"Malam ni aku jemput kau."
Lina yang sedang mencari sesuatu dalam lokernya mengurut dada. Dia menutup pintu loker. Lelaki yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh disebelahnya dipandang tajam. "Lain kali, jangan nak terkejutkan orang boleh tak? At least, bagilah salam. Dah tu pula, suara macam nak gaduh je. Baik cakap dengan dinding."
Zikri buat muka tak bersalah. "Kau dengar tak apa aku cakap tadi?"
Lina terdiam. Kalau Zikri nak jemput dia, maknanya kena ambil dekat rumah pengetua. Tapi nanti rahsia dia terbongkar pula. Hurm.
"Kau dengar tak?"
"Saya dengar la! Tak payah la nak tanya banyak kali." Lina menjeling Zikri. Eee, mamat ni kan. Tayang muka macam tak ada apa je. Rasa nak hempuk dengan fail yang berada di tangan ni.
"Nak suruh aku ambil kau kat mana? Bagi la alamat rumah kau."
Lina diam. "Err, rumah pengetua?"
Zikri angkat kening. "Ouh haah la. Aku pernah hantar kau kat rumah pengetua. By the way, apa hubungan kau dengan pengetua?"
Lina diam. Kepala digaru. Adeh, alasan apa ek nak bagi? Okay dah tahu.
"Saya masuk sekolah ni pun sebab dia tolong. Jadi saya tinggal la dengan dia memandangkan dia selalu sorang-sorang dekat rumah. Dia minta saya temankan dia."
Zikri angguk mendengar penjelasan Lina. "Okay la, see you this night."
Lina menghantar pemergian Zikri dengan pandangan matanya. Kedengaran keluhan dilepaskan. Malam ni nak pakai baju apa ek? Dia tak pernah pula ada baju untuk pergi mana-mana majlis. Biasanya pakai baju kurung je. Maklum la, 6 tahun duduk kampung.
Lina beredar. Lebih baik dia tanya mama dia. Mana tahu mama boleh tolong. Kan?
⚫⚫⚫
"Natra, you dah ada partner ke untuk malam ni?" Adam duduk di hadapan Natra yang sedang mengunyah nasi goreng.
"Uhuk! Uhuk!" Tersedak Natra dibuatnya.
Adam cepat-cepat menghulurkan baki air mineralnya.
Natra menyambut tanpa banyak bunyi. Air itu diteguk untuk menghilangkan rasa sakit dadanya. Usai itu, Natra mengurut dadanya. Dia menjeling Adam di hadapannya sekilas. "You ni dah kenapa? I tengah makan kan? Tak reti nak hormat? See, I dah tercekik. Apa masalah you ni sebenarnya?"
"Tak ada rasa terima kasih ke sebab I dah tolong hulurkan air?"
Natra senyap. Tersentap.
"I minta maaf sebab tak sengaja nak buat you terperanjat. Nampak sangat yang you ni makan sambil berangan." Adam gelengkan kepalanya.
Natra buat muka menyampah. "Hah! Kenapa you datang sini? Kalau ada hajat, sila sampaikan secepat yang mungkin sebab mata I sakit tengok muka you. Rasa menyampah pun ada."
Adam terkilan. Sungguh dia terasa sangat-sangat dengan kata-kata Natra. "Ermm, you dah ada partner untuk malam ni?"
Natra ketawa mengejek. "Kenapa? You nak I jadi partner you? Dalam mimpilah Adam! Kalau I tak ada partner sekalipun, I lagi sanggup tak datang daripada ambil you as my partner. It never be again okay! Mana pergi Aqilah yang you sayangkan sangat tu? Hah, pergilah dengan dia! Tak payah buang masa nak cari I."
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...