Bad Princes , Danial , Amir dan juga Natra berkumpul di dewan bersama Lina. Semuanya hendak memberi kata-kata semangat dan juga kata-kata terakhir.
Ceh, macam la lama sangat Lina nak pergi. 3 hari je pun.
"Lina! Jaga diri tau! Yelah, you tu macam budak kecil. Takut tak terjaga je nanti. I risau!" Natra memeluk Lina. Walaupun tak lama dan tak jauh tapi dia tetap risaukan Lina. Heii, siapa je sanggup nak tinggalkan Lina yang innocent ni hidup sendiri?
"Awak jangan risau la Natra. Saya nanti akan ajak Effa kalau nak pergi mana-mana. Awak ni, suka buat saya macam budak-budak!" Lina cebik bibir tanda protes dengan kelakuan Natra.
Natra roll eyes. "Hei, you memang budak pun. Jangan nak nafikan."
Lina angkat bahu. Dia beralih pada Amir pula.
"Make sure awak jaga diri. Jangan buat orang sebelah saya ni risau. Faham-faham jelah. Dani ni bila tak ada awak dia meroyan banyak." Amir tergelak kecil ketika di hujung ayat.
Danial yang berada di sebelah Amir menyiku kengan sahabatnya itu.
Zikri pula dah pandang dengan muka tak puas hati.
Lina senyum. "Ya, ya. Saya jaga diri saya. Awak tu, jangan lupa jaga Natra saya. Nanti dia tak ada kawan, awak kena temankan dia eh?" Sempat Lina memesan Amir.
Natra tumbuk bahu Lina perlahan. "Apa pula cakap macam tu?"
Amir senyum. Dia membuat gaya tabik hormat. "Okay Lina! Nanti saya teman je mana Nat pergi. Dia pergi tandas pun saya akan teman!"
Muka Natra membahang. Dia mencubit lengan Amir. "Pervert!"
Amir , Danial dan Lina ketawa.
Adam yang tidak jauh dari mereka menahan sabar. Dia sudah melangkah ke arah Amir untuk menumbuk lelaki itu tapi sempat ditahan oleh rakan-rakannya.
Lina beralih pada Danial pula. Belakang tengkuk diusap. Semenjak majlis malam tu, Danial sudah jarang bertegur sapa dengannya. Malah lelaki itu selalu saja dingin sekiranya bertembung dengan dirinya. Seolah-olah Lina ada buat masalah besar. Hurm, entahlah. Lina sendiri pun tidak pasti mengapa.
"Dani..erm Lina..."
"Take care, Riya. Elok-elok kat sana nanti. Dani tak ada nak jaga Riya. Nanti kalau boleh jangan lupa call. Tak call, Dani rindu." Senyuman semanis gula diberikan pada buah hatinya.
Zikri pandang Danial tajam. Apa ni? Nak rindu-rindu Lina pula.
Lina angguk kepalanya. "Okay Dani. Nanti saya telefon awak."
Lagilah panas hati Zikri bila dengar jawapan Lina. Telefon Dani? No! Mana boleh! Nak marah Lina pun ada juga tapi tak boleh. Tak sampai hati. Hurm.
Lina menuju ke arah Bad Princes pula.
"Jaga diri, budak. Belajar elok-elok. Kalau nak ke mana-mana, ajak kawan." Fahrin senyum pada Lina.
"Kalau ada budak lelaki nak kacau kau, call kita orang. Kita orang akan datang kat kem kau, belasah budak tu." Rayyan acah-acah mengacukan penumbuknya.
Lina tergelak kecil. Ada-ada jelah Rayyan ni.
"Lina, take care of yourself. Jangan skip makan. Jangan bagi orang buli kau. Hati-hati. Jangan buat kita orang risau. Kau tu dah macam adik kita orang." Adam meraup rambutnya ke belakang. Dia tersenyum kacak pada Lina.
Natra yang terpandangkan Adam hanya mampu menundukkan kepalanya. Dia rindu dengan senyuman tu. Mustahil lepas ni dia dapat lihat lagi. Dan kalau dapat pun, sudah semestinya bukan untuk dia.
"Okay. Lina jaga diri Lina baik-baik!" Lina senyum pada Bad Princes.
Lina menapak ke arah Zikri. Hatinya penuh mengharap agar Zikri berkata-kata. Tapi hampa, Zikri hanya berpeluk tubuh dan memandang dingin padanya. Lina mengeluh kecewa namun cuba dikawal riak mukanya setenang yang mungkin."Lina pergi dulu, semua." Katanya sayu. Baru selangkah Lina berjalan, tangannya dipegang seseorang.
Semua mata memandang ke arah Zikri. Lina turut berpaling. Serta-merta senyuman kecil terukir di bibirnya.
Zikri berdehem. "Boleh tak semua bagi privacy dekat kita orang?"
"Asal pula?" Danial tayang muka bengang.
"Dia nak cakap dengan Lina lah. Kau dah kenapa tak puas hati pula? Dia makwe kau ke? Tak kan? So, back off." Adam buat muka menyampah. Dia terus beredar keluar dari dewan itu.
Fahrin senyum sinis. "Orang cakap, kalau nak bahagia, jangan jadi penghalang orang lain bahagia. Sebabkan kau halang Adam dan Natra bahagia, kau terimalah balasannya. Yang sorang tu pun satu, terus tuduh melulu tanpa usul periksa." Sempat lagi Fahrin menyindir Natra sebelum beredar.
Natra kemam bibirnya rapat. Salah dia ke? Betulah apa yang dia buat. Kenapa dia pula perlu dipersalahkan?
"Loser." Rayyan gelak sinis lalu mengekori langkah Adam dan Fahrin.
Danial kepal penumbuknya.
Natra malas nak layan semua orang. Dia terus beredar.
Amir tarik Danial keluar. Mereka menuju ke kelas.
Kini hanya tinggal Lina dan Zikri.
Lina teguk liurnya. Kenapa semua orang pergi.
Zikri tarik Lina agar gadis itu rapat dengannya. "Kenapa mengeluh tadi? Kecewa sebab aku tak nak cakap apa-apa?"
Lina teguk liur. Pandai betul Zikri teka.
Kepala Lina diusap. "Jangan nakal-nakal kat sana. Kalau ada problem, call aku tak pun kawan-kawan aku. Make sure kau belajar elok-elok masa dekat kem bola jaring tu nanti. Even kau pergi tiga hari, aku rasa macam setahun. Setiap malam jangan lupa call aku. Nak call setiap masa pun takpe, aku tak kisah. Jangan buat aku risau. Jangan bagi orang buli kau sebab aku je yang boleh buli kau. Jangan bagi orang ngorat kau. Kalau ada, cakap dengan orang tu 'nak mati silakan'. Tau! Jangan lupa semua pesanan aku ni."
Lina sengih bahagia. "Ya, saya tak kan lupa semua pesanan awak. Thankyou. Ermmm..."
Zikri angkat keningnya. "Kenapa?"
Pin! Pin!
Serentak Zikri dan Lina pandang keluar dewan.
"Lina, cepat sikit!" Cikgu Ikin menjerit dari dalam kereta.
Lina angguk. Dia pandang Zikri semula. "Saya...."
"Saya apa? Jangan cakap gantung-gantung boleh tak?"
"Saya sayang awak!" Laju Lina berkata. Dia pantas berlari menuju ke kereta Cikgu Ikin. Sikit pun matanya tidak memandang Zikri. Malu!
Zikri yang pada mulanya terkejut akhirnya tersenyum.
"Aku sayang kau juga." Katanya perlahan lalu keluar dari dewan.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...