Part 30

14.4K 482 0
                                    


"Suzy , awak tak keluar lunch ke?"

Soal tengku adzmir apabila melihat setiusahanya itu masih ada diruangan kerja. Meja suzy betul2 berhadapan dengan bilik yang diduduki nia kini . Dia melihat jam di tangan kirinya . Baru ke angka 12.30 tengahari .

Suzy yang melihat bossnya hanya tersenyum serba salah .

"Err saya dah makan tadi encik adz , puan nia belanja . " beritahunya dungu .

Tengku adzmir mengerling sekilas tupperware berwarna merah diatas meja setiusahanya itu . Seingat dia itu bekal yang dibawa untuk isterinya. "Nampaknya benci sangat dia pada aku" desis hati kecilnya .

"Puan nia mana? Dia dah lunch? "

"Puan nia dalam office dia encik , saya rasa masih belum sebab tak nampak lagi kelibat dia keluar dari bilik sejak tadi "

"Oh okay suzy, thanks " jawabnya sebelum menuju ke bilik yang dihuni isterinya itu . Kaki yang baru ingin melangkah terbantut apabila terdengar panggilan setiusahanya . Dia berpaling melihat suzy yang sudah seperti cacing kepanasan itu .

"Err encik adz , saya mintak maaf bekal ni saya makan.." suzy mengigit bibir apabila melihat panahan mata tajam , coklat berkilau milik boss mudanya itu . Dia benar2 serba salah saat ini .

Pagi tadi dia sendiri yang meletakkan bekal itu diatas meja puan dania setelah dipesan oleh boss nya . Namun bekal itu diberikan pula kepadanya .

Sesaat tengku adzmir tersenyum bersahaja . "Takpelah anggap je rezeki awak ." Balasnya lantas terus berlalu ke bilik dania . Mendengarkan itu , Suzy sudah tersenyum lega .

Sebagai seorang yang memiliki pemikiran yang matang , suzy dapat mengesyaki sesuatu terjadi didalam perhubungan majikannya itu . Namun dia malas untuk mengambil tahu sementelah itu adalah hal peribadi ketuanya .

Namun dia betul2 tabik spring terhadap Dania , kerana mampu memiliki Tengku adzmir sebagai suami . Dia sungguh tidak menyangka dania bekas staff di company ini ditawan oleh boss secara diam2 . Dalam berpuluh wanita akhirnya dania yang menjadi pilihan

Sepanjang menjadi setiusaha kepada Tengku Adzmir , jarang sekali suzy melihat lelaki itu berpeleseran dengan mana2 perempuan . Sikapnya yang workaholic dan serious jika berkaitan kerja memang tidak dapat diselindung lagi .

Selama bekerjasama Suzy senang dengan tingkah laku bossnya itu . Kebanyakan orang yang mempunyai pangkat dan kekayaan sudah pastinya pantang apabila melihat wanita , lagi2 yang berdahi licin . Namun tidak bagi Tengku adzmir . Bossnya itu sangat professional .

Bukan suzy tidak perasan akan pandangan client dari kalangan wanita2 seksi dan cantik yang seakan ingin mengoda bossnya itu , sewaktu meeting dengan mana2 company.

Belum lagi panggilan misteri yang saban minggu diterimanya semata2 untuk berkenalan lebih rapat dengan bossnya itu .Namun tengku adzmir hanya berlagak biasa sedikit pun tidak di endahkan

Tidak dapat dinafikan , sesiapa pun akan tergoda melihat fizikal lelaki itu . Rambut hitam berkilat yang disikat rapi kebelakang dan memiliki sepasang mata coklat berkilau bersama wajah putih kekuningan . Ditambah pula aset kekayaan yang dimilikinya sudah pasti ramai yang tergilakan bossnya itu.

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now