Part 33

12.6K 478 0
                                    


Ketika sampai di banglo milik suaminya . Dania bagaikan teragak2 untuk menapak masuk . Dia masih belum bersedia mahu berjumpa dengan Tengku Maria . Bagi Dania , Ibu kepada Tengku adzmir itu seolah2 membenci dirinya.

Bagaikan terbayang diruangan mata , akan sikap wanita itu di saat pertama kali menjadi menantu dirumah ini. Tengku maria sedikit pun tidak mahu menegur , apalagi berbicara dengannya . Jika terserempak pun hanyalah pandangan tajam menikam sahaja yang selalu dilemparkan .

Malah selepas majlis akad nikah berlangsung , wajah wanita itu terus menghilang dari pandangan mata . Wanita itu seolah2 cuba menjauhkan diri dan menyangkal kewujudan-nya sebagai menantu dirumah ini .

Dania sendiri tidak mengetahui apa sebabnya. Namun, Selepas kebenaran terbongkar , baru lah dia mengerti akan kedinginan Tengku maria itu . Dania mula tertanya2 . Kini , Bagaimana pula penerimaannya ?

"Sayang .. kita dah sampai ni , taknak masuk ke?" Soal Tengku adzmir apabila melihat isterinya masih tercegat berdiri dibalik pintu kereta .

"Emmm.. "dania berdehem , Lamunannya sebentar tadi lenyap begitu saja. Tanpa menjawab , dia hanya mengikuti langkah suaminya yang baru sahaja ingin berlalu masuk ke dalam rumah

Sampai saja dimuka pintu tubuhnya disambut kedalam pelukan Tengku maria . Dia tercengang seketika

"Ya allah nia , mama rindu sangat dengan nia .. mama minta ampun sebab bersangka buruk pada nia .. mama bukan mertua yang baik. Mama mintak maaf sayang .."ngongoinya didalam pelukan dania .

Sudah lama dia menanti kepulangan menantunya itu, untuk memohon keampunan . Hampir setiap minggu dia menelefon Tengku adzmir untuk membawa dania berjumpa . Namun tengku adzmir menolak atas alasan bukan masa yang sesuai .

Dia akur , dan hari ini dia sangat bersyukur doanya termakbul kerana dapat memeluk tubuh menantu yang pernah dibencinya dahulu

"Mama mintak maaf , mama harap sangat , nia tak bencikan mama , tak bencikan adz .."

"Mama juga nak mintak ampun bagi pihak arwah pap.."

"Takpelah mama , nia dah lama maafkan mama , nia tahu mama tak salah .."pintasnya untuk menyedapkan hati wanita tua itu .

Saat ini , dia tidak mahu mendengar tentang hal yang menyakitkan itu ,Bimbang jikalau tersasul kemarahannya , akan digelar menantu kurang ajar pula . Dania cuba untuk tersenyum namun hambar saja di deria pancaindera .

Tengku adzmir yang melihat senyuman pura2 isterinya sudah berkeadaan serba salah. Kalau lah dia yang tidak meracuni mamanya dahulu . Pasti wanita tua itu tidak akan turut serta membenci dania.

Sekurang2nya, biarlah hanya dia seorang sahaja yang bersalah . Namun apalah gunanya kini penyesalan itu , nasi telah pun menjadi bubur

Selepas peristiwa dia meninggalkan rumah dahulu , semasa kedatangan pemandu arwah papanya itu. Tengku maria terus menelefonnya bersama tangisan agar membawanya bertemu dania untuk meminta keampunan .

Tengku adzmir pula , terpaksa membuat tidak endah sahaja akan rayuan mamanya waktu itu . Sedangkan kemaafan untuk dirinya masih belum diampun . Apalagi meminta bagi pihak orang lain . Sudah pasti mamanya turut mendapat habuan daripada dania. Oleh sebab itu , dia cuba mencari sedikit masa yang sesuai

" Terima kasih nia , Mulai harini mama janji akan jadi mama yang terbaik untuk nia dan adz .. "ucapnya lirih , pelukan sudah dilepaskan . Wajah dania ditatapnya kasih . Ya dia bersalah pada keluarga menantunya .

Derita Cinta (Wattys longlist 2018 ) PRIVATEWhere stories live. Discover now