Part 65

7.7K 337 2
                                    

Dhia dania leka membaca surah yassin disisi katil Tengku Adzmir . Sungguh syahdu alunan suaranya . Penutup air mineral diatas meja sengaja dibuka agar boleh dijadikan air yassin .Pelbagai iktihar di lakukan . Sedikit pun dia tak pernah berputus asa .

Selesai membaca yassin . Air itu di tadah ke dalam tapak tangannya . Kemudian dia menyapu perlahan ke wajah hingga seluruh tubuh suaminya . Setelah itu perlahan dia mengurut anggota Tengku Adzmir.

"i hope you feeling better abang . Anggota mana lagi yang abang sakit ? Bagitahu nia bang...Kalau abang asyik diam je . Macam mana nia nak tahu dekat mana kesakitan abang? "Ujar dania seakan berbisik . Tangannya masih lincah memicit seluruh anggota si suami .

"Bang , kalau diizinkan Allah , nia sanggup jadi penganti abang. Asalkan abang sembuh seperti sedia kala . Abang tak layak berada diatas katil ni . Nia yang sepatutnya duduk ditempat abang . Nia isteri yang nusyuz . Nia isteri derhaka selama ni . Nia menyesal dah sia-siakan suami yang baik seperti abang . Orang seperti nia lah yang sepatutnya melalui semua ni . "

Lirih ucapannya seakan sedang berbual bersama lelaki itu . Biarlah jika dirinya kelihatan agak kurang siuman . Dania tahu lelaki itu mendengarnya. Kekura tangan suaminya dikucup syahdu .

"Bang , nia tak pernah rasa terbeban menjaga abang . Nia redha dengan apa yang Allah aturkan dalam hubungan kita . Nanti abang bangun okay ? Kita bina semula rumah tangga ni..."

Telefon bimbitnya yang berdering secara tiba-tiba mematikan butir bicara Dhia dania . Pantas phone didalam handbag dicapai. Punat hijau ditekan .

"Ya waalaikumsalam bu , ada apa?"

"Nia , Balik cepat nak ! anak kamu mengelupur tak sedarkan diri !!"

"Ya allah , ibu kat mana sekarang?!"

"Ibu dekat hospital bandar . Datang cepat nia"

"Okay-okay nia datang sekarang ."

Tanpa sempat mendengar suara balas di hujung sana . Talian terus dimatikan . Kelam kabut dia bangun dan mencapai handbagnya .

"Bang , Nia minta izin tinggal abang sekejap ye . Ada perkara mustahak . Nia janji sekejap je . Esok nia datang semula jaga abang seperti biasa . Abang tunggu nia ye ..."

Dalam maksud ucapannya . Hanya dia yang tahu . Dia tidak mahu memberitahu tentang keadaan anak mereka . Emosi suaminya didalam keadaan begitu juga harus dijaga. Sebelum berlalu sempat dia bersalam dan mengucup dahi suaminya .

Didalam perjalanan , doa dipanjatkan agar tiada yang lebih teruk akan berlaku kepada puteranya itu . Terkumat-kamit bibir Dania membaca ayat-ayat suci al-quran sambil memandu . Syukur kereta pemberian suaminya inilah yang banyak membantunya berulang-alik kemana sahaja .

Tibanya di hospital . Dania melihat kelibat ibunya sedang duduk dikerusi luar wad bersama wajah yang membeku . Dania segera menghampiri.

"Ibu macam mana keadaan aryan? apa kata doktor ? "Bertubi-tubi soalan dilemparkan .

"Doktor belum keluar dari tadi nia..mungkin masih memeriksa aryan" tutur wan salmah lemah .

Makin risau hati seorang ibu milik dania . Tidak betah menunggu , Pantas dia berjalan menuju ke pintu wad yang terkatup rapat itu dan terus merempuh masuk .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now