimpan ke dalam kocek seluar.

"Tu, tengok tu. Itulah lelaki yang I kata handsome gila! Maksud I, dia tu Ariel Shazwan." Jari telunjuk dihalakan ke arah lelaki itu membuatkan mata Lina mengekori hari tersebut.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now