Part 59

7.1K 401 7
                                    

QUEEN MARY ,
UNIVERSITY OF LONDON

Udara dingin Kota London begitu nyaman dan mendamaikan . Sudah 2 tahun dia membawa diri ke bumi diktator ini . Bersama hati yang sebak, hiba dan rawan . Dia ingin membuang jauh-jauh kenangan lara yang pernah bertandang.

Tahun ini juga adalah tahun kedua dia menyambung pelajarannya dalam bidang Master dibumi bertuah ini. Alhamdulillah hasil bantuan sahabatnya Suraya . Dia sendiri tidak menyangka permohonan untuk menyambung pelajaran disaat-saat akhir diterima juga walaupun dengan mengunakan biaya sendiri .

Masih teringat kesedihan yang maha hebat pernah dialami selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu dan anaknya .Kerana kekecewaan lalu yang pernah memamah dirinya. Hampir saban malam dia menangis kerana merindui Tengku Aryan .

Setiap hari dia mengutuk diri kerana tidak mampu menjadi seorang ibu yang terbaik buat anaknya . Perkara itu benar-benar membuatkan dia hampir hilang pedoman hidup

Harini ulang tahun Aryan . Tidak sesekali pun akan dilupakan tarikh keramat itu . Tarikh di mana martabatnya sebagai wanita diangkat setingginya . Sayang sekali martabat itu di campak terus dari hidupnya ..

"Tengku Aryan harini hari lahirmu"

"Selamat hari lahir anak ibu .."

Desisnya perlahan merenung ke langit biru kota london . Namun apalah ertinya ucapan itu disini tanpa anak bersama . Ucapan yang kedengaran khali dan nihil sekali .

Dhia dania mengeluh panjang . Dia berharap agar awan menyampaikan kerinduan itu pada anaknya. Ingatan pada keluarga di kampung datang bertandang..

Apa khabar keluarga dihalaman kini? Dua tahun dia menetap di bumi asing ini . Dia berusaha keras untuk memujuk hati dari longgokan kesedihan yang dibawa dari bumi Malaysia .

Walaupun begitu reba kesedihan tetap cagun tidak mahu beransur pulih . Rindu anak , rindu ibu dan rindu keluarga masih jua menyucuk-yucuk jiwa yang sememangnya sarat dengan kerinduan . Tempat jatuh lagi di kenang . Inikan pula tempat bermanja . Hujan emas dinegeri orang . Hujan batu dinegeri sendiri .

Serentak pula fikirannya menerawang jauh memikirkan figura lelaki yang pernah digelar suami. Apa khabar juga lelaki itu? Pasti sudah bahagia bersama zita . Sudah ada adik kah Aryan?
Arghh untuk apa lagi memikirkan lelaki yang telah menjadikan dia pelarian tegar cinta kini?

Dania menghembus nafasnya perlahan . Cuba lagi menerima hakikat yang sama . Hari-hari pun dia cuba . Dalam resah itu . Dia polos memanjat doa yang terlalu sarat dengan kasih buat keluarga tercinta disana . Berharap mereka akan dipertemukan suatu hari nanti .

Bukan dia tidak mahu pulang tapi hati ini sepertinya masih bernanah akibat cinta yang telah lama menjadi racun diri . Malahan pula pengajiannya disini juga masih belum tamat .

Bunyi loceng ketibaan keretapi laju menyentakkan lamunannya . Dhia dania bergegas meneroboskan diri kedalam gerabak . Takut jika dia terlewat untuk ke kelas pagi itu akibat meladani perit perasaan ...

*********************

Tugasan Tengku adzmir terhenti saat interkom biliknya berbunyi. Serentak itu suara setiusahanya bergema diruangan office mewah itu .

"Afternoon Encik Adz . Ada tetamu nak jumpa . Tapi katanya belum buat apa-apa appointment lagi."

"Siapa nama dia?"

"Tengku Maszitah.."

