Tatkala stroller hospital menolak tubuh lemah Dania untuk kebilik bersalin . Wan salmah melihat keadaan anaknya sudah pucat lesi tidak bermaya .
Ada rintihan perlahan yang keluar dari bibir anaknya . Rintihan yang cukup meruntun hati seorang ibu . Jika dia boleh menjadi galang gantinya dia sanggup mengambil tempat anaknya .
"Ibu .."
Dania hanya mengeleng . Airmata semakin deras dipipi . Tangan ibunya digenggam kuat . Wan salmah turut membalas gengaman itu . Airmata merembes laju .
"Adz cakap nak teman nia waktu bersalin mana dia bu?"
"Ya allah nia . Nia kena kuat nak . Ingat allah . Ingat ibu . "
"Arghh sakit doktor " gengaman mereka terlepas . Tanpa pamit jururawat itu terus menolak kembali stoller itu masuk terus ke ruangan bersalin .
Setelah kelibat dania menghilang . Suraya sudah membawa tubuh lemah Wan salmah untuk duduk bersama . Masing2 diam berdoa agar semua nya berjalan dengan lancar . Sokongan dari keluarga amat getir untuk menyelamatkan Dania tika ini .
********************
Wan salmah dan Suraya melangkah masuk ke dalam Wad yang menempatkan Dania . Setelah dipindahkan ke wad biasa
Wan salmah mengambil tempat disebelah anaknya yang kelihatan sungguh pucat lesi itu .
"Nia okay nak? "
Dania hanya mengangguk sambil tersenyum tawar . Dia terlalu penat saat ini . Hampir setengah jam bertarung nyawa memyebabkan dia kehilangan banyak tenaga .
"Mana baby nia?" Suraya yang berdiri disebelah wan salmah bersuara .
"Baby dekat nursery . Nurse tengah bersihkan dulu . Nanti dia hantar "Ucapnya lemah.
"Tahniah nia , Im happy for you . Dah jadi ibu da kau . Jealousnya !"
"Tak ada apa yang kau perlu jealous kan Su . Aku tak tahu apa nasib aku dengan anak aku lepas ni . Mungkin juga gelaran ibu tunggal akan aku galas ? Siapa tahu kan?"
"Jangan cakap macam tu nia , walau apa pun aku tetap bersama dengan kau . Kau tak perlu takut dengan takdir kau lepas ni . Masih ramai yang sayangkan kau"
"Aku tahu su . Dan sebab tu aku kuat sekarang . Aku dah terlalu banyak makan hati sampai kan aku dah lali . Hati aku terluka tapi mungkin dah tiada ruang untuk berdarah lagi. "
Suraya sudah terdiam mendengar . Ya lebih baik berdiam diri . Takut jika kata-kata nya akan menguris hati milik dania . Dia yakin pasti sudah parah teruk itu .
Kehadiran nurse yang baru muncul bersama stroller baby mematikan perbualan antara mereka bertiga .
"Anak puan dah dibersihkan . Nanti puan boleh la menyusukan dia " Ramah Nurse beruniform putih itu memberitahu . Dania hanya mengangguk mengerti .
"Ya allah cucu aku comelnya ." Riang Wan salmah . Pertama kali mengendong cucu penyambung keturunannya . Suraya yang melihat turut sama mengagumi kecomelan anak sahabat baiknya .
"Aah lah nia comel betul . Putih kemerahan ! eh baby boy ke baby girl ni?"
"Baby boy.." balas dania sepatah .
"wah boleh la jaga ibu. Bila dah besar nanti ."
"Eh btw kau dah ada nama untuk dia ke belum?"
Soal Suraya lagi . Dania menepuk dahi apabila teringat sesuatu .
"Belum lah su , boleh tak kau tolong daftarkan nama anak aku?"
"Boleh sangat untuk kau nia . Apa-apa pun aku sanggup tolong . kau cakap je!"
Dania sudah ketawa kecil . Ruang hospital itu sudah riuh dengan suara silih berganti antara satu sama lain . Gamatnya dah macam pasar sahaja dengan kelahiran cahaya mata itu . Dan untuk seketika biarlah dania merasakan sekejap kebahagian sebelum penderitaannya kembali bertaufan dihati . Biarlah untuk seketika....
*************************
Suasana Di banglo milik Tan Sri Tengku Azry bagaikan dilanda taufan . Masing2 hanya diam mendengar pekikan seorang yang bergelar Tan Sri itu
Tengku Maria yang baru mengetahui kejadian itu turut sama merasakan tempiasnya . Sungguh dia terkejut sewaktu dikhabarkan tentang perkara mengaibkan itu sebentar tadi .
Seperti tidak percaya anaknya sanggup melakukan perkara terkutuk begitu . Hati ibu mana yang tidak terkilan .
"Uncle tak kira ! Adz harus bertanggungjawab ke atas Zita ! Mana uncle nak letak muka ni?! "
"Uncle ..Adz tak bersalah berapa kali adz nak cakap?! Zita kenapa you diam? Jelaskan pada semua orang yang kita tak bersalah !!"
"Kalau kamu berdua tak bersalah pun . Sedikit sebanyak cerita ni pasti akan terlepas pada media . Hei adz kau dah lupa siapa aku ni?!"
"Kau nak semua orang tahu anak aku buat perangai tak senonoh dengan anak sedara aku sendiri?! Aku tak kira walau apa pun kau tetap kena bertanggungjawab !!"
"Hujung bulan ni korang kene menikah . muktamad !!"
Dan untuk kesekian kali . Tengku Adzmir tidak mampu untuk berkata apa2 lagi . Dia sudah penat . Penat menerangkan perkara duduk sebenar tetapi Lelaki itu memang tidak mahu mengerti .
Tengku Adzmir menoleh pada Mamanya yang sedari tadi hanya menyeka airmata itu . Kepada siapa lagi untuk dia meminta tolong? jika mamanya turut tidak menyebelahi dia . Disisinya kelihatan Puan Sri Melina yang turut sama mendiamkan diri .
Tanpa bicara dia terus keluar dari rumahnya. Biarlah saat ini dia pergi mencari ketenangan . Dia sudah buntu . Sia-sia penat lelah dia mengambil hati isterinya dahulu . Sepertinya dia harus menanggungnya buat kali yang kedua .
"Adz ! kau nak pergi mana tu?! uncle belum habis bercakap lagi ! perkara ni belum selesai adz !!"
Tengku adzmir tidak menghiraukan jeritan itu. Dia terus pergi meninggalkan rumah itu dengan membawa hati yang lara ...
![](https://img.wattpad.com/cover/134145237-288-k310290.jpg)
YOU ARE READING
Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATE
RomansPrivate ! sebab ramai sangat silent reader Muahahahah 18sx part will private sorry😬 #1stWattys2018 #1stRANKINGMARRIEDLIFE #1stRANKINGWASIAT #10RANKINGINROMANCE Tragedi yang tidak disangka akhirnya telah menyatukan Tengku Adzmir azim dan Dhia dania...