PROLOG

43.7K 832 56
                                    

BARISAN yang beratur panjang itu dipandang bersama kerutan di dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BARISAN yang beratur panjang itu dipandang bersama kerutan di dahi. Hembusan nafas dihela kasar. Takkan la pelajar tingkatan tiga rehat pun ramai sampai macam ni? Mulalah Kamilia Hazel membebel dalam hati, meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Keadaan kantin agak sesak dengan pelajar yang ramai sedang beratur untuk membeli makanan. Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke dalam barisan yang sedang beratur untuk membeli air. Kamilia Hazel melangkah beberapa tapak ke depan apabila barisan tadi mula bergerak perlahan-lahan.

Duit RM2 yang setia di tangan dimainkan. Sekejap digulung, sekejap dilipat.

Bila sampai gilirannya, Kamilia Hazel melangkah ke depan sebelum sekumpulan lelaki yang sedang bergelak ketawa seperti tiada hari esok mula menolak-nolak barisan mereka sehingga dia menjadi mangsa tersungkur ke lantai.

Duit RM2 yang dipegang tadi sudah hilang entah ke mana. Mungkin juga sudah selamat diambil oleh manusia yang tidak jujur.

Tapi bukan duit yang menjadi masalahnya saat itu.

Dalam kesesakan itu, Kamilia Hazel cuba bangun dari terus bersimpuh di atas lantai kantin yang kotor. Hatinya panas apabila beberapa orang lelaki yang tiada sikap toleransi, dengan selamba memotong barisannya tanpa rasa bersalah. Siap bergelak ketawa lagi.

Kamilia Hazel mendengus sambil memerhati sekumpulan pelajar lelaki itu. Mereka sedang menanti giliran untuk membeli air minuman tanpa rasa bersalah walaupun selepas memotong barisan dan menolaknya sehingga dia terjatuh ke lantai.

Amboi... amboi... amboi... Orang penat-penat beratur sambil tunggu giliran nak beli air, geng 'mamats' tak bertauliah ni senang-senang aje memotong barisan? Dia orang fikir dia orang abang-abang kawasan ke kat sini? Kamilia Hazel menahan rasa marah dalam hati.

"Woi, kau orang ni memang tak ada adab ke hah?!" Kamilia Hazel menengking empat orang pelajar lelaki itu.

Antara keempat-empat pelajar lelaki itu, cuma seorang saja yang menoleh ke arahnya. Mungkin deria pendengaran lelaki itu lebih peka berbanding ahli-ahlinya yang lain. Mungkin juga kerana dia yang paling dekat dengan jarak Kamilia Hazel berdiri.

Selepas lelaki itu menoleh, barulah ahli-ahlinya yang lain turut menoleh ke arah Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel mengamati wajah lelaki pertama yang menoleh tadi. Rasanya, dia tidak pernah nampak lagi wajah mamat bedebah yang tayang muka sombong ini. Apahal nak kerut kening lagak poyo ni? Muka berlagak betul.

"Kau ingat kau siapa nak woi woi kan kita orang? Kita orang ada namalah. Kalau nak panggil orang tu, guna gelaran yang elok sikit," selar Ungku Harraz sambil memeluk tubuh.

Iskandar, Raizal dan Anaqi, geng 'mamats' yang setia di belakang Ungku Harraz turut berpeluk tubuh. Amboi, satu geng berpeluk tubuh nampak gayanya. Poyonya semua.

Dengan berani, Kamilia Hazel bersuara sinis.

"Adab bin kat lutut. Gelaran yang sesuai dengan muka kau dengan geng 'mamats' kau yang tak ada adab ni!" balas Kamilia Hazel, sekali gus mengisytiharkan nama baru untuk kumpulan lelaki itu.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now