Tengku adzmir terhenyak dikerusinya . Untuk apa gadis itu kembali lagi? Selepas peristiwa dulu gadis itu terus diam tanpa berita. Dan sekarang apa motif Tengku Maszitah mahu bertemu dengannya?

"Encik adz ! are you still on the line? Boleh izinkan dia masuk ke?"

Tengku Adzmir tersentak mendengar suara nyaring dari interkom . Dia berdehem sebentar .

"Suruh dia masuk" Sepatah itu terus punat interkom dimatikan .

******************************

"Abang adz apa khabar?"Zita cuba memulakan perbualan walaupun agak ralat dengan kedinginan insan dihadapan matanya .

"Alhamdulillah sihat "

Sepatah Tengku adzmir menjawab. Acuh tak acuh sahaja . Suasana kembali hening di ruangan itu .

"Zita tahu kedatangan zita ni langsung tak di anggapkan . Zita mintak maaf abang adz . Selama 2 tahun ni zita hidup tak tenang . Zita berdosa pada abang adz dan nia . Zita.."

"Sudah lah zita . Tak perlu lagi kita ungkit peristiwa lama . Dah 2 tahun . Tentu dah lama Abang maafkan . Tak guna untuk kita terus berdendam . Kalau betul Zita sudah berubah . Abang adz bersyukur sangat ."

"Jangan jadi seperti abang adz . Kerana dendam Abang adz sanggup mengetepikan sifat perikemanusiaan . Pengalaman lalu betul2 mengajar abang adz ."

Ya dia benar-benar telah insaf atas kekejaman lalu yang pernah dilakukan pada insan bergelar isteri . Oleh itu , sebagai manusia dia tidak layak untuk menghukum . Sekalipun Tengku Maszitah yang bersalah biarlah Allah yang menghakimi nya .

"Abang adz tak cari nia?"

"Merata dah abang adz cari . Selama 2 tahun abang adz tak pernah putus asa . Tapi still hampa . "

Tengku Maszitah terdiam . Rungsing wajah lelaki itu jelas terlihat dihadapan mata. Sesungguhnya riak Tengku adzmir langsung tidak dapat menidakkan perasaan kasih pada isterinya.

"Bertuah Dania memiliki suami seperti abang adz . Sayang betul abang adz dekat Nia kan?"

Entah mengapa soalan begitu terbit dari bibirnya . Terasa dalam ucapannya . Tengku adzmir menoleh pada gadis dihadapan matanya. Senyuman sungging terlihat dibibir.

"Tipulah kalau tak sayang . Nia wanita pertama yang wujud di hati abang selain mama . Datanglah walau berpuluh wanita sekali pun . Cinta abang tetap pada Dania sampai mati .

"Alangkah indahnya kalau nia pun merasakan begitu . Kalau dia rasa bertuah pasti dia takkan tinggalkan abang . "

"Tapi sebaliknya zita . Abang adz yang lebih bertuah memiliki dia . Dia pergi pun kerana abang adz . Kalau lah abang adz keras pertahankan hubungan ni dulu mesti nia tak pergi .."

"Tak ! Zita yang bersalah ! Kalau lah zita tak penting kan diri " Lirih Tengku maszitah menekup wajahnya .

"Sudah la Zita . Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu pada abang . Mungkin kerana abang suami yang lemah . Cinta kami tak kuat . Cinta kami dah lama sakit . Sebab tu macam ni jadinya .."

Tengku Maszitah insaf . Hatinya terasa seperti disiat-siat oleh belati tajam . Betapa luhurnya cinta lelaki ini . Sanggup menyalahkan diri sendiri walhal orang lain yang bersalah.

Sebenarnya sejak 2 tahun lalu dia juga cuba mencari Dania dalam diam. Hasil yang dia perolehi tetap juga sama . Ahhh walau bagaimanapun Dhia dania harus dipulangkan semula pada pemilik cintanya . Tekad !

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now