Lina melabuhkan punggungnya bersebelahan Natra. Zikri yang sudah bersiap-siap turun ke gelanggang itu dipandang penuh minat. Kedua-dua tangannya digenggam sambil dibawa ke bawah dagu.
"You pergi mana lama sangat ni? Tadi Zik cari you," Natra menyoal. Badannya disandarkan pada bangku penonton.
Terus Lina memusingkan kepalanya, memandang Natra. Kening diangkat sebelah. "Zik cari saya? Buat apa?"
"Entah, nak semangat dari you kot. Eh Lina, perasan tak si Ariel tu asyik-asyik pandang sini? Dia tu dah kenapa? Tak pernah-pernah dia pandang mana-mana penonton. Selalunya tu hidung tinggi aje dia tu."
Lina menggelengkan kepalanya. Matanya tidak mahu memandang ke arah yang ditunjukkan Natra. Cukup menyampah untuk melihat lelaki itu semula. "Abaikan ajelah. Mana tahu dia usha orang lain, dia tu kurang kasih sayang kot."
"Huh?" Hanya itu balasan daripada Natra. Kurang kasih sayang apa benda pula ni?
"Haa tengok! Adam dah turun gelanggang!"
"Mana? Mana?" Natra melarikan matanya dari terus memandang Lina. Dia memandang ke arah gelanggang di mana tempat Adam dan rakan-rakannya berada. Tidak semena-mena dia tersengih kecil. Boleh ke dia nak kata yang Adam extra hot hari ni? "I rasa macam tak jadi pula nak usha Ariel tu."
"Kenapa?"
"Sebab hari ni Adam nak nampak extra hot. Haih, untungnya I dapat dia." Natra dah mula nak berangan sendiri. Matanya langsung tidak lepas dari memandang Adam. Dan saat matanya bertembung dengan teman lelakinya itu, dia mendapat kenyitan mata daripada Adam. "Argh! Adam super extra hot!"
Lina tergelak kecil. Yelah, Adam nampak sangat hot hari ni. Nak-nak lagi masa Adam kenyit mata tu, seisi pelajar perempuan dalam gelanggang ni menjerit serentak sama macam Natra tadi. Lina mengalihkan pandangan pada Zikri pula. Lelaki itu tekun memberi arahan pada anak buahnya.
"One, two, three, fighting!" Pemain bola keranjang Dream High menjerit penuh semangat sebelum mengambil posisi masing-masing.
Sekarang ni, pusingan pertama iaitu pertarungan Dream High dan juga SMK Bijak Pandai. Masing-masing mempunyai penyokong dari sekolah sendiri tetapi jumlah penyokong Dream High paling ramai. Dah namanya pun tuan rumah.
Mata Lina fokus memandang Zikri. Yang lain semua tak pandang dah. Walaupun ada lagi yang lebih kacak daripada Zikri, tapi dah semestinya lelaki itu yang memikat hatinya selalu.
Prittt!
Bunyi wisel kedengaran. Maka, bermulalah perlawanan mereka semua. Gigih pemain-pemain Dream High bermain. Nak-nak lagi semua tu bukan calang-calang orang.
"Wow, Zikri handsome gila!"
"Adam pun tak kurang hebat juga lah!"
"Omg! Cair bak hang tengok Danial main! Kenapa kacak sangat?!"
Dan begitulah suara-suara para penyokong perempuan memenuhi gelanggang. Natra dan Lina saling berpandangan. Masing-masing ketawa lucu mengenangkan sikap budak-budak sekolah mereka.
"Nasib baik I dah cop Adam awal-awal, kalau tak mesti ramai hantar love letter kat dia."
Lina angguk kepalanya. Tak dinafikan, status Natra dan Adam hampir semua pelajar sekolah yang tahu. Mungkin sebab gandingan mereka berdua nampak hebat? Yelah, Natra boleh tahan popularnya dan Adam dah semestinya menjadi pujaan ramai di sekolah.
YOU ARE READING
My Innocent Girl
Teen Fiction"Err, arr, sa..saya..." - Alina "Saya, saya, saya apa?! Kau apahal gagap-gagap ni?" - Zikri. "Saya suka awak!" Terkejut punya pasal, Lina terlepas cakap. Zikri angkat kening. Danial yang berada tidak jauh dari situ ternganga. "Kau.... suka aku?" Zik...