⚫27⚫

6.8K 470 26
                                    

Tersenyum kecil Zikri apabila melihat Lina sedang duduk di tangga sambil menekup muka. Bahunya terhincut-hincut menandakan bahawa gadis itu sedang menangis. Macam manalah next year nanti dia nak tinggalkan Lina? Hati tisu semacam. Terus saja langkahnya dibawa ke arah gadis itu.

Kepala Lina diusap. "Hey, Alina okay?"

Lina yang sangat mengenali suara tersebut mengangkat mukanya. Air mata diseka dengan hujung lengan bajunya. "Saya okay."

Zikri senyum. Okay Lina tu bermaksud tak. Dia tahu tu.

"Kenapa dia kejam sangat? Kenapa dia tengking saya?" Lirih suara Lina menuturkan soalannya.

Zikri memegang tangan Lina, meminta gadis itu bersabar. "Dia mungkin terlalu sayangkan kau sebab tu dia tak dapat terima yang kau tolak dia."

Lina hanya diam. Mood nya benar-benar telah hilang.

"Alina, janganlah macam ni. Senyum sikit." Lembut suara Zikri memujuk Lina. Dagu Lina diangkat membuatkan gadis itu memandangnya.

Mata mereka bertembung. Lina cepat-cepat menarik tangan Zikri, menghalang lelaki itu dari terus memegang dagunya. Bertentangan mata dengan Zikri buatkan dia malu!

Zikri tergelak kecil. Alahai, innocent sungguh! Rambut Lina diserabaikan.

"Zik! Janganlah! Rosak rambut saya!" Lina menepis tangan Zikri. Rambutnya dibetul-betulkan. Zikri yang tertawa kecil di sebelahnya dijeling. Suka usik orang tau dia ni !

"Dah, jangan nak masam-masam muka lagi. Senyum sikit. Aku nak sambung latihan pun tak sedap hati."

Lina perlahan-lahan mengukirkan senyumannya. Zikri hari-hari buatkan dia jatuh cinta !

"Pergi balik dengan Nat atau Effa. Abang kau ada latihan dengan aku. Balik tu hati-hati. Take care." Sempat Zikri memesan sebaris ayat pada Lina.

"Okay."

Zikri bangun dari duduknya. Tangan dihulurkan pada Lina.

Lina tanpa banyak bunyi menyambut huluran tangan Zikri. Dia bingkas berdiri. Senyuman kecil diberikan pada Zikri. "Thank you, for everything." Katanya lalu beredar.

Zikri hanya memandang dari jauh sambil tersenyum. Alina ni, memang comel betul ! Hari-hari buat dia cair.















⚫⚫⚫















"Adam, apa plan kau?" Rayyan menyoal. Bola keranjang yang dipegangnya dibaling ke bangku. Kini, hanya tinggal mereka berlima di gelanggang. Yang lain telah pun pulang ke rumah masing-masing.

Adam meraupkan wajahnya. "Entah la weh, apa je yang mampu aku buat? Nat tu bukan nak percaya aku pun. Bagi aku peluang nak bercakap pun tak boleh."

Fahrin dan Allif saling berpandangan. Zikri pula mengeluh perlahan. Ni lah padahnya bila sukakan adik musuh. Kan dah jadi macam ni.

"Tak boleh minta tolong Lina?" Fahrin memberi idea.

Kali ini, Fahrin, Adam dan juga Rayyan memandang Allif dan Zikri bersilih ganti. Meminta izin pada abang Lina dan juga kekasih hati Lina.

"Siot, apesal pandang aku? Pandang Al je sudah la." Zikri baling bola keranjang pada mereka bertiga.

Masing-masing mengelak sebelum tertawa kecil.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now