CYKB:49

10.1K 467 176
                                    

Tiga bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga bulan kemudian...

HAZEL berjalan perlahan menuju ke arah pintu utama selepas loceng berbunyi sebanyak dua kali. Umi dan daddynya tiada. Mereka keluar beli barang dapur bersama. Dia tinggal seorang diri di rumah. Bukan ibu bapanya tak ajak dia keluar bersama, cuma dia yang menolak sebab tak larat nak berjalan.

Ini melangkah untuk buka pintu utama pun, dia guna kelajuan kura-kura. Langkahnya semakin terbatas sejak kandungannya mencecah 9 bulan. Pergerakannya jadi lebih lambat berbanding biasa. Tak lama lagi, lahirlah sepasang kembar ini.

Ungku Harraz? Masih tiada berita tentang lelaki itu. Harraz benar-benar menghilangkan diri. Di manalah lelaki itu sedang memencilkan diri gamaknya?

Buka saja pintu, terpacul muka Raziq. Lelaki itu kelihatan lebih bergaya sekarang. Bukan macam dulu lagi. Kalau dulu selekeh dengan pakaian macam budak kampung, tapi sekarang dah naik taraf kepada pakaian orang berada dah. Tak pelik pun. Raziq bekerja. Gaji dia pun tinggi walaupun kerja di kafe saja.

Hazel lihat penampilan Raziq. Baju t-shirt putih bersama jacket jeans. Rambut dirapi dan nampak kemas.

Raziq memandang perut Hazel yang semakin sarat.

"Abang... masuklah," pelawa Hazel seraya senyum kelat ke arah lelaki itu.

Dia buka pintu lebih luas, membenarkan Raziq masuk ke dalam. Kemudian, dia berjalan ke arah sofa. Tak larat berdiri lama-lama.

"Mak su dengan pak su keluar eh?" soal Raziq sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Hmm... Abang buat apa datang sini?" soal Hazel selepas punggung didaratkan di atas sofa baldu di ruang tamu itu.

Tiga bulan sudah berlalu, tapi perasaannya pada Raziq masih ada. Tipulah kalau dia kata dia dah move on dan lupakan Raziq. Bertahun-tahun sudah dia mencintai Raziq, perlu ambil masa bertahun-tahun juga untuk dia lupakan Raziq.

Fasa move on ini membawa makna, dia tidak akan lagi menoleh ke belakang. Raziq sudahpun beri kata putus. Raziq tak ada perasaan pada dia. Raziq cuma menganggapnya sebagai adik. Dia juga dah tak ada sebab untuk menunggu Raziq atau mengharapkan lagi cinta daripada lelaki itu.

"Mak su bagi tahu abang, Lia duduk sorang-sorang kat rumah. Abang risau. Itu yang abang datang," beritahu Raziq.

Hazel angguk kepala bersahaja. Dia fokus pada cerita di televisyen yang menayangkan drama ulangan.

"Abang ada bawa something untuk Lia. Tadaaaaaa..." Plastik yang berisi bekas polisterin yang disorokkan di belakang badan tadi diangkat ke udara.

"Kuih tepung pelita." Raziq tersenyum panjang saat memberitahu isi makanan yang dibelinya itu.

Wajah Hazel yang tadinya mendung, kini berubah gembira. Matanya terus bersinar. Dia teguk liur sambil menyambut huluran Raziq.

Cinta Yang Kau Benci (EDITED VER)Where stories live. Discover now