"Hai sayang , busy?"ujar Tengku Adzmir ramah sambil melabuhkan punggung dimeja wanita itu . Dia sengaja datang ke bilik office dania untuk mengajak makan tengahari bersama .
Dhia dania yang ketika itu sedang menyusun failnya hanya tersenyum melihat bosnya. Sudah biasa dengan panggilan manja dari Lelaki itu. Dia tahu Tengku Azdmir seperti mempunyai perasaan terhadap dirinya.
Dania pun mula mengakui rasa aneh juga telah hadir dalam dirinya setelah hampir 2 bulan bekerja di syarikat milik lelaki itu. Sikap Tengku adzmir yang sungguh prihatin dan baik pada dirinya telah melahirkan rasa asing itu
"Eh takdelah encik adz ..saya tengah kemas fail je ni. " ujarnya tersengih
"Dah berapa kali i cakap jangan panggil encik , you ni degil kan" Tengku adzmir pura2 marah.
"Alaa encik malu lah saya , apa staff encik adz ckp nanti."
"Okay terpulang you lah , bila berdua dengan i jangan panggil encik dah. Jomlah dah lewat ni, lepas lunch i nak jumpe client pulak ."ucap Tengku Azdmir yang sudah bangun ingin ke pintu. Dhia dania pula hanya mengekori dari belakang
*****************************
Malam itu tengku adzmir menemui zaril seperti biasa diclub malam yang mereka selalu kunjungi.
"So macam mane perkembangan? Perempuan tu dah jatuh cinta dekat kau ke belum?"
Soal zaril memulakan perbualan pada malam itu. Tengku adzmir tergelak mendengar soalan sahabatnya itu.
"Eh gelak pulak aku tanya serious ni .."ucapnya lagi.
"Maybe.." tengku azdmir hanya menjawab sepatah sambil bermain dengan gelas ditangannya.
"Maybe?! Kau biar betul adz .. dah 2 bulan tau kalau kau buat sambil lewa macam ni . Aku takut once perempuan tu tahu dia ada hak dalam company tu kau rasa dia nak duduk diam ke?"pesan zaril .
"Eh ni Tengku Adzmir Azim lah ! Company tu bapak aku punya . Betina jalang tu siapa?! Tah2 dah gadai body tu yang sampai papa bagi harta."tuduhnya melulu . Melenting sungguh dia mendengar kata2 zaril itu.
"Kalau macam tu better take action . Buat dia betul2 jatuh hati then ajak kawin . Lepas kawin confirm dia tanda tangan surat wasiat bapak kau tu . "
"Kalau kau suruh tanda tangan sekarang confirm dia tanak punya . Yelah dapat harta kan .So better kau buat dengan cara halus" hasut zaril lagi
"Tak perlu ajar aku apa yang patut aku buat..gadai nyawa dia sekalipun aku sanggup asal harta tu jadi milik aku sepenuhnya"
Zaril yang mendengar terkejut melihat kebencian sahabatnya sampai begitu sekali. Siapa yang tidak kenal Tengku Adzmir Azim Bin Tengku Azhar ? orang yang sangat berpengaruh di kuala Lumpur ini.
Tapi kalau sampai bab membunuh , rasanya belum lagi sampai ketahap itu . Harap2 sahabatnya itu masih mampu berfikir secara waraslah.
*****************************
Dhia dania membelek tubuhnya dicermin . Night dress merah yang dipakainya malam itu sungguh memukau dengan kilauan batu Swarovski . Dia tahu harganya juga mencecah ribuan ringgit .
Baju ini diberikan Tengku adzmir petang kelmarin . Lelaki itu memintanya untuk memakainya pada malam ini. Mula2 dia menolak pemberian itu namun apabila melihat wajah penuh pengharapan dari tengku adzmir dia jadi tidak sampai hati.
Tengku adzmir mengajaknya untuk makan malam bersama . Kata lelaki itu , kerana ada perkara yang ingin di beritahu . Dhia dania agak tertanya2 apa yang ingin lelaki itu khabarkan . Sehinggakan sanggup membeli dress semahal ini untuk dirinya.
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomancePrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...