part 48

8K 457 13
                                    

Tengku Adzmir yang baru sahaja selesai mengimamkan solat menoleh kearah isterinya . Kelihatan wanita itu hanya bungkam . Bukan dia tidak perasan isterinya lebih banyak termenung semenjak dua menjak ini .

Dia sendiri tidak tahu apa yang telah bermain di fikiran isterinya . Kadang kala dia juga kecil hati dengan sikap wanita itu . Dania seperti ingin menjauhkan diri daripadanya seperti dia seorang pesalah sahaja . Apabila ditanya mengapa tidak pula dijawab .

"Sayang..."

Diam. Tiada sahutan ...

"Sayang ." Panggil Tengku adzmir lagi . Disentuh lembut tangan isterinya dibalik telekung itu. Dhia dania bagaikan tersedar sesuatu

"Hah ye"

"Are okay? kenapa abang tengok macam ada sesuatu yang menganggu nia ? nia ada masalah ke? "

"Eh tak lah bang .. nia cuma penat je ." Nafinya cuba tersenyum namun hambar sahaja dipenglihatan .

"Nia jangan nak tipu abang . Abang bukannya buta . Abang rasa abang dah cukup kenal dengan perangai nia . Semua yang ada dalam hati nia abang boleh baca "

Dhia dania terkedu mendengar kata2 suaminya . Benarkah segala yang terbuku dihatiku dia dapat membacanya? Jika benar tahukah dia yang aku betul-betul terpukul dengan kata2 sepupu kesayangannya itu? Aku takut jika dia merampas kau daripada aku !! Melihatkan keakraban mereka sahaja aku diburu rasa cemburu yang teramat . Tahukah kau suami?!

"Err kalau abang dah tahu baguslah . Tak perlu nia bagitahu apa2 lagi" Ujar Dania sedaya upaya menutup cerita .

Dhia dania menarik tangannya apabila Tengku adzmir cuba menyentuh . Dia tidak mahu sebarang belaian dari suaminya . Tidak buat masa sekarang .

Dia tau itu taktik suaminya yang akan membuatkan dia kalah . Dia tidak mahu bercerita lanjut tentang apa yang berlaku dirumah Tengku Maszitah tempoh hari . Tidak !

"Nia jarang termenung macam ni kecuali kalau betul2 ada masalah besar . If you dont mind just share with me . Inshallah kita akan selesaikan sama2"

Dhia dania hanya diam . Hampir setiap malam dia tidak dapat melelapkan mata . Kata2 gadis itu sering menari2 dibenaknya .

Dia merenung wajah sayu suaminya dibalik kopiah putih yang dipakai . Sangat tampan . Sedikit sebanyak dapat melegakan kegelisahan hati yang dialaminya .

Tetapi pantaskah dia bersikap acuh tidak acuh sahaja terhadap suaminya? Walhal lelaki itu langsung tidak bersalah . Kerana mengikut perasaan amarahnya tentang peristiwa tempoh hari . Suaminya turut terkena tempias . Berdosakah dia ? Ya allah..

"Abang .. Boleh tak nia minta abang janji sesuatu? " Pinta dania.

Tangan suaminya di genggam dan dibawa ke dada . Ya dia tahu jika dia terus bersikap begini tidak mustahil rumah tangganya akan hancur ditangannya sendiri. Kini dia mula berfikir untuk mempertahankan sebelum sesuatu yang buruk terjadi .

"Inshallah sayang , Kalau abang mampu untuk tunaikan . Abang akan buat demi sayang "

"Nia nak abang berjanji kalau ada sesuatu yang terjadi dalam hubungan kita . Perkara yang paling penting nia minta , abang jangan sesekali abaikan anak ni"

Tangan yang dibawa kedada sebentar tadi kini dialih pula pada perutnya yang memboyot .

"Sayang cakap apa ni?! Listen sayang , takde apa yang boleh pisahkan kita kecuali dengan kehendak allah ! Abang takkan tinggalkan sayang ataupun anak kita . Itu janji abang ! " Tegas Tengku admzir .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now