Part 68

10.2K 368 13
                                    

Dhia dania dan ibu mertuanya kembali semula ke wad setelah selesai menunaikan solat sunat hajat . Perasaan nia kembali tenang walaupun tidak sepenuhnya . Dia tahu disaat genting begini hanya pada allah tempatnya meminta sepenuh hati .

Hampir setengah jam Dhia Dania mundar mandir dihadapan pintu wad . Tiada satu kelibat petugas pun yang keluar . Mungkin masih bertungkus lumus menyelamatkan satu nyawa didalam . Hatinya mula berasa tidak enak . Ngilu hingga ke pundak rasanya .

Oh tuhan .. mengapa perit benar dugaan ini . Aku mohon kepadamu kembalikan semula syurgaku . Kerana aku sudah tidak sanggup melangkah membawa dosa ini ...

Bertahan abang...berjanjilah dengan nia . Abang akan terus bertahan hidup..

"Nia .. dah setengah jam kamu berdiri . Mari sini nak . Duduk dekat mama . Tenangkan diri kamu .." kata-kata Tengku Maria mematikan monolog hatinya yang kian berlagu pilu .

Dhia dania akur . Dia perlahan mengambil tempat disisi ibu mertua . Nafas berat dihela . Tidak sampai pun sepuluh minit duduk memanaskan punggung . Kelibat doktor lelaki keluar dari wad suaminya . Bagaikan kilat Dhia dania bangun menerpa ke arah Doktor itu . Diikuti Tengku Maria .

"Bagaimana dengan suami saya doktor. Suami saya selamatkan?" Cemas dania menyoal . Hati meresah. Jantung berdetak kencang. Apakah petanda?

Dania melihat doktor itu perlahan membuka sarung tangannya . Mask diwajah ditarik ke bawah . Senyuman yang terbit dibibir doktor lelaki itu bagaikan menghantar khabar baik buatnya .

"Alhamdullilah suami puan
dalam keadaan stabil . Sebentar tadi suami puan mengalami Anxiety disorder atau lebih dikenali sebagai panic attack . Mungkin ia nya terjadi akibat terlalu lama terlantar . Jadi degupan jantung menjadi semakin laju tanpa dapat dikawal pesakit . "

"Betul ke tiada yang lebih serious ?"

"Puan tidak perlu risau . Kami telah pun memeriksanya . Buat sementara waktu kami terpaksa memberi ubat penenang kepada suami puan . Biar dia tenang dahulu . "

"Jujur saya cakap perkara ni sangat ajaib dan jarang berlaku . Selama berbulan-bulan terlantar dan respon negative yang kami temui setiap kali memeriksanya . Namun kuasa yang diatas melebihi segalanya . Suami puan antara yang bernasib baik.."

Panjang lebar doktor itu menerangkan perkara duduk sebenar . Dania disebelah sudah meraup wajahnya berkali-kali . Didalam hatinya tidak putus mengucapkan syukur . Seksa penantian selama ini membuahkan hasil . Saat kelibat doktor mulai menghilang . Segera tubuh ibu mertuanya dipeluk kejap .

"Mama Allah dah mendengar doa kita ! Nia bersyukur sangat ma . Alhamdulillah .. nia bahagia mendengar berita ni..ya allah terima kasih.."

"ye sayang . Mama pun bahagia mendengarnya . Syukur anak mama dah selamat .. "

"Mama nak berterima kasih juga pada nia . Mama tahu nia salah satu sumber kekuatan adz . Kalau bukan kerana nia haritu , mungkin adz telah lama meninggalkan kita untuk selama-lamanya...." Tuturnya dengan penuh kekesalan . Riak wajah kembali suram .
Dania menarik tubuh wanita itu kedalam dakapannya .

"Bukan kerana nia ma .. Tapi kerana Allah yang mendengar doa-doa kita . Lagi-lagi doa seorang ibu yang tiada hijabnya dan mampu menembus sehingga 7 petala langit .." Tengku maria terdiam mengakui kebenaran hakikat itu .

Pelukan dileraikan . Dania terasa ingin melakukan sesuatu . Sesuatu yang menzahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga saat ini .

"Mama , nia nak ke surau semula . Nia nak solat sunat syukur pula . Tak enak rasanya kalau tak buat . Tadi beria-ria meminta .."

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now