⚫29⚫

6.3K 467 27
                                    

"You say what?!"

Terhinjut bahu Lina dibuatnya apabila Natra tiba-tiba menepuk meja sambil mengeluarkan suara yang nyaring.

"Okay Lina, I setuju nak ikut you pergi kampung you tapi dengan Bad Princes? Are you kidding me girl? I tak nak ikut you balik kalau macam tu." Natra berpeluk tubuh.

Lina garu kepalanya perlahan. Dengan cara apa lagi dia nak pujuk Natra? "Nat, awak kena ikut juga. Saya nak spend time dengan awak."

"Ya, I faham. Tapi yang I tak faham, kenapa mesti Bad Princes ikut sekali? Diorang tak ada kena-mengena dengan kita pun. I tahu you ada hubungan dengan Zik tapi tak perlu lah sampai bawa dia balik kampung you." Natra berkata dengan nada yang betul-betul tidak puas hati. Memang dia teringin sangat nak balik kampung Lina tapi kenapa perlu ada Bad Princes?

Lina diam. Natra masih tidak tahu bahawa Allif adalah abangnya. Rahsia itu hanya diketahui oleh Bad Princes dan juga dia saja. Dengan tarikan nafas yang sangat dalam, Lina berkata pada Natra. "Nat, actually, Allif abang saya."

Terjatuh pemadam papan putih yang dipegang Natra. Dia ternganga namun hanya seketika. Lepas dua saat, Natra menghamburkan tawanya. "You adik Allif? Berangan ke apa ni?" Penuh sinis Natra menyoal Lina. Tak kan lah dia nak percaya kata-kata Lina?

Lina mendengus geram. Kalau tadi Natra yang menghentak meja, kini gilirannya pula. Genggaman erat tangan kanannya membuatkan Natra terdiam, memberhentikan gadis itu dari terus ketawa.

"Err, Lina?"

"I'm telling you the truth. Saya adik Al dan anak kepada pengetua Liya."

Natra tergamam. Tak tahu sama ada mahu mempercayainya atau tidak. Tapi bila difikirkan secara logiknya, betul juga. Tak kan lah Lina yang innocent ni nak menipu sebab Lina memang tak pandai menipu. Air liur diteguk kesat.

"You... serious?"

"100% yes."

Natra tergamam kuasa dua. Kalau Lina adik kepada Allif dan dia adik kepada Danial jadi sepatutnya mereka berdua adalah musuh? Bukan kah begitu? Danial terlalu bencikan Bad Princes dan Bad Princes pun tak kurangnya juga. Dua-dua saling memusuhi.

Natra pandang Lina yang mengeluh. Dia akui wajah Lina ada iras-iras Allif dan juga pengetua Liya. Tapi kenapa? Kenapa pula semua ni boleh jadi macam ni? Dari awal dia datang ke sekolah ini, dia hanya tahu yang pengetua Liya cuma ada seorang anak iaitu Allif. Dan Allif pun tak pernah ada adik.

"Tapi, kenapa orang tak pernah tahu? I mean, semua warga Dream High tahu pengetua Liya cuma ada seorang anak." Natra masih lagi dalam keadaan sukar mempercayai kata-kata Lina.

"Ya, memang. Tapi semua tu ada ceritanya yang awak tak pernah tahu."

"Cerita apa?"

Lina menghela nafas perlahan sebelum membuka cerita tentang arwah kembarnya, Alini.














⚫⚫⚫

Pintu bilik pesakit diketuk sekali sebelum Lina terus saja menerjah masuk ke dalamnya. Tak perlu tunggu orang dalam bilik itu mempelawanya kerana dia tahu bahawa pesakit tersebut sangat lemah untuk menjerit. Buah tangan yang dibawanya diletakkan di atas meja. Kerusi di sebelah katil tersebut ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya.

Katrina senyum sebaik saja Lina menapak masuk ke dalam bilik. Dari baring, dia mencuba untuk duduk biar senang untuk berbual dengan Lina. Bantuan daripada Lina lagi memudahkannya untuk duduk dalam keadaan selesa. Badan disandar ke kepala katil sebelum memulakan perbualannya.

My Innocent GirlWhere stories live. Discover